Monday, June 1, 2015

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak by De yang TERPALING SEDAP DALAM DUNIA

Assalamualaikum..

Takyah cakap banyak, nah I belanja 1 gambar Ikan Patin Masak Tempoyak resepi paling simple, paling basic, paling sedap dengan konsep ‘Less is More’ gittewwww.  Siap ada konsep resepi ni. Ko ada? Kah kah kah. Ni resepi De I ni. InsyaAllah kalau korang guna resepi ni, memang makan sampai menjilat pinggan. Kalah la Restoran Ikan Patin Pak Usop dekat Temerloh tu. Dah la eskyen, ketat jer muka time cedok lauk. Mementang la dia masak sedap. Geram jer…. Orang bayar la!

Now dengan De jadik tukang masak Ikan Patin ni, kitorang takyah dah susah payah nak makan kat kedai Pak Usop sebab De masak 10 juta kali lagi sedap. Bak kata Sazli, ‘Ikan Patin Tempoyak De ialah yang paling sedap dalam dunia’. Nothing fancy dalam resepi ni, just make sure semua bahan-bahan yang digunakan fresh, InsyaAllah sedap! Sebelum masak kena selawat dulu. De pulak time masak kali ni stressed lebih, sebenarnya each time dia stress sebab dia tau harapan orang nak makan ni tinggi. Benchmark ‘Ikan Patin Tempoyak Pak Usop’, mana member tak 8 juta kali tanya, ‘Sedap ke tak, sedap ke tak?’ Don’t worry De, so far your cooked never failed us. Especially Ikan Patin Masak Tempoyak ni. Jom check resepi.

Bahan-bahan
  1. Kunyit hidup - seinci
  2. Lada kecik - segenggam
  3. Tempoyak fresh – 5 sudu
  4. Garam
  5. Serbuk perasa (optional)
  6. Timun Cina/Belimbing Buluh/Batang Keladi
  7. Ikan Patin
  8. Daun Kunyit & Daun kesom

Cara Membuatnya
  • Tumbuk kunyit dengan garam. Nak bagi kunyit cepat hancur
  • Bila dah hancur kunyit hidup tu, masukkan cili padi. Tumbuk kuat-kuat kalau boleh biar sampai lesung batu pecah. Haha
  • Dah hancur kunyit + cili padi, scoop 5 sudu besar tempoyak fresh masuk dalam lesung
  • Gaul-gaul-gaul semua dalam lesung batu. Tu yang buat sedap. Seriously
  • Lebur dalam periuk, masuk air dengan ikan patin sekali
  • Ambik air, masukkan dalam lesung batu tadi, gaul kasik bersih and masukkan air tu dalam periuk. Petua ni.
  • Masukkan sayur yang korang nak (batang keladi/timun cina/belimbing buluh). Masukkan salah satu je, jangan masukkan berjenis-jenis pulak. Nanti tak sedap
  • Masukkan daun kunyit and daun kesum
  • Masukkan serbuk perasa (optional)
  • Bring to boil and tadaaaaa siap!



Ni Ikan Patin Masak Tempoyak De masa dalam periuk. Telan air liur nampak memasing?


Dah siap! Sazli dia jenis tak hirup kuah kalau makan. Dia kan suka makan kering? Tapi Ikan Patin Tempoyak De, dia memang hirup kuah. Lincheeeennnnn kata ko! I suka kepala, yang ada banyak lemak bawah dagu ikan tu. Sedapnyaaaa. (Dagu ke nama dia sebenarnya?)

De guna cili padi burung each time masak. Memang tak pernah guna cili lain. Kalau nak sedap, guna la cili padi burung tu jer. Yang kecik-kecik tu. Jangan guna cili akar. Mix yang kaler merah and kaler hijau. De guna dalam segenggam cili padi. Memang kitorang spesis keluarga makan pedas tahan buasir bunga kelopak lapan. Terpulang pada korang punya tahap kepedasan ok? Lepas tu, tempoyak memang confirm fresh. Bukan yang beli dekat pasar malam yang kebarangkalian tempoyak campur dengan pisang sebab nak bagi nampak banyak. Tempoyak fresh dalam rumah Mak sentiasa ada stock. Tu yang buat sedap.


Ni la Lada Burung. Gambar ambik dekat sini

I tak sukaaaaaaaaaaaaaa Ikan Patin Masak tempoyak guna Bunga Kantan. Bagi I, dah potong rasa tempoyak tu. Ada orang guna sebab suka. Terpulang pada korang, tapi dalam resepi De, tadek tau bunga kantan? If nak sedap macam ni, jangan ingkar resepi nanti Sultan De murka. Ikan patin pon memang kitorang beli dekat Pasar Malam yang hidup-hidup tu. Memang dijamin fresh. Kalau jumpa, korang guna la Ikan Patin Buah. Yang tu lagi la sedap rasa dia. Sambil makan, sambil nanges. Hahaha. Punya la sedap.


Fokus hanya kepada Ikan Patin fresh jer ok? Yang sebelah tu Ikan Tilapia penjahat. I dah declare war dengan Ikan Tilapia dah lama dah. Eee takot. Semalam De masak sekor jer, memang berebut la makan. LAIN KALI DAH TAU MASAK SEDAP, BUAT LA 2 EKOR DE!



Ni Kaklong tengah bargain harga. Ingat tukang bargain yang bayar, tapi Mak yang bayar. Tak guna ko Kaklong. Gaya dah ada la, ye ye je siap muncung mulut. Skali Mak cakap, 'Sokay doter, I'll pay' Gitu. Sambil  tolak duit dari tangan Kaklong. Haha. Kitorang beli Ikan Patin ni dekat Pasar Malam Bandar Pusat Jengka.


Tukang masak Ikan Patin. De yang cantik dan kurus. Kuat makan, tapi kurus. Untunglaaaa. De, nak uweeeeet!

InsyaAllah kalau korang guna resepi ni, nanti suami tambah sayang. Lepas makan, tau-tau dalam bilik dah ada Prada satu. Ha. Pengsan ko dekat situ. Hahahaha. Untuk semua, selamat mencuba resepi ni dan yang sedang terliur tengok gambar, padan muka diucapkan. Sekian Terima Kasih.

-eNd-

2 comments:

Haizan Qaseh said...

kak su nak try la masak..nak tgk yang ade kt bilik beg prada ke spende dah pakai..hahahha terliorrrr wey

!EFIL said...

Akakakka komen haizan qaseh adalah sgt win!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...