Monday, March 14, 2016

Fish Pond at Avillion Water Chalet, Port Dickson

Assalamualaikum..

Kesinambungan dari entry sini and sini pasal Avillion Water Chalet Port Dickson, harini kiter tengok gambar Shein besuka-ria berlari berkejaran ditepi kolam mengharapkan Mama untuk mengejar dia. Kalau tak kejar, dia duduk lepas tu baring tengah jalan. Memang comel sangat perangai Shein ni. Makin lama makin dekat dia dekat kolam. Sambil pandang I, kaki sebelah nak acah