Friday, June 12, 2015

Athlete Yang Tertewas

Assalamualaikum..

Seperti yang I dah mengadu pada korang pasal I tak larat and badan rasa nak demam tu, semalam petang gigih jugak nak turun netball dengan bebudak ni. Sabtu dah tournament, sapa yang main pon tak decide lagi. Semua pon hebat. So taktau nak pilih sapa. Heeeeeee. Tapi semalam tak cukup korum pulak, ada yang tak dapat join sebab nak balut and hantar hadiah dekat ILKAP. So mana yang ada jer la. Kaklong and Annie join sekaki. Lepas tu ajak bebudak remaja lelaki yang main futsal tu main dengan kitorang. Tapi main tadek law la, dorang main netball macam main bola keranjang. Pon boleh. Janji cukup orang.

OTW nak hantar Dyba ke Ampang Park, dekat depan Intermark I nampak ramai orang berkerumun tepi jalan. Allah. Ada accident. Skali tengok rupanya Si Sarah. I dah menggigil badan, terus parking kat tepi jalan. ‘Izah terus melompat keluar dari kereta. Kitorang tengok Sarah, Al-hamdulillah only minor injury. Dalam pada minor tu, patah jugak la gigi depan, calar dekat tangan, muka and lutut. I time ni badan dah rasa tak larat sangat-sangat dah. Tapi kena hantar Sarah pergi klinik jugak, sian kat dia.

Kitorang pergi Medivron Klinik, Ampang. Sementara nak tunggu Sarah cuci luka, I dah baring dekat peha Fiza. Badan dah rasa seram sejuk, menggigil, nak muntah and tak larat sangat-sangat. So alang-alang tu, jumpa la sekali doktor. Masuk-masuk je Doktor tanya, ‘what happen?’ I cakap, ‘I demam’… Pastu dia check suhu, 39.4. Kata dia ‘Too high ni. U pakai sportswear dari mana? ‘ I cakap I baru habes main netball. Kata Doktor, ‘Wow, demam macam ni you still can play?’ I jawab, ‘Doktor please? Athlete kot?’ Hahaha.


Halololoh

Dia check nafas. Kata dia hembus 3 kali ikut mulut. ‘Yes, good excellent, yes dear you doing great’ Eh doktor ni, kau dah kenapa? Hembus nafas je kot? Dia ingat I Shein nak cakap excellent-excellent? Hahahaha. Pastu dia pegang kepala and tekak pipi semua, dia tanya sakit tak? I cakap sakit… Lepas tu dia tekan mata. Tanya sakit tak? I cakap ‘Sakit la!’ Tergarang. Sorry doc. Hahaha. Mata I semalam rasa macam nak terkeluar. Kata doktor I dah almost kena flu and now kena viral fever.

I mintak ubat paling power rangers. Sampai je rumah, I dah tak larat apa terus baring. Sazli siapkan tilam I dekat hall sebab dia tak kasik tido dengan Shein. Takot jangkit. I pon memang tak larat apa, tido je dekat depan. Lapang-lapang dekat hall tu, I boleh je tido. Sebab tak larat dah kan? Time ni kalau ada pocong ke apa lompat-lompat menari lagu Muhjse Dosti Karoge medley, I lantakkan ajer. Hahaha. Tengah tido, my baby Shein tetiba datang dengan blanket dia, nyonyot jari and tetiba baring dekat sebelah. I dah mamai-mamai at that time but awwwww that so sweet of you Shein.

Pukul 4.00am pon tetiba je dia datang dekat I semula. Sazli buat susu lepas tu bagi pada dia. Habes susu, I dukung dia, dia peluk leher I and I hantar dia semua pada Sazli. Suruh dia tido dengan Abah dia. Poor my baby, tak dapat tido dengan Mama. Sampai pagi, masa I tengah sidai kain tetiba dia hulur tangan, nak suruh I cium tangan dia yang masam tu and dia senyum. Yang paling manis. Even though Shein tak boleh nak bercakap, tapi I tau dia tengah pesan, ‘Get well soon Mama’.

So, kejap lagi I akan bergerak ke ILKAP. Lepas tu malam ni ada game badminton. Esok ada perbarisan and lepas tu ada netball. Malam pulak kalau badminton masuk final, ada game malam tu but kalau kalah lagi bagus. Lepas tu ada pertandingan karaoke. I masuk jugak. Hahahahaha. Esoknya ada marathon 3km, lepas tu baaaaaaaaaaaaaaalik. Just hope yang badan I bagi kerjasama and I tak collapse ke apa. Sazli cakap jangan beria sangat nanti pitam. I tak pernah pulak pitam time sukan, tapi ni dengan package demam ni entah la. But hopefully not la. Athlete kan? Malu la kalau pitam. Heeeeeeeeeeeeee


-eNd- 

5 comments:

farae al-farafisya said...

Part pocong lompat-lompat menari tu lawak! Hahahaha...
Get well soon kak su..
All the best utk sukan nanti ;)

Lavender violet said...

get well soon kaksue..
tp nak gtau jugak, pg td kite mcm nampak kaklong kaksue
nak tegor tp malu, jenguk2 jugak2 kot2 kaksue ade skali..
dia tapau breakfast kat gerai tangga..
pakai dress pink.. btol ke?
kot2 salah org hekhekk..

!EFIL said...

Menari mujse dhosti karoge tuuuuuuuu

edlidza said...

Semoga cepat-cepat sembuh!!

Haizan Qaseh said...

hahahha tak le bla kak su..atlettt pe de hal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...