Friday, January 23, 2015

Vacuum Hose Vs Bhai Jual Kain

Assalamualaikum…

Ingat tak I pernah cerita pada korang pasal Shein takot vacuum sampai gigil-gigil badan nanges tu dalam entry ni kan? So, the other day, I cerita dekat Mak. Kata Mak, ‘Dik, jangan la sakat Shein macam tu. Nanti dia takot sangat jadik sakit jantung pulak’. Haha. Omel Mak. Sesuka-suki bagi teori macam tu. Tapi dalam pada rasa nak gelak jadik cuak jugak. Eh, ko biar betul sampai sakit jantung?

So, since I ada je orang nak melayan soalan-soalan pasal Shein so I ask Dr. A semalam. Kata dia,Pasal shein tu, memang you tak boleh buat dia macam tu. Sebab dalam umur dia sekarang ni, you should hold his fear, sampai masa he can understand, explain. Bukan takutkan lagi. But I think you doing that for funny je kan? Main-main takper. Tapi jangan too much. Takut shein akan phobia.'

Terus I rasa macam menyesal and promise to myself I taknak dah sakat-sakat dia macam tu lagi. Duluuuu masa I kecik, Mak selalu momok-momokkan I dengan Bhai jual kain. Kata Mak, Bhai jual kain nanti akan ambik budak besar-besar I, pastu bungkus dalam kain kendong, bawak lari lepas tu jual kat luar negara.

Nanti kalau nampak Bhai naik motor jer mencecet I lari. Ada sekali tu I lari laju sangat sampai kaki I tergeliat jatuh longkang. Takot Bhai punya pasal. Ada la tu sorang pakcik kat area rumah I ni, muka dia macam Pakistan sikit. Tengah I main-main dengan kawan I nampak dia datang rumah I, I terus nanges lari dapatkan Ayah lepas tu sssshhhhhhhh kencing dalam seluar. Hahaha.

Bila I dah besar lawa macam sekarang ni (ehem-ehem), asal nampak Pakcik Ayob I akan cakap pada Mak, ‘Kenapa Mak dulu nak takotkan Not dengan Pakcik Ayob tu? Dah la Not takot. Sampai gigik-gigil badan terkencing dalam seluar. Padahal dia bukan ada apa pon’. Kata Mak, ‘Saja seronok-seronok’.

Sesuka hati jawab macam tu. Nak tunjal kang berdosa pulak.

 Shein punya Fear Factor


Mama dia punya Fear Factor


Bhai jual kain muka lebih kurang macam ni la

Sebab tu bila I cakap pada Mak, nanti Shein dah besar I nak cakap pada dia, ‘Shein, dulu Shein masa kecik takot hose vacuum. Badan je sado, tapi penakot menda merapek’. Lepas tu I gelak kuat-kuat. Mak pon balas, ‘Tapi dia tadek la lari sampai jatuh dalam longkang sebab takot sangat. Dah la longkang busuk’. 

‘Melawan Mak, Melawan’.

Dunia ni berputar Shein. One day Shein pulak akan takotkan anak Shein. Mama masa tu taktau la ada lagi ke tak.. Kot panjang umur dapat la tengok cucu… Sedih pulak tetiba.

Okla. Bye. Selamat berhujung minggu! Malam ni GE Mall jom! I and Wakdan Wags nak makan dekat Daidomon. Makan lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Mana tak gemok.


-eNd-

1 comment:

Hani said...

Aaah la su, akak pun dulu selalu mak takut-takutkan dengan org naik van tangkap budak, potong kakitangan bawak lari. tp memang bagus juga atleast kita tak main tepi2 jalan.

skang kalo akak takutkan alya pasai pemotong rumput jer so dia tak berani nak main2 remote gate hahahhaha kalo tak manjang je nak basikal luar rumah.

yang aryan budak kecik tu kak takutkan dengan cat cat catttt tapi skang dia pulak cakap kat mamanya cat miawwwww so tengah mencari benda apa nak buat dia takut hehehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...