Tuesday, January 27, 2015

Mak, Ikan Kembong Goreng dan Baby Kucing

Assalamualaikum..

Tadi pagi macam biasa la I call Mak tanya dia what she’s up to. Jawapan sama pon hari-hari tapi takper. Tanya je tanpa jemu. Hahaha. Semalam kata Mak, dia masak sambal ikan termenung. Terus rasa macam teringin pulak nak makan ikan goreng yang Mak masak. Walaupon lumur garam dengan serbuk kunyit jer tapi I tetap rasa dia goreng ikan paling sedap dalam dunia kot?
  

Ikan Kembong Goreng. Photo taken from here.

I mintak Mak masak ikan kembong goreng, sambal belacan dengan masak lemak kobes campur suhun. I nak makan lauk tu jer. Mak cakap, ok! Nanti I balik Pahang this week, dia masakkan. Bestnya… Tenkiu Mak. I tanya Mak, kenapa orang panggil ikan kembong tu as ikan termenung. Mak jawab, ‘Sebab Ikan tu banyak masalah kot? Lepas tu suka termenung. Sebab tu nama dia ikan termenong’, T____T Kalau tau jawapan macam ni baik tak payah tanya. Nyampah!

Kata Mak, semalam ada kucing beranak dalam rumah. Bisingggg sangat anak-anak kucing tu. Mungkin sejuk dan lapar. Dia dah buat tempat tido lain untuk kucing. Lapik kain batik and kepong dengan batu. Sebab takot anak kucing tu lari. Dia kan baby lagi? Mata pon tak nampak sangat. (Yerla tu)

Kata Mak lagi, ada ‘sorang’ tu degil sangat! Mak dah kepung tinggi-tinggi pon dia panjat jugak. Lepas tu nak masuk dalam longkang. Mak biar jer. Degil sangat. Dekat maghrib baru Mak angkat. Menjerit la I. I kata kenapa kejammmmmm??? Mak ketawa je. Dia ingat kelakar kot biar baby kucing dekat longkang. Geram jer.

Kata Mak (lagi), ‘Yang sorang tu je nakal. Tu Mak biar. Adik –beradik dia yang lain elok jer. Tadek pon nakal macam dia. Tu esok dah besar jadik pencuri la tu’, T______T. Makkk…. Tak baik tuduh kucing baby yang suci murni tu bukan-bukan. Sesuka hati je dia. Mak ni pon kalau sampai mood kejam dia, dia memang kurang simpati dah dekat haiwan. Kalau mood kawan baik sampai boleh buat dia nanges. Ingat tak kisah kucing dia yang mati tu?

Duluuu pernah Mak lemaskan tikus dalam besen besar. I yang nanges-nanges sebab tikus tu lemas. Mak cakap, tikus tu boleh buat manusia mati. Kena sakit kencing tikus etc. So kalau bunuh dia tak berdosa. Tapi tu la, I ni entah eh? Kejam macam mana pon haiwan tu, I tetap rasa kesian. SEBAB tu I taknak attach sangat dengan memana haiwan, nanti I merana kalau beliau mati.

So motip entry ini adalah?

Lu fikirlah sendiri.


-eNd-

1 comment:

Amanda Suria said...

Motif...rindu kat mak kot kan....hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...