Wednesday, February 17, 2016

Green Tomato Cafe Yang Superbly Best!

Assalamualaikum..

Kalau korang yang follow Instagram and Facebook I mesti perasan yang last week I ada share 1 café cantik ni nama Green Tomato Café yang terletak di Jalan Rtchie (Depan Gleneagles Hospital). I suka gilerrrr café ni sebab bagi I, café ni tersangat convenience, tenang, damai and cantik berkonsepkan garden style café in the city which is anak korang boleh run around, have fun and panjat pokok as well. Paling best sebab dekat sini is a kid friendly café. That is the most important thing untuk I and Shein. Nak makan pon tenang sebab Shein tak bosan as dia banyak boleh buat his own activity.

Back to nature ala-ala kampung boleh korek tanah and so on. I pretty sure kalau korang bawak budak-budak baya Shein, dorang akan suka sebab sini lapang boleh lari-lari and ada banyak toys untuk dorang main. Tent pon ada. Boleh main pondok-pondok and kalau anak-anak korang suka art, boleh bawak dorang lukis batik as café ni terletak sama tempat dengan Yayasan Seni. Korang boleh mencanting batik and beli batik and souvenir as well. Best kan? Banyak aktiviti lain jugak yang korang boleh buat macam kelas masakan, kelas batik, french class etc. For detail, korang boleh check their website dekat sini.

Café ni kalau korang datang time cuaca tak hujan, I rasa paling perfect. Ada pokok-pokok so suasana macam redup je, makananan dia pon sedap also ada cakes and coffee kalau korang dah kenyang and taknak makan yang heavy. Konsep makanan dekat sini is breakfast all day. Boleh order dari café bukak sampailah café tutup. Makanan lain pon ada jugak tapi menu dia tak la berapa banyak sangat tapi of coz tak mengecewakan bila korang makan. Untuk menu koang click sini. Sini also perfect place untuk korang buat small gathering or birthday party. Cuma open place macam ni, I risau hujan je la. Kalau tak hujan memang perfect! Nanti I ingat kalau Shein dah pandai appreciate things, I nak buat birthday dia kat sini la. I suka suasana pokok-pokok redup macam ni. I ada snap banyak gambar, so korang boleh check out and datang sini bila-bila korang free. This café bukak dari pukul 8.00am – 8.00pm everyday.


I ordered this last time. Hearty Breakfast. Ada bun, sausage, baked beans, potato wedges, scramble eggs and veggies. Sedap! Memang sedap. Dapat rasa english herbs yang ada dalam ni. RM18.00 no tax. 



Sazli order Egg Benedict. Cook perfectly. Memang kenyang.


Alas meja batik. Cantik kan? I masukkan dalam IG and ada yang tanya, Ultraman tu include ke? Hahahaha. Nope, it's exclude. Tu Shein punya.


Cappuccino for Sazli


Hot Chocolate for me


Masuk-masuk je, terus korang nampak building ni. Cantik kan?


Green Tomato Cafe ni terletak sama tempat dengan Yayasan Seni. Batik Shop ada, washroom pon bersih. Lapang dan cantik.


Table setting. Cafe ni memang bersih. Perfect place untuk chill out dengan kawan-kawan, family and kids.


Ada variety of cakes jugak kalau korang nak dessert


Tengok la rumput hijau. Mana nak dapat cafe macam ni dalam bandar? Very rare.


Kerusi meja untuk makan pon banyak. I agak boleh duduk 50 orang at one time. No problem.


Menu lain selain dari breakfast menu yang I dengan Sazli makan.


Counter. Sini 0% service charge and takde GST.


Kebetulan Sazli pon pakai Tie and Die T-shirt, dah sama konsep dengan Emilia. Emilia ni is Green Tomato Cafe owner. Very warm and friendly. Kawen dengan Mat Salih Australia, nanti I share gambar anak dia. Comel giler.


Children Playground ada balls and table.


Tent pon ada. Shein sampai-sampai terus masuk dalam khemah tu.


Sazli pon suka tempat ni. Next time boleh ajak Baba and Maktok jugak.



Spacious and cantik sangat kan?



Dekat sini ada herbs garden. Dorang tanam garlic, ginger, radish, onion etc


Cute. I risau jugak Shein kacau, naseb baik dia tak kisah. Haha.


Masa ni kitorang baru sampai dari Jengka. Gerak dari jengka pukul 6.30am and sampai sini around 8.30am. Perfect weather and sejuk je. I sukaaaaa. Muka naked so mata sepet la kalau pepagi macam ni.


Ni la anak Emilia. Jia Jia nama dia. Umur 2 tahun. Tengah tengok Youtube dengan Shein. Amboi Shein, baju dah la kaler pink. Muka nak muncung je. Tu awek Pan Asean tu!

So amacam, cantik kan café ni? Kata Emilia dia nak offer pada blog readers Chooyaya Secret Garden, let say korang datang sini dari pukul 3pm until 7pm and spend RM50.00 dalam single receipt, korang akan dapat free one slice cake of the day. Offer ni valid sampai end of this month sahaja. So korang still got time. Sambil makan, boleh tenangkan fikiran dekat sini. I jamin, korang akan suka. One more, sini parking pon senang. Ada banyak parking space. Keluar je kereta, terus masuk area café. 

Address: 333, Persiaran Ritchie, Desa Pahlawan, 
55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia




Good bye and see you again. InsyaAllah will come back here soon.

No comments: