Wednesday, January 7, 2015

Jering Penjahat!

Assalamualaikum..

Semenjak dah tuwe ni, macam-macam menda jugak dah tak boleh sesuka-suki hati nak makan. Dulu I pernah mabok  kulat sisir + petai sampai makan hari la nak ok. Berak, muntah semua cukup. Boleh baca dekat sini. Lepas tu tahun lepas I mabok + diarrhea sebab Ikan Tilapia. Perrrghhh mekan TAKLA nak makan dah Tilapia. Memang gua pangkah. Boleh baca dekat sini and just now, I muntah dua kali sampai rasa macam nak pitam. Lepas Ira letakkan minyak angin dekat belakang leher, urut-urut sikit baru la rasa lega.

Ya Allah. Menggigil habes badan. Selidik punya selidik, now I know why. I tanya Ira, banyak ke I makan tadi? Ira jawab, ‘Biasa pon Kaksu makan banyak jugak kan?’ Ohh ok. Haha. Tapi dah kenapa yang teruk sangat? Rupanya sebab jering. Tadi I makan dekat Kedai Minang Kampong Baru and I took 2 pcs jering. Rangup. Sedap I makan. Rasanya ada la 5-6 tahun tak makan jering. Kaklong nak satu, I jeling dia. Haha. Sebab kesian, I bagi dia segigit. Pakkal la ramai orang, kalau tak tadi memang I bangun ambik jering lagi.


Jering Penjahat!

Naseb baik la I tak makan lagi banyak, kalau tak, memang hospital dah jawabnya sekarang. Nak pitam! Lepas muntah melepek tadi, boss nampak. Pastu dia tanya, mengandung ke? I cakap tak. I mabok jering. Dia ketawa kan I. Nak kata I ongkampong belagak la tu. Lepas tu I cakap kat dia, ‘Macam ni la dulu muntah mabok mengandungkan Shein. Tak sanggup dah rasa. Kalau anak satu jer, ok tak Boss?’ Pastu kata dia, ‘Eh. Mana boleh. At least Su kena tambah lagi satu’. Sebelum dia bercakap lebih lanjut, terus I keluar bilik dia. Haha.

Now, I rasa better a bit. Hope jangan la berpanjangan lembik badan macam ni sebab malam ni I nak visit Baby Syikin (Yang nak let go stroller haritu). Dia dah bersalin. Baby girl. Dulu Ucop punya lah comel. Rasanya dah terpaling comel dalam dunia. Lepas tu lahir Aliff, ponnnn masyaAllah comel nak mampos. Now dapat baby girl pulak, entah macam mana la comelnya anak Syikin nanti.


Aliff Comel :)

Tahniah Kin! Lepas ni ko dah boleh tutup kilang. Syiking memang lead la dalam Wakdan. Dia je pon yang ada 3 anak. Yang lain ada 2 orang and most of us seorang anak je. I saspek, I la yang paling lambat second pregnancy kot? Heeeeeeee. Mengenangkan mabok muntah hari-hari selama 9 bulan. Nauzubillah. Tak sanggup sangat rasa.

Ok. Sekian Pengaduan.

-eNd-

5 comments:

Amanda Suria said...

La...mkn jering leh mabuk erk. ....dib baik I jenis x mkn ulam2 ni..

FadlinaMokhtar said...

Petai ok lagi.jering tak penah try pulak.takuit nak makan.
FAD

aku nama nora said...

mangaiiii sdpnya jering sue! nak pulak cicah sambal tempoyak pastu kuah asam pedas rebus banjir..haih org lalu blkg xnmpk sbb mata kat dpn kan kah3

Chooyaya! said...

Amanda Suria : sebab I kalah angin you...

Fadlina Mokhtar : kalau boleh makan petai, maksudnya boleh makan la jering. jering muda rangup krurrupp krrruppp. sedap!

aku nama nora : kan???? tapi tu la. kiter dah tak boleh makan. sebab angin :(

Cikgu Norazimah said...

anak kita kan sebaya, cn pun hold dulu utk anak second, teruk la muntah2 sepanjang preggy..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...