Wednesday, December 16, 2015

Resepi Egg Sandwich and Sardine Sandwich Yang Simple Tapi Sedap !

Assalamualaikum..

Semalam Shein ada Year End Concert sekolah dia (Building Blocks International) dekat Yamaha GE Mall. Parents also invited untuk datang concert ni. I pon semangat la sebab Principle dia ada WhatsApp I bagitau Shein macam excited and happy setiap kali ada practice. Walaupon Shein bahagian prop je. (Duduk dalam kotak bas waktu ABC song) Hahahaha. Tapi macam biasa, we expect drama from Shein. Sebab dia tau I dengan Sazli ada so start la buat perangai. Tak masuk kotak bas lagi, dia dah nanges. Sabar jer la. Takper la, Shein kecik lagi. Baru je 3 years old, InsyaAllah tahun depan ada la improvement Shein.

Lepas concert ada light refreshment, so kite emak-emak ni boleh la nak contribute foods tapi dessert tak digalakkan. Sebab dekat BBI ni dorang memang pantau la makanan yang bergula-gula ni. Air pon drinking water jer eh? Takde der nak juice sebab banyak sugar. If nak bagi juice pon kena 100% buah and tak boleh bubuh gula beria. So dengan emak-emak skali la makan makanan yang sama dengan bebudak. I tengok ada yang bawak sushi, lasagna, roti jala and such. I pulak bawak egg sandwich and sardine sandwich. Resepi I buat sendiri base on sandwich jenis yang sama favorite I dekat Esso Damai. I suka giler sandwich dekat situ. Simple tapi sedap. Korang boleh la try buat dekat rumah ok? Bebudak memang suka sebab tadek tumbuh-tumbuhan dalam sandwich ni.

Egg Sandwich (Untuk sebuku panjang roti)

5 biji telur direbus and dilenyek. Campur dengan 3 sudu besar mayonnaise (any brand), perasakan dengan sedikit garam and lada hitam. Sapu roti dengan butter and letak 2 sudu inti sandwich telur. Potong ikut suka hati. Siap!


Egg Sandwich. Yummmmmssss! Simple je, tapi sedap!



Letak 2 sudu inti macam ni, lepas tu kapit dengan roti lagi 1 and potong empat.

Sardine Sandwich (Untuk sebuku panjang roti)

1 tin kecil sardine Ayam Brand, dilenyek bersama dengan kesemua kuah. Campur 3 sudu besar mayonnaise (any brand), perasakan dengan sedikit garam and lada hitam serta masukkan setengah biji bawang besar yang dicincang halus serta sedikit perahan lemon. Sapu roti dengan butter and letak 2 sudu inti sandwich sardine. Potong ikut suka hati. Siap!



Sardine Sandwich pooonnn sedap!


Ni kalau potong cili padi lagi kick. Berasap telinga!

Actually yang egg sandwich tu kalau nak sedap letak daun salad and guacamole (avocado) and Sardine sandwich tu pulak if letak tomato slice dengan cili padi lagi kick tapi sebab nak bagi bebudak makan, macam ni je la buat. Tapi itu pon dah sedap sangat. Korang boleh la buat sandwich ni nanti sebab senang giler nak prepare. Sambil goyang tetek je buat, tau-tau dah siap je. Hahahahaha.

-eNd-

5 comments:

cik allord said...

yeay ada resepi kak su,sambil goyang tetek hahaa lawak kaksu

Mommy Cici said...

mak oi ni bukan anak je suka, mak pak pun terliur. boleh la buat untuk picnic nanti >,<

Diya Hanun said...

Hahhahah..jgn goyang..

mizlynaibrahim said...

suke ckp goyang2 tetek.. automatically terbyg2 akk wat cmtu.. T__T

afzan shah said...

Slm.. Memg simple..tp im sure hasil nye nyum nyum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...