Tuesday, November 17, 2015

Shein and Mama (pulak)

Assalamualaikum..

Seronok pulak harini tengok ramai parents especially emak-emak yang excited menunggu keputusan UPSR anak masing-masing. Tahniah pada yang dapat keputusan cemerlang. Kepada yang dapat keputusan tak berapa nak cemerlang, jangan putus asa. UPSR ni baru permulaan. Takde apa pon. Cemerlang atau tak tetap naik Sekolah Menengah jugak kan? Jangan down sangat. Perjalanan masih jauhhhhh lagi nak tempuh. Macam I ni OMG lagi 9 tahun Shein nak UPSR. Kot yer la time tu ada UPSR lagi kan? Hahaha. I takyah tunggu Shein UPSR pun dah nak nanges. Dia masuk darjah 1 nanti I agak I nanges 2 hari kot sebab tak sangka dia dah besar. Over sangat.

I sayang Shein sangat la. I suka dia. Sebab dia comel sangat perangai. Mengada, manja tak tau la nak cakap macam mana. Tu tangan dia time keluar telunjuk cakap ‘Ayok, Aaaa a’, I rasa macam nak gigit jer. Kekadang I gigit je tangan dia walaupon dia tak salah apa sebab geram… Hehe. Kekadang I sengaja je tinggal dia dalam bilik sorang-sorang atau sakat dia sebab I suka la tengok dia nanges jugak sebenarnya. Kekadang tarik blanket dia, kekadang sorokkan mainan dia. Sama macam Abah Shein jugak la kaki menyakat.


Shein, Mama sayang Shein sungguh.


I dengan Shein masa Baby Shower Poja Sabtu lepas. Seronok la dia main tepi kolam yang ada Ikan Koi sebesar dulang tu.



Why so serious Son?

Hope Allah panjangkan umur I untuk tengok Shein membesar. Shein ni dia special sebab dia anak sulong lelaki. Bakal jadik ketua keluarga kalau Sazli tak panjang umur untuk jaga Mama. Abang yang akan jaga adik-adik dia nanti, InsyaAllah… Hopefully nanti, tangan Shein ni la yang sambut jenazah Mama dari dalam liang lahat. Anak lelaki sulong Mama. Pewaris Abah Shein ni.. Dulu I rasa susah sangat bila Arwah Ayah meninggal and takde adik beradik lelaki. Nak kawen pon turun naik mahkamah sebab takde wali and kena guna wali hakim. Bila Arwah Ayah meninggal pon, naseb baik ada Abang-abang Ipar tolong handle masa Majlis Pengkebumian. Macam takde tempat bergantung bila satu-satunya lelaki yang sama darah takde dalam keluarga.

I ingat dapat lagi 2 anak ok la. Lepas ni girl, lepas tu adik girl tu boy pulak. 2 lelaki 1 pempuan. Pempuan sorang cukup la sebab biar dia pwincess sorang-sorang. Tapi masalahnya sempat lagi ke ni? Hahahaha

-eNd-

5 comments:

schazaza said...

sempat lagi kak su... preggy tak mengenal usia gitu... ayoh, jom preggy bsama....
:)

Fiza Abdul Rahman said...

Malam ni malam jumaat kak su, elok lah tu ON.. jangan lupa baca apa yang patut.. hahaha

Chooyaya! said...

schazaza : jommmmmmmm hahaha. malam ni la.

fiza abdul rahman : ON

Curious Traveller said...

Yup seronok kan tgk budak membesar, i bujang lagi tp ada anak angkat..mmmm tak tergambar dgn kata kata tgk dia membesar hehe...well, kps semua ibu dan bapa, bersama atau tunggal, selamat menjaga bahtera untuk anak anak k...salam dari kinabalu

sharifah diyana syed bohori said...

siapa tak syg anak kan..nk syg shein jgk boleh?hehehe sebak plak baca.teringat anak kt rumah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...