Friday, October 2, 2015

Tips Untuk Buat Passport Baby/Toddler

Assalamualaikum..

Malam tadi I dah ambik Passport Shein. Nampak je gambar dia dalam passport terus I dengan Sazli tergelak. Dengan rambut cendawan, mulut melopong sebab tengah kusyuk tengok 'Surprise Egg's dekat iPad atas camera yang amek gambar dia tu. Kening kerut-kerut siap. Hahaha. Lawak betul. Agak mencabar ye nak ambik passport untuk Shein yang huru-hara ni? Naseb baik la Sazli ikut pagi semalam. Kalau tak, I cakap pada Sazli I nak handle alone. Boleh tahan confident I kan? Actually kalau semua dah ready sebenarnya I confident boleh buat sendiri tapi sebab renyah macam-macam hal, tu yang buat lama dekat UTC.

Sazli dah renew his paspport a day before. I suruh dia buat dekat ICT. Kata Sazli, dekat ICT boleh ke buat passport? I cakap boleh! Sana boleh buat IC, bayar saman, renew lesen memandu. Semua ada. Orang pon sikit. Tak macam dekat Wangsa Maju, orang ramai and very long queue. Kata Sazli, ICT mana ni? (Dia layankan ajer I sebenarnya waktu tu). I cakap ICT Keramat, bebetul depan LRT Damai. Kata Sazli, 'Itu UTC laaaaa'. Hahahaha,. Alaaaaa UTC ke ICT ke, sama jer kaaaaaan???? Kecohhhhh. Janji maksud sampai dah la. Haha.

Sebetulnya I jenis prepare kalau apapa menda nak buat. I Google and cari info tapi kali ni untuk buat passport Shein, I terlebih confident. I boleh jalan melenggang macam tu je bawak Shein. Dah la dengan tertinggal Surat Beranak Shein lagi. Kompiden je I bagtau Sazli takyah surat beranak, MyKid dengan IC I dah cukup. Sesuka-suki buat undang-undang sendiri. Anyway, sebab I baik hati, I bagi la tips kat korang if ada yang nak bawak baby/toddler untuk buat passport. Maybe ada yang taktau, so nanti tadek la jadi macam I renyah tak tentu hala.

Apa yang anda perlu lakukan jika nak buat Passport anak bawah 12 tahun
  1. Sediakan cash. RM100.00 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun untuk tempoh 5 tahun.
  2. Photostat 1 salinan surat beranak anak anda, 1 salinan MyKid dan 1 salinan Ibu/Bapa/Penjaga
  3. Let say if korang tak bawak, dekat UTC Keramat ada JPN. So korang boleh buat salinan baru Surat Beranak and bayar RM5.00 cuma nak beratur agak lama la (Grrrrr)
  4. Dah ada semua tu, sila proceed ke counter and baru ambik number
  5. Sementara nak kena panggil untuk ambik gambar, boleh ukur ketinggian anak anda
  6. Ambik gambar and amek cop jari anak anda selepas dipanggil untuk proceed next step. Maksure semua maklumat betul
  7. Buat payment and boleh collect Passport selepas 1 jam. Makesure masa nak collect, bawak sekali pemohon. Ok? Kalau tak tak boleh ler nak ambik sebab kena cop jari pulak dekat passport.


Nampak senang kan? Actually haritu yang buat lamat sebab memula sampai kaunter, I bagitau nak buat passport Shein, maka Surat Beranak dah tertinggal so Sazli pergi JPN untuk ambik copy. Sekianlah JPN orang ramai pulak time tu. Kena tunggu dalam 40 minutes. Lepas dah dapat salinan Surat Beranak Shein, I beratur balik untuk ambik number and dorang cakap kena pulak copy IC penjaga, MyKid dengan Surat Beranak. Keluar pulak kat depan sana untuk photostat (Naseb baik ada kat kedai nak buat gambar passport tu).

Dah siap semua ready document, beratur lagi kali ke 3 and baru dapat number. Tunggu dorang panggil untuk amek gambar. Dah nak amek gambar  kena ukur ketinggian pulak. Daaaaah pergi pulak ukur tinggi kat tepi kaunter amek number tadi. Dah siap ukur tinggi, datang balik counter. Time ni Shein dah la taknak duduk diam and mengamuk. Tu yang kena bagi iPad and letak atas camera sampai dia nganga mulut besar macam dalam gambar. Untuk yang nak duduk beriba, korang jangan risau. Boleh riba and nanti dorang akan guna satu papan nipis kaler putih untuk letak belakang kepala anak korang, so background putih la. LOL. Lawak giler. I tengok papan nipis tu macam pemukul lalat dah.



Sementara Sazli pergi print out balik salinan Surat Beranak Shein, maka Shein pon buli Mama. Lipstick merah tu Shein, ko jangan nak gomol-gomol Mama sangat la.





Halololo. Tu konon buat muka comel kenapa?




Ni dalam pukul 9.30am, orang tak la ramai sangat.




Nampak kaler hitam tepi dinding tu, itu la camera untuk ambik gambar passport

Dah siap bayar, I tak boleh nak tunggu lagi sejam sebab nak kena masuk office pulak. Dorang cakap boleh collect Passport sebelum pukul 9.00pm tapi jangan datang dari pukul 7.00pm-8.00pm sebab dorang rehat waktu ni. I datang malam tu sempat-sempat jer dalam pukul 8.57pm. Jalan jem pulak dari Ampang nak sampai ke Keramat. I dah nak tekencing terberak dah dalam seluar. Naseb baik sempat-sempat jer.. Lepas collect rasa lega sebab kalau I sendiri yang nak ambik takper, ni si Sheindong Kedondong ni ha, dia kan spesis huru-hara?


Passport Shein! Hahaha. Lawak giler muka. Leher tu dah la macam kuih lapis.




Mini UTC Keramat
Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi Urusan Pasport
Isnin-Ahad : 8.30 pagi - 10.00 malam
*Jumaat Tutup : 12.15tgh hingga 2.45ptg
*Waktu Rehat Malam: 7-8mlm setiap hari
*Tutup semasa Cuti Umum

Untuk collect passport, datang selepas pukul 8.00pm, sebelum 9.00pm. Klik sini untuk check waktu operasi Jabatan Imigresen seluruh Malaysia. Waktu operasi berbeza antara Pejabat Imigresen dan Mini UTC. OK? Lagi satu, makesure passport korang punya expired date mesti 6 bulan sebelum tarikh nak pergi. Kalau tak, tak lepas dekat immigration.

-eNd-

4 comments:

Unknown said...

salam sis..info sis psl buat pasport tuk toddler mmg berguna.tqvm..cuma nak tnya..kalo untuk dewasa..untuk buat pasport..kna bawak gambar pasport asing or dorng snap pict kan jgk mcm shein tu..tq

Chooyaya! said...

farahida Nawang : Kaksu rasa now adult pon kena ambik gambar dekat sana terus kot?

Irfa said...

Haah dewasa amek gmbr depan kaunter tu terus
Pastikan pakai tudung gelap ye hihi
Renew last year jugak

Unknown said...

Hi nk tnye baby bru lahir perlu buat pssprt jgk ke.. Baby bru lhir xbuat jpn ag tqvm