STICKY POST
*Please scroll down for new entry*
Assalamualaikum..
Susah kan sekarang nak carik set penjagaan wajah yang ada semua
kebaikan dan perlindungan dalam satu produk? Yang ada banyak dipasaran ni kena
pakai macam-macam dalam satu masa. Maksudnya lepas cuci muka kena pakai
pelembap, lepas tu toner, lepas tu krim malam pulak. Kalau siang pulak lepas
cuci muka nak kena pakai pelembap, lepas tu toner, lepas tu krim siang, lepas
tu sun block belaka. Punyalah renyah! Tak masuk lagi krim untuk hilangkan
lingkaran hitam bawah mata, krim untuk kulit kusam dan tak sekata dan
macam-macam jenis krim lagi!
Bila usia dah makin meningkat dan kulit dah ada tanda-tanda proses
penuaan yang kita tak boleh nak elak sebab proses semulajadi tubuh maka masa ni
mula la masing-masing tercari apa produk yang bagus dipasaran untuk memberi
pelindungan 100% kepada kulit dan melambatkan proses penuaan. Lebih-lebih lagi
sekarang ni dengan tekanan hidup dan cuaca yang tak menentu, kurang tido,
faktor pemakanan dan pencemaran udara yang makin menjadi-jadi maka kita kena cari
produk penjagaan wajah yang terbaik sesuai dengan situasi yang berlaku sekarang
ni. Kan?
Tapi korang semua jangan risau, I ada penyelesaian untuk semua
masalah kulit korang. Harini I akan kongsi review 3 product penjagaan muka dari
Olay Total Effects yang mempunyai kebaikan, pelindungan menyeluruh hanya dalam
satu botol. Maknanya dengan 1 produk sahaja, boleh merangkumi semua jenis
masalah kulit dan memberi perlindungan menyeluruh kepada kulit anda. Produk
tersebut ialah:-
Olay
Total Effects Anti-Ageing + Fairness Cream, Olay Total Effects Day Cream Gentle
SPF15 dan Olay Total Effects 7-in-1 Pore
Minimizing CC Cream SPF 15
Kita mulakan dengan Olay Total Effects Anti-Ageing + Fairness Cream
Krim ni texture sangat
lembut. Tak melekit dan berbau wangi. Bila sapu pada kulit muka, terasa lembut
je. Untuk yang ada masalah kulit kering tak perlu risau sebab krim ni memang
melembapkan kulit jugak.
Olay Total Effects Anti-Ageing + Fairness
Cream ialah krim malam yang mempunyai 7 kebaikan kepada kulit anda.
Diantara khasiat dan kebaikan krim ini ialah:-
- Mengurangkan garis halus dan kedutan
- Melembapkan kulit yang kering
- Untuk mengimbangi tona kulit yang tidak sekata dan
mengurangkan bintik hitam
- Melicinkan permukaan kulit dengan pengelupasan yang lembut
- Untuk mengecilkan pori-pori
- Melindungi permukaan kulit daripada kerosakan radikal
bebas dengan antioksidan
- Menguatkan kulit dengan penghidratan
Produk ini bebas minyak, pantas menyerap dan diuji secara klinikal
serta tidak akan penyumbat liang roma anda. Sangat bagus! Sebab sesetengah
produk yang mengandungi pelembap sangat berminyak and nanti bila pakai, kulit
rasa tak selesa dan melekit. Cara nak pakai senang je. Selepas cuci muka waktu
malam sebelum tido, sapu krim ini secara perlahan-lahan di seluruh kulit muka
dan leher. Senang jer kan?
Seterusnya ialah Olay Total Effects Day Cream Gentle SPF15.
Krim ni texture dia pun lembut. Langsung tak
berminyak. Sangat ringan dan tak terasa pakai krim di wajah. Warna lebih gelap dari
krim Olay Total Effects Anti-Ageing +
Fairness Cream.
Perbezaan warna
antara Olay Total Effects Anti-Ageing +
Fairness Cream dan Olay Total Effects Day Cream Gentle SPF15.
