Thursday, March 26, 2015

Readers dan Nasi Goreng USA

Assalamualaikum…

Dari kelmarin I asyik gelak je melayan reader-readers yang email nak amek slot Free Review dekat IG dengan 1 short entry RM50.00 tu. Macam-macam perangai memasing. I cerita dengan Ira pon meleleh-leleh air mata gelak. Hahahaha. Wei tapi ramai giler kot yang amek Package B? Cukup la duit tu buat tambang kalau nak pergi Korea guna Matta Fair punya rate. Hahaha. Selalu I up entry, komen mana nak ada sangat. Sendu ok? Kekadang 1 2 je. Ingatkan tadek yang baca. Sabar jer la.

Anyway, just untuk korang punya information. Sehari I akan masukkan review dalam blog 2 entry je. IG pon sama. Taknak banyak-banyak nanti readers bosan pulak nak baca kan? Publish by first come- first serve basis tau? Sapa cepat buat payment maka zappppppppp terus masuk list. Entry lain macam biasa I akan up jugak. Kang korang rindu I pulak. Ke tak pon? Takyah jawab.

Mana yang suruh review hal perangai budak office yang jilake nanti tau? Tunggu dulu. Masa tak mengizinkan ni. I bizi menyelamatkan dunia sekarang. Hahaha.

Ada sorang readers ni dia nak mintak review. Tapi I tengok tadek pon kasik tau nak jual apa. I tengok dia punya signature email kerja Microsoft. So I tanya la, dia nak jual computer ke? Hahahaha. Terus gelak guling-guling member atas lantai. Pastu Si Faiesh selenga, orang dah cakap 1 gambar je. Dia siap kasik 8 gambar lepas tu caption tak menahan, ‘Ini saya sediakan beberapa gambar untuk tatapan pengguna media sosial sekalian’. Siap ada smiley kat hujung lepas tu I reply, ‘Tak payah nak beberapa gambar sangat la. Kaksu nak sekeping je’. Hahahaha. Kata dia, dia tak focus sebab tengah masak. Pon boleh.

Ada yang sorang ni, dia dah bank in lepas tu dia cakap, ‘Pasal details tu, bagi saya pikir jap isi penting nye supaya jelas, padat dan terangsang..kahkah..’, I pon jawab, ‘Wow, malam ni malam apa?’ Hahaha. Terus tepuk dahi dia. Kata dia, dia dah tau Shein dapat perangai dari sapa. Ada yang sorang ni pulak, Follower IG je ada 65k ok? Bukan sikit. Siap dah featured dalam Nora Danish punya IG tapi email I cakap excited giler email I sampai rasa nak muntah. Boleh? Hahaha

Apa-apa pon I nak ucapkan terima kasih pada sesiapa yang nak collaborate dengan I. Apapa hal kalau tak paham jangan memalu nak tanya, I memang suka jawab soalan pon. Kata peramah? Anyway, semalam I makan Nasik Goreng USA dekat Kerisik, belakang JJ Setiawangsa. Bapak la sedap! Kaklong order Meggie Celop pon sedap. I rasa tu la Maggie paling sedap yang I pernah makan dalam dunia. Gambar Kaklong tak send plak. Dia ada dekat Bandung sekarang, Jalan dengan kawan-kawan dia. Eeee I takot kot nak naik flight sekarang ni. Malam tadi pon ada crash plane jugak. Nauzubillah.


Nasi Goreng USA Kerisik

Sapa yang tau dekat area mana jual Meggie celop lagi, kasik tau I ok? I nak try jugak.  BTW, esok I bawak Shein tengok Ultraman dekat Genting. Show pukul 4.00pm, lepas tu terus stay dekat One World Hotel. Sesapa ada kat sana jom la date. Oklah. Tu je nak citer. Kbye.

P/S : Kepada yang dah pos barang and dah book slot untuk promo yang kaksu buat, korang kena sabar menanti eh? Sehari Kaksu masukkan max 2 je dekat blog and IG. Taknak banyak-banyak sangat sebab we go for quality not quantity. OK? Cecece.[Kasik chance please?]

-eNd-

1 comment:

a.m.a.l.l.e.a said...

kak sue, try lah mee celup kat ukay perdana.nama kedai tu mek tomyam.mmg sedapppp amat.hehehehe.try tau kak sue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...