Today rasa
macam tak sihat. Actually batuk dari malam lagi. Pagi tadi bangun dah ada sore
throat, badan dah seram sejuk. Dah la esok start Sukan Syarikat dah. Acane ni?
Hesh. I betul-betul rasa nak sihat kalini. So pagi tadi, gagahkan diri. Makan
ubat and tak layan demam. Hopefully by esok badan dah 100% sihat la, sebab esok
malam I ada game badminton. Hope kalah la, sebab kalau menang dah kena masuk
final Sabtu malam. Sabtu malam tu plak ada pertandingan karaoke. Nanti kang dah
pepenat main, kena nyanyi pakai baju sukan dengan badan kepam. Tak artis la. Hahah. Tapi I sekarang
ada masalah anxiety la. Ketar-ketar suara bila mula start menyanyi, tapi kalau
dah naik syeh, microphone taknak lepas dah. Hahahaha.
Si Intan kata
tahun ni dia taknak masuk karaoke. Dyba pon taknak. Dorang kata dorang nak
jadik backup singer jer, tak pon nak jadik tukang menari jer dekat belakang.
Haha. Bongok. ‘Izah (Ahli kumpulan baru) kemain pilih lagu Ning Baizura je.
Tetiba tadi kata nak tukar lalu nasyid sempena bulan puasa tak lama lagi T___T
So, tomorrow I’ll be away for 3 days ok? Probably hari Selasa baru I online sebab Isnin tu rasanya mesti flat habes badan,
but I will try my best untuk update blog, mana tau ada yang rindu ker, kan?
BTW, harini I
nak share gambar makanan. Macam dah lama tak share gambar makanan. Ni semua
gara-gara Diana Ishak (Green Apple) share video pempuan Jepun makan sebesen
udon dalam entry dia dua minggu lepas, terus tengahari Jumaat tu I ajak bebudak ni makan udon. Jom tengok
gambar.
Ni Intan punya. Dia makan Half Udon. Kata dia sebab dah kenyang. RM10.40, tengah suap Udon dia, sebok nak rasa orang punya jugak. Padahal menda yang sama je.
I makan ni. Asari Udon. Tak habes pon. Nafsu je kata siap nak makan dengan tempura belaka. Semua sebab terpengaruh dengan pempuan jepun tu. RM19.70 harga Udon ni.
Si Sarah nak ber udon jugak. Dia makan Tokusen Sushi Mori. Harga dia RM39.50
Set tu come with sushi macam ni. Habes Sarah makan semua. Memang dia hebat.
Yang ni I punya jugak. Yasai Tempura. Harga dia RM12.70
Actually teringin makan Udon ni bermusim. Bila teringin tu, memang teringinnn sangat. Dah dapat rasa lega. Yang ni kitorang makan dekat Ichiban Boshi Pavilion. Sederet dengan Tony Roma's. Sini sushi dia tak la mahal sangat. Harga mampu milik. Apa lagi? Serbu la sebelum puasa ni. Esok lusa kalau dah puasa, jilat je la skrin ni. Haha. Adoi, badan dah start gigil balik. Mintak simpang jangan la Denggi ke apa. My team need me. (Poyos).
-eNd-
No comments:
Post a Comment