Wednesday, January 28, 2015

Cili Berlado Pes by Aleeya's Kitchen

Assalamualaikum..

Mintak maaf sebab pagi-pagi I dah carik pasal dengan korang by posting semua gambar makanan sesedap ni. Heheh. Korang jangan marah I eh? Pergi marah dekat Aleeya sebab ni semua, dia punya pasal. Tapi dalam marah-marah tu korang kena cakap terima kasih jugak dekat dia and Aleeya's Kitchen team, sebab dia sebagai mommy yang always busy but still nak memasak everyday untuk keluarga mengambil pendekatan memudahkan kerja kiter dekat rumah by produce new product and new packaging untuk kesemua product keluaran mereka.

Dah macam skrip cerita Panorama RTM 1 plak tetiba. Haha. Tapi I kan? Kalau boleh biarlah jadik Pembaca Berita dekat TV3, sebab poyo la skek. Tapi kalau tak dapat, RTM pon boleh jerrrr. janji baca berita. Kah kah kah. Tetiba jer nak selit pasal cita-cita sekali dekat sini. Bongek!

Anyway, korang check this out eh? Semua gambar makanan dekat sini is a product from Aleeya's Kitchen. Memang senang nak mampos masak dengan Cili Berlado Pes ni. Nak masak apa pon boleh, Just be creative. Nak buat sambal terung, sambal telur, sambal udang, sambal sotong, sambal ayam, nasik goreng, mee goreng etc semua pon boleh. Pendek kata, asal ada menda dalam peti ais yang boleh buat lauk, semua boleh pair dengan Cili Berlado Pes ni. 

I tunjuk a few contoh eh? Sediakan lah tissue untuk lap ailio. 


Sambal Ikan Bilis Petai. Perrrghhhh ni kalau dapat makan dengan nasik panas and kicap, setel kot 2 pinggan. Nak masak dia? Senang mak enon. Goreng ikan bilis and letak tepi, goreng pulak petai and letak tepi. Lepas tu gaul je dengan Cili Berlado Pes sambil goyang tetek. Takyah dah nak tumis ke, nak letak garam, gula mak enon. Semua dah ada dalam tu. Siap! Within 5 minutes jer kot? Ni kalau malas lagi nak masak baik duduk dalam zoo je. Kawan dengan panda pemalas tu. Lepas tu makan je buloh. Haha.

Nak buat terung berlada? Poooooon senang. Goreng je terung yang dihiris ikut suka hati korang nak macam mana, letak dalam pinggan. Lepas tu sudukan ajer Cili Berlado Pes ni atas dia, dah siap! Senang+mudah+lazat.


Yang ni la rupa Cili Berlado Pes by Aleeya's Kitchen ni. Ada 2 type. Original or Lori Cili Terbalik. Kalau suka makan pedas giler tahap buasir bunga kelopak dia ada 8, boleh ambik Lori Cili Terbalik. Hahahaha. Harga? RM15 satu pack (tak termasuk postage). Berat pes ni ialah 400 gram/pack. 1 pack ni boleh masak 3 kali, depends la berapa besar korang punya serving. But now ada promotion, beli 3 pack, RM50.00 jer termasuk postage.


Yang ni nasik goreng special. Ada kambeng bakar siap. Macam I cakap, just be creative. Masukkan Cili Berlado Pes dalam kuali, masukkan kambeng, ayam, telur whatever korang nak lepas tu masukkan nasik and sayur skek.  Gaul gaul gaul sambil nyanyi lagu Matahari by Hafiz, lepas tu daaaaah siap nasik goreng less than 5 minutes. Tak ke senang tu? (Motip lagu Matahari?)


Check out also this Pucuk Ubi Goreng Nogori. Also ada 2 type, Original and Lori Cili Terbalik. Yang ni memang la sedap nak mampos hoi! I makan dengan roti, mihun goreng, nasik. Hahaha. Sebab dia rangup and pedas sampai makan lepas tu tak boleh nak berenti. Siot jer. Sebab tu I kalau dapat jer dari Aleeya, habeskan jam-jam tu jugak. Sebab dia macam addicted. Bodoh-bodoh pon I sudu je suap dalam mulut. Stressed! Selagi tak habes, selagi tu mengulang kot? Yang ni harga dia RM15.00 (berat 190gram) tak termasuk postage. Kalau beli 10 item keatas free delivery KL area.


Bagi penggemar Sambal Belimbing Pahang, Aleeya's Kitchen also ada menda ni. Also 2 type. Original and Lori Cili Terbalik. Harga dia RM15.00 untuk 190 gram (excluded postage). Ingat tak I pernah post entry yang I pecahkan telur dalam sambal belimbing pahang ni kan? Yang tu I masih siang terbayang malam merindu. Memang sedap. Sazli pon suka giler. I jer malas masak selalu kang nanti asyik makan nasik lepas tu gemok, sapa nak jawab?


Ini la wajah new packaging untuk semua product dari Aleeya's Kitchen. Yang paling penting kesemua product is freshly made EVERYDAY. So kualiti memang terjamin and dorang masak semua ni guna canola oil ok? Mahal minyak tu. Bukan dengan minyak peket-peket yang tadek kualiti tu. Aku taktau la macam mana si Aleeya ni boleh jual kesemua ni guna minyak canola. Kata Aleeya, 'Kualiti bahan kena jaga Kaksu, tak untung banyak takpe janji customer happy'. Bagus. I up gaji you.

So, kalau korang berminat nak beli, boleh follow Instagram Aleeya dekat sini. Or WhatsApp dekat Admin Aleeya's Kitchen (0123737185). Boleh jugak korang search dekat IG. #AleeyasKitchen. 

Sedikit info untuk korang semua, Aleeya's Kitchen ada join event untuk bulan Feb dengan Mac ni. Feb (under @starhypefiesta) pada 7th dan 8th Feb, bertempat di Bulatan Bazarena Section 13, Shah Alam (Depan Stadium Melawati). Dari pukul 10.00am - 10.00pm. Mac pulak (under @Foodhunters) pada 7th dan 8th Mac di Red Carpet Avenue, Encorp Strand Mall. Dari pukul 10.00 am sampai la tengah malam. So kalau korang nak pergi sana pon ok untuk dapatkan products keluaran Aleeya's Kitchen. Ok?

Antuk Aleeya, Kaksu taknak apa. Ni aku pepenat promot ni standby je kambeng golek sekor eh? Kaksu datang dengan Sazli and Shein. Ni serious ni. Jangan cakap banyak. Hahahaha

-eNd-

2 comments:

Suria Amanda said...

Akak tgok pun dh terliur ni....ok2 laju2 follow ig dia....psst..ari tu pi mkn kat kak mah tomyam...mmg best gilos...thumbs up!

adda syuhada said...

aku nk cari jgk...xthn tgk okeyy...