Tuesday, October 3, 2017

Ajlaa Khasyorgee Birthday Party

Assalamualaikum..

Happy Birthday Ajlaa Khasyorgee! Macam baru je rasa visit Aliah dekat Prince Court waktu dia tengah mabok-mabok masa mengandungkan Ajlaa tetiba dah jadik orang dah Nona sekarang ni. Nona tu nama manja Ajlaa. I pon kekadang panggil dia Nona. Sazli selalu cakap ‘Ni la dia budaknya yang bagi Mummy dia duduk hospital 3 bulan’. Kesian Aliah tau? 2 pregnancy dedua pon dia mabuk teruk. Masa mengandungkan Ajlaa tu I tengok kaki dia sampai kurusssss. Punya susut badan sebab tak lalu makan. Ada term dia in medical sejenis mabok macam Aliah ni, tapi malas I nak tanya dia sebab kang aku kena bahasa MALAS. Hahahaha. Imagine duduk telantar dekat hospital 3 bulan Ya Allah I tak boleh imagine macam mana. Dulu I ngandungkan Shein duduk ward 4 hari pon rasa macam tension giler. Paling lama duduk pon time Denggi tahun 2013 dulu dalam 10 hari tu pon rasa tengok muka nurse dengan doktor rasa nak sepak je, inikan 3 bulan hoi! Dengan drip semua. Aduh… Sapa cakap mabok teruk hanya pada anak pertama? Takde deeeeeer. Tengok Aliah, anak kedua pon lagi hazab. Naseb la dapat handbag Chanel, berbaloi la mabok teruk mengandungkan anak Si Khatig. Dah la masa raya haritu kena lenyek kaki sampai kena bandage. Kah kah kah. Sian Aliah. Ni masa birthday Ajlaa I tengok yang beria dia. Bukan anak dia pon. Umi dia pon cakap macam tu. Hahahahaha. I masa wish birthday dekat Ajlaa I cakap macam ni ‘Happy Birthday Ajlaa.. Nanti dah besar jangan jadik macam Mummy awak, party animal’. Pastu Aliah cakap ‘Kwahajaaaaa Maksu!’Hahahaha. Ala, gurau jeeee. Kitorang memang jenis gurau kasar. Takat I datang rumah dia kena halau, apa ada hal. Tak kuasa nak kecik hati dah. 


Birthday Girl tak pandang camera takpe, janji Siti Nohaliza dah ready. Hahaha. Dari kiri : Shanom yang cantik, Ajlaa, Ongkaya Aliah, Hana and anak dia yang terselit dekat bawah tu (Sudais) and Siti Nohaliza!



Familiar faces dalam blog ni. Khatig, Altaav (Haritu dia moody je kenapa entah), Ajlaa and Mummy dia yang kaki drama.


TQ for having us Aliah. Berani la kan tak jemput? Aliah buat dekat rumah birthday Si Ajlaa dah macam kenduri siap ada Khemah. Makan Nasi Arab sedap! Nasi Arab ni favorite boss I tau? Dia kalau buat Open House mesti ambik catering family Khatig sebab sedap. Gambar Nasi Arab takde la pulak. Takpe, korang imagine je la sendiri.


Oh, ni info pasal Ajlaa. First word Amma? Amma????? Ok.


Dessert Table. Semua warna-warna princess. Haih syoknya… Bila I nak ada anak pempuan?


Birthday Cake. I takde info apapa pon pasal birthday Ajlaa ni. Tapi kek ni memang cantik. Berapa ratus la pulak ni.


Cupcakes


Cake Pop ni si Aliah yang buat. Dia cakap dia tido pukul 2.00am buat Cake Pop ni. Masa I makan I cakap ‘Patut tak sedap!’ Lepas tu Aliah cakap ‘Ko pergi balik Maksu. Ko balik sekarang’. HAHAHAHAHA


Meriah siap ada Clown! Bebudak suka la menda-menda macam ni.


Si Altaav moody sikit dia harini. Cranky je. Serba tak kena. Naseb la Daddy penyabar. Mak beliau garang. Dulu ingat lagi kata Khatig lepas bola dia kena balik. ‘Wei, aku balik dulu la. Takot anak aku kena bunuh dengan Lia’. HAHAHAHA. Bongok laki bini.


Shein mana Shein? Jawapan : Tengah enjoy makan dekat dalam and jadik anti sosial aku pon tak paham kenapa.

Ni la Birthday Girl. Baik sangat sangat sangat Si Ajlaa ni. Sazli selalu cakap nak bawak balik lepas tu Aliah cakap, ‘Ambik ambik. Pulang lambat sikit’. Hahahahaha. 


Ni cousin Aliah nama Elinor. Kitorang sama-sama pergi Bachelorate Nadia masa dekat Langkawi 2 tahun lepas. Boleh baca dekat sini. I miss you babes! Darah manis Elinor ni. Soon to be bride. InsyaAllah. Very beautiful journey of dia punya wedding and I rasa layak buat drama lah!


Hana, mata pandang mana?


Hani, Rish, Aliah, Elinor and Siti Nohaliza


All mine! 


Si Kidd dukong Shein dia cakap berat giler. Macam mana Shein boleh besar macam ni? Jawapan : Nasi sekali makan kekadang 3 pinggan. Okbye.


Last but not least, gambar dengan Shanom Yang Cantik. Ngek Shanom ni, dia pergi tanya anak buah Ajan. ‘Kenal tak ni Chooyaya Blogger’. Hahahahahaha.

TQ Aliah and Khatig jemput kitorang datang. Makan pon semua sedap. Now macam teringat pulak kesedapan Nasi Arab Catering family Khatig. Menyesal tak makan banyak time tu. Shein pon suka Nasi Arab haritu. Tu kalau suap lagi, mau setel 2 pinggan penuh. Ongkaya boleh la anak punya birthday buat meriah macam kenduri. Hahahaha. Saja je tulis macam ni, nak menyakat Aliah. Untuk Ajlaa aka Nona, Auntie Suraya Yang Cantik doakan supaya awak membesar jadi anak yang baik, sihat tubuh badan, bijak, jadik anak yang solehah, sayang pada semua yang sayang Ajlaa and dapat bahagiakan Daddy and Mummy awak. Awak nak ke kat Shein? Kalau nak, tanya Mummy awak la berani ke nak berbesan dengan I? Kah kah kah.

-eNd-

1 comment:

Ann said...

ehhh..khatig ini mcm kenal la Kak Su..pernah study dkt Muo dulu kan..

anyway..besnye theme beseday.terasa nak buat dkt diri sendiri pulak katun bagai kan.duluuuu2 manede ade gini kan.huhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...