Friday, March 27, 2015

Intan, Diet and Nando's!

Assalamualaikum..

Intan semenjak dua menjak ni kemain diet. Makan nasik taknak, minum air manis pon taknak. Sekarang dia minum air mineral je. Makan pagi pon telur putih je eh? Ko mampu? Makan tengahari ikan singgang semata-mata. Eh jap. Tu Izzy! Hahaha. Dia kata dia gemok. Tak boleh makan banyak. Perut kembar lapan. 

Hari Isnin lepas I bawak bekal nasik dengan sambal air mata and telur. Biasanya dia la menggelupur nak makan. Skali masa tanya tuari tak sempat habes ayat dia dah letak telefon. Kwahaja. Kata dia, dia kena kuat. Kali ni kena betul-betul. Tak boleh main-main dah. Yerlaaaaa. Kiter tengokkan berapa lama dia tahan tapi I agak semenjak 31 tahun lepas, inilah diet Intan yang paling serius.

So, bersesuaian dengan diet Intan maka tengahari semalam kite tiga orang makan dekat Nandos. 3 orang je hari semalam, tak cukup corum sebab Adik Dyba mc 2 minggu. Kena chicken pox, berjangkit dengan Sophie anak dia. Dah tetua baru nak kena chicken pox. Comel sangat ni. Hahaha. Kaklong pulak ada dekat Bandung sekarang ni. Dia pergi jalan-jalan dengan kawan dia. Kata dia taknak shopping apa pon. Nak makan puas-puas je. Kiter tengokkan macam mana nanti. 


Ni Intan punya. Dia amek kepak ayam sampai ke dada. So besar la portion ayam dia. Dengan grilled veggies (cecece) and coleslaw.


 Ni plak Ira punya. Ayam sama part dengan Intan. Coleslaw and chips. Mintak peri chips dapat chips. Tapi kata Ira makan aje la. Sama je pon. Yang tak puas hati Intan la. Sebok suruh tukar. Bukan fries dia pon. Haha.


Ni I punya. Ayam kurus je. Meluat. Lain kali kalau makan Nando's jangan mintak peha sebab peha dia kurus. Masa pesan dekat Ira, I cakap nak ayam PEHA dengan nasik, coleslaw and fries. Kata Ira tak payah nak banyak sangat la Kaksu. Sideline Nando's 2 je. So I kata ok. Amek coleslaw dengan nasik. Fries Kaksu makan Ira punya je. Hahaha. 


Ira semenjak Dyba mc lama ni, dia la amek alih tugasan Dyba untuk cabut uban Intan dalam surau. Aritu dia tengah bizi-bizi buat kerja tetiba Kak Milah panggil dia. Kata dia Intan suruh datang surau. Urgent! Bila sampai surau Intan hulur pengepit uban. Terus la Intan ke a tunjal. Hahahah.


Neelofa!! Haha. Intan dah dewasa kan? Dia semenjak sambung study ni asyik bizi je dengan assignment. Dulu sebok tolong Mama dia meniaga dekat Danau, sekarang ni dah sambung study pulak. Lagi 3 tahun baru habes. Masak la Intan.

So nanti kiter tengok balik lepas sebulan, apa jadik dengan Intan punya diet. Tengok pada kegigihan Intan, I rasa 70% berjaya. Dia nak ikut sangat strict diet si Izzy tu memang merana la. Izzy jenis jaga habes makan. Habes segala menda tolak tepi. Air manis ke dessert ke memang tak sentuh langsung. Dulu semua sebok dengan infuse water, sekarang apa cer? Hahaha.

-eNd-

2 comments:

LV said...

cantik nya intan :)
eh kaksu cantik jugakk ehehee

Unknown said...

ehh...tu dada ira ke???cantiknyaaaaa