Monday, April 13, 2015

Sambal Air Mata dengan Tulur!

Assalamualaikum...

Haritu balik kampong I buat lagi stok sambal air mata. Mak pon offer. Kata dia lada kecik dah beli satu plastik besar. Ikan bilis dah siap kopek 1 bekas besar. Ambik la banyak mana nak guna. Taktau la dia ikhlas or perli. Hahahaha. Tapi I tak amek hati pon. Kesah pulak aku kalau Mak sebenarnya perli? Janji sambal air mata I menjadi.

I memang suka standby sambal air mata dalam peti ais, kot tadek lauk nak makan or tadek selera ke. Senang. Panaskan je 3 4 sudu dalam kuali lepas tu pecahkan telur dalam kuali lepas tu biarkan jangan paling-paling. Dah siap! Makan dengan nasik and kicap memang selera. I memang suka giler sambal air mata I ni. Dah la sedap nak mampos. (Aci tak puji masakan sendiri? Hahaha)


My all time fav. Sambal air mata dengan tolor!

Korang pulak jangan nak manja-manja cakap mengandung la, tingin nak makan la apa la. I memang buat pekak je. Hahaha. Pergi masak sendiri. Bukan susah sangat pon. Bahan pon tak banyak. Google je 'Resepi Sambal Air Mata', memang bersepah ada dalam blog I ni. Antara rajin dengan malas je. Paham?

Nanti buat banyak-banyak lepas tu hantar dekat I skek sebab I kan QC? Nanti I rasa and bagi markah. Ok? Heeeee. Dah semua. Jangan nak menyentan-nyentan depan pc memasing. Petang ni balik kerja pergi bhat sendiri korang punya sambal air mata ok? Give me five!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...