Monday, April 6, 2015

Lobster, Pyjama and Intan

Assalamualaikum..

Intan kan dia memang jenis konfiden. Masa dia cakap dengan mata bulat semua tu macamkan menda yang dia cakap tu betul. Dah la sekarang ni bukan main lampi. Kata Intan, dia otak sewel sikit sekarang ni sebab busy dengan study. I tanya dia, ’Bila yang nak abes belajar Intan?’ Terus Intan nak muntah. Kata dia jangan tanya pasal study. Dia stressed sampai kekadang boleh muntah. Hahaha. Over sangat.

Jumaat lepas I keluar dengan Kaklong I. Intan tanya I makan apa, lepas tu I cakap la. ‘Kaksu makan Lobster Intan. Murah’. Intan tanya, ‘Dekat mana Kaksu?’ I cakap dekat Wangsa Walk.. Tak sempat jawab habes Intan terus potong.’Ooo Intan tau restoran tu Kaksu! Fish and Chips kan?’

Tak Intan.

‘Dah tu?’ Dengan muka konfiden konon nak cakap I la silap nama restoran.

‘Manhattan Fish Market la’.

Terus Intan gelak. Dia cakap, ‘Itu la Intan nak cakap. Manhattan Fish Market! Taktau macam mana terkeluar Fish and Chips’.

Hahahahah. Restoran Fish and Chips pon boleh jugak la Intan. 


Lobster dekat Manhattan Fish Market ye Intan? Bukan Fish and Chips

Cerita lain pulak.

Last week kan I ada nak beli baju tidur dekat Hana (Home Coutre KL). I nak selai, but Hana hantar dekat I 18 helai instead. So I pon paksa suruh bebudak ni beli jugak. Intan pon nak jugak beli. Masa I tanya Kakju, ‘Kakju. Beli la baju tido kawan Su jual. Murah jer. Ada 2 pcs. Yang dalam sexy, luar dia ada robe’. Si Intan dengar lepas tu dia tanya I, ‘Apesal tak jual dekat Intan? Apesal Intan tak tau? Intan nak jugaaakkkkk.’ Time dia jerit tu suara pon dah ketar-ketar sebab pitching lari.

Lepas dia dah pilih mana yang dia nak, dia tanya I. ‘Kaksu, ni baju ni jenama apa?’ I pon jawab, ‘Elise. Tu kan ada tulis tu dekat label dia?’ Intan pon blur-blur lepas tu cakap, ‘Ooo jenama Elise. Elise yang kawan Kaksu tu eh? Dia la jual baju ni?’ I cakap, ‘Tak la giler! Ni baju ni nama dia Elise. Bukan Ellis kawan Kaksu yang jual!’ **Slap forehead. Apa yang Intan blur sangat sampai macam ni? Hahaha.


By Home Couture KL. RM70.00 jer woi!

Sebab Intan sekarang tengah struggle nak belajar, so I maafkan la if dia blur sometimes. Dulu tadek life sebab nak tolong Mama Papa dia meniaga dekat Downtown, sekarang ni sebok nak belajar pulak. Asal weekend je ada kelas. Lepas tu muka ketat je dekat office. Kejap kang bawak buku, print note, buat assignment. Haritu kata Sazli, ‘Intan ko takyah la beria belajar Economy tu. Bukan pass pon’. Jahat Sazli. Skali tadi Intan pesan I suruh bagitau Sazli, ‘Kaksu, cakap pada Abang Saz, Intan lulus ok Economy. Tapi cukup makan jer la markah. Takper la. Janji lulus’. Hahaha.

Korang baca pasal luahan hati Intan yang sekarang busy dengan study dia dekat sini. And tolong la bagi kata-kata semangat pada dia. Dia jiwa rapuh tu. Mana fikir nak belajar, mana fikir target nak kawen dah terlepas. Hahahaha.


Tu la. Makin menjadi-jadi blur. Berguru lagi dengan Pendekar Mustar!


-eNd-

2 comments:

dilot said...

tapi kenapa intan dah kurus?

Hani said...

lobster tu ada promo ke Su? macam sedap macam murah macam nak pergi. lama tak hunting for food hehehehe

tapi kan si Intan tu betul ke takde boifren su? Akak suka tengok dia, comel. Su pun comel tapi dah kawen kekekekekekkk