Monday, January 5, 2015

Pulut Durian, Shein and Krispy Kreme

Assalamualaikum.

Sebarkan kasih sayang, walau dimana anda berada. Gitu.

Terus tagline Pembaca Berita keluar semenjak  kena bash sehari dua ni. Korang jangan nak gelak-gelak eh? Pang kang. Hahahahaha. Kepada readers baru, selamat datang ke blog Chooyaya Secret Garden. Sini biasa orang singgah sebab nak tengok makanan sedap-sedap sambil melayan tuan punya blog berangan. Takyah nak stressed over serious issue ke apa. Sekali sekala je dia meroyan, biasa dia ok je. Maafkanlah dia.

Bright side of entry panas pasal Home-Birth, traffic blog naik berbelas ribu sehari. I mengadu pada Mira, ‘Mira acane. Lepas ni mesti ramai orang benci Maksu kan?’. Gitu la orang tak pernah nak ada haters sangat. Sedih la dia. Yer la. I kalau tak setuju macam mana pon dengan pendapat orang lain dalam blog, tak pernah pulak nak attack personal or sesuka nak komen sekolah kan orang ke apa. Tapi orang selamba je boleh marah-marah cakap bahasa kasar dekat I. Sedih sangat. Naseb baik tadi dah makan donut Krispy Kreme. So ok dah sikit. Hehe. Tenkiu Ira teman Kaksu beli donut. Dia pon dah menyampah nak dengar I meratib donut donut donut dari pagi.

Berbalik kepada soalan I pada Mira, Mira kata macam ni. ‘Takdela orang benci Maksu. Cuma orang akan ingat Maksu in a negative way la. Tapi at least orang ingat Ohhh Suraya Sulatin tu ker? Dari benci mana tau lepas tu jadik suka? Kot lepas ni dorang continue baca blog Maksu lepas tu tersuka pulak. Baru la boleh jadik Pembaca Berita yang famous’.  Hahahaha. Bongok Mira. Tetiba keluar jugak pasal Pembaca Berita. Pakkal la mengandung, kalau tak I tunjal je dia. Mira takyah nak puji up up. Bonus nanti, belanja makan mahal plz.

Okla. I nak share gambar Pulut Durian yang I buat sendiri. BUAT SENDIRI. Harap maklum. Walaupon Pulut Durian jerrr ponnnn tapi buat sendiri okey? Dah la dugaan time nak masak tu tinggi. Shein sebok nak menolong kat dapur. Lepa-lepa I jer, dia dah kepit telur kat ketiak kiri satu, pastu kiri kanan tangan pegang telur. Hahaha. Ngek la Shein! Acane dia boleh terfikir nak bawak telur 3 bijik, tangan tak cukup so kepit kat ketiak? Ya Allah apa omel sangat kau ni Sheindong?



Pulut Durian by Yours Truly




Sous Chef. Mr. Shein Iskandar.


So here we go the recipe. Nak jugak bagi resepi kan? Hahahahah. Ala, kasik chance la. Anyway pulut tu I masak dengan rice cooker. Kata Mak, kena kukus baru sedap. Lepas tu half way masak,  letak santan. I jawab macam ni. MALAS. Bukan nak impressed sapa-sapa pon. Sazli selsema demam batuk, tak boleh makan durian and pulut. Takot sakit urat. So I masak pulut guna rice cooker. Jadik jugak ponnnn. Hahahaha.  1 cawan pulut, 2 cawan air. Lepas tu tekan suis, goyang tetek. Siap! Kalau rasa pulut macam mentah, jangan risau. Tambah je air. Kacau-kacau pulut tu, tekan balik butang masak.

Santan tu I panaskan and letak garam skek. Bila pulut dah masak, letak dalam pinggan, curah kuah santan and durian. Heaven! Simple tapi sedap. I makan sikit-sikit durian tu sebab mahal. Ada ke RM38 sepeket ada 6 ulas. Menyampah je. Dah la Pakcik Durian tu gatal. Peramah sampai suruh hati-hati la, kata lawa la, apa la. Eeeeee rimas la dengan ongtue gatal. I taste Jericho Rosales je please?


Lepas tu, I nak ucapkan terima kasih pada Ira sebab teman I beli Krispy Kremes Doughnuts ni. Please tell me kenapa ko sangat sedap donut? I suka Krispy Kremes sebab dia tak banyak flavor macam Big Apple and JcO. Kiter pon tapayah nak pening kepala tamak beli sampai sedozen sebab nak rasa semua flavor. Eh. Tu aku! Hahahahahaha. Korang nanti try la eh? Amek yang original glaze jer. Lembut nak mampos. Kaklong lagi biadap, dia tu kalau apapa makanan sedap mesti cakap, ‘Sedapnya dik. Bubuh babi ke?’ 




Krispy Kreme Doughnuts.


Bongok. Macam penah makan jer. Hahahahha.So sekian entry resepi Durian Pulut. Ingat, Sebarkan kasih sayang, walau dimana anda berada – Chooyaya

-eNd-

11 comments:

aku nama nora said...

lega sket nmpk shein hahaha...time2 tadek bonus la ko post donut bagai ye *terbakar*

AzlinaG7N3 said...

Hi su thnx sbb jdik food discovery..blog u ni best tau! That day pg cari ice cream dlm tempurung tu sbb dah tngok u post then next nk pg try laksa nyonya tu

Alyn Aellynn said...

Suraya mmg ! Sabtu leps gigih I pegi ampang point cari eskrim tempurung kelapa tu. Dah jumpa masa nak balik. Len kali nak try sbb aritu dah kenyang makan kt tarbush

Latifah said...

Amboih gemok nyer durian..kuning mengiurkan..

LatifahFazri

eda said...

eh tak baca lg post "home-birth" kasu

jap nak baca


p/s : tak nmpak pun pulut durian tu
tak nampak
tak nmpak
tak nmpak

InaYusoff said...

mano resepi..

ado ko?

tak nampak pong.

Atie said...

Wakaaakaka...akak nie mmg lawak la....thanks sbb ceriakan hari atie...sbb skangnie tgh musim stress ngadap keje...nyampah rasa....

Ezzaty said...

Kak su!! Im ur silent reader.. Lantak la dgn haters tu.. U just bg ur side opinion je.. Suka bila kak su bahan kaklong yg suka lupa diri yg dia ada cucu.. Hahaha..

Chooyaya! said...

aku nama nora : jangan nak buat cerita sedih. tak kesian pon. hahahaha

AzlinaG7N3 : Yayyyy. Ada jugak faedah blog ni. Ingatkan tak memberi apapa impak kepada pembaca **ni i sarcastic kat orang yang ckp blog I ni tak bg sumbangan pada dunia macam blog 'orang lain'

Alyn Aellynn : Takper. There's always next time. lagipon tak lari ampang point dikejar kan? hehe

Latifah : tapi dia mahaaaaaaaalll

eda : kesian. dah buta rupanya

InaYusoff : ni mesti tak baca elok2 ni. Grrrrrrr

Atie : heeeee. tenkiu. Nak uweeeeeet

Ezzaty : Yayyyy. terharu pulak bila ada yang menyokong.

zaza said...

Hai..im ur new reader..gelak sampai kluar air mata i baca post ni..hahaha..lawak la

Chooyaya! said...

zaza : hi zaza. welcome here. ingat motto chooyaya, 'sebarkan kasih sayangwalau dimana anda berada'. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...