Olay Total Effects Day Cream Gentle SPF15 ialah
krim siang yang boleh dipakai setiap hari pada wajah anda. Krim ini ialah
pelembab muka yang memberi 7 manfaat hanya didalam satu krim! Selain dari itu,
krim ini juga mengandungi SPF15 yang melindungi kulit anda daripada
sinaran berbahaya UVA / UVB dan kaya dengan vitamin SPF 15. VitaNiacin Complex
dan anti-oksidan untuk kulit dilindungi supaya kelihatan muda. Antara 7
kebaikan krim ini ialah:-
- Kedutan -
Membantu menyamarkan garis halus dan kedutan
- Warna Kulit Tidak Merata - Membantu menyeimbangkan dan
meratakan warna kulit
- Bintik Hitam -
Membantu menyamarkan bintik hitam
- Tekstur Tidak Sekata - Melembut dan meratakan tekstur
kulit
- Liang -
Mengurangkan penampilan liang pada wajah
- Kulit Kering -
Melembap dan menutrisi kulit
- Kulit Kusam - Untuk kulit tampak lebih cerah
- Pori-pori Besar - Membuat pori-pori tampak lebih kecil
Formula Olay Total Effect Day Cream Gentle SPF15 direka untuk
memberi manfaat dan menjadikan wajah sentiasa kelihatan muda dengan cara paling
optimum. Kandungan Kompleks VitaNiacin dengan vitamin E, B5 dan B3 mengelupas
kulit secara lembut dan meningkatkan proses pertumbuhan kulit secara semulajadi
dengan lebih sihat disamping kandungan SPF15 yang melindungi kulit dari sinaran
UVA/UVB.
Cara nak guna senang je, dengan menggunakan hujung jari. Sapu krim
di wajah dan leher yang telah dibersihkan dengan cara membulat ke atas.
Dan yang
terakhir ialah Olay Total Effects 7-in-1 Pore Minimizing CC Cream SPF 15
Jika
anda memakai Olay Total Effects 7-in-1 Pore Minimizing CC Cream SPF 15 ianya
boleh mengurangkan pori-pori kelihatan di wajah dan menjadikan kulit anda lebih
licin dan sentiasa muda. Antara formula krim ini ialah:-
- Melindungi kulit dengan kemasan
sempurna untuk mengurangkan liang pori dari kelihatan bermula dari
penggunaan kali pertama.
- Membetulkan dan melawan 7
tanda-tanda penuaan (garis-garis halus dan kedutan, tona kulit tidak
sekata, bintik-bintik hitam, tekstur kulit tidak sekata, kulit kering,
kulit kusam dan liang pori yang besar)
- Dengan penggunaan kerap setiap
hari, anda akan mendapati kulit anda akan kelihatan lebih muda dan licin
seperti menggunakan teknik mekap 'air brush'. Cara nak guna senang je.
Hanya sapu pada kulit muka yang sudah dibersihkan secara merata. Lepas tu
'blend' and siap!
Olay Total Effects 7-in-1 Pore Minimizing CC
Cream SPF 15 ialah krim yang wajib ada dalam beg make-up I lepas ni. I suka
dengan 'finishing' muka I lepas pakai krim ni.
Jangan lupa
dapatkan ketiga-tiga produk dari Olay Total Effects ni di farmasi Guardian berhampiran anda sekarang sebab sekarang
ada promosi sepanjang bulan Disember. Ok? Terutama untuk wanita yang
bertudung sebab krim ini mengandungi SPF15 yang melindungi kulit anda dari sinaran
UV yang berbahaya. Walaupun kita pakai tudung, tak semestinya sinaran UV tak
boleh 'menembusi' kulit kita. Tapi dengan penggunaan rangkaian krim dari Olay
Total Effects kulit anda akan dilindungi samaada yang terdedah kepada cahaya UV
ataupun tidak.
Untuk
mendapatkan info lanjut tentang kesemua produk yang I dah kongsi dengan anda
semua tadi, boleh tengok link dibawah :-
Good Luck!
-eNd-
6 comments:
As salam..bole tk share kan harga untuk setiap produk kat atas..mekaseh:p
As salam.minta maaf...tmpg iklan..produk olay total effect to let go 0169396640
Kulit saya berminyak dan pori terbuka.. Boleh suggest kan cream yg sesuai
Product boleh di pakai untuk usia barapa ye sis...
Pencuci muka dari olay ada ke?
Salam, krim anti ageing + fairness cream tu cream malam ke? Ada nampak spf15 tu bukannya day cream yer?
Post a Comment