Thursday, November 12, 2015

Resepi Cendawan Sisir Masak Pedas Campur Kacang Panjang dan Telur

Assalamualaikum..

Masa weekend bebaru ni Kaklong balik Kampung. So kalau balik kampung memang hukum dia makan je la kerja-kerja. Mak pulak, kalau tau Kaklong nak balik, bawang beli seguni terus. Sebab Kaklong kalau masak banyak pakai bawang. Masa Ahad tu, I share gambar I makan dekat Menate dengan Intan tu dalam group, sekali Kaklong melawan. Dia share gambar Ikan Patin Masak Tempoyak dengan Cendawan Sisir Masak Pedas Campur Kacang Panjang and Telur. Wajaaaaq! Hahaha. Terus meroyan I dekat KL. Bak kata Shanom – ‘Baaaa alipppppp’….. Hahahahaha. I mintak Kaklong tapaukan dedua lauk tu. Balik je dari rumah Bapak petang Ahad tu, terus kitorang zaaaaaaappppp ke Bukit Antarabangsa. Besimpang siur tangan berebut-rebut makan. Heaven sangat rasa.

I share dengan korang resepi ok? Cendawan sisir ni biasa ada tumbuh dekat batang-batang kayu. Sebelum guna, korang kena la bersihkan. Rendam lama sikit dalam air biar hilang rasa woody n tertanggal kekotoran dekat cendawan tu. Rendam dalam air biasa kosong macam tu je. Jangan nak peramah rendam dalam air sabun pulak.


Cendawan Sisir Masak Pedas Campur Kacang Panjang dan Telur


Bahan-Bahan
  • 10 tangkai cili padi
  • 5 ulas bawang kecik
  • 2 ulas bawang putih
  • Ikan bilis segenggam

(semua ni tumbuk)
  •  Minyak untuk menumis
  • Cendawan sisir yang direndam and ditumbuk – jangan sampai hancur
  • Kacang panjang
  • Telur 3 biji
  • Garam & Serbuk perasa (optional)

 Cara-cara Membuatnya
  1. Memula tumis bahan tumbuk. Masukkan air sikit
  2. Lepas tu masukkan la cendawan sisir yang ditumbuk tadi. At this point, masukkan air sikit demi sikit
  3. Jangan banyak sangat. Cukup untuk bagi cendawan tu lembut and kite tau masak
  4. Perasakan dengan garam etc
  5. Lepas tu masukkan kacang pancang
  6. Bila dah layu, last sekali masukkan 3 biji telur and kacau semua
  7. Siappppppp


Makan ni sahaja dengan nasik putih pon dah sedap sangat-sangat. Lawan dengan Ikan Patin Masak Tempoyak dengan Timun Cina jawapan dia memang meninggal. Sedap nak mampos ok? Ni la untungnya jadik ongkampong. Segala cendawan boleh buat makan. Ko ada? Haaaaaaa

-eNd-

4 comments:

Mimy Hamid said...

nk jerit telinga ko ...sedapp hoiiiiiiiiii

Illy Ariffin said...

ingat dulu nenek illy ada masakan best sgt!! terliar kat kl mana nak cari cendawan gini payah tul

Ann said...

ta pernah makan...kene cari ni..sodap nengoknye...

Chooyaya! said...

Mimy Hamid : hahahahahhaha sabau

illy ariffin : kena carik kat pasar2 tani kot? tu pon kalau ada. mmg susah nak cari

Ann : kena cuba sekali seumur hidup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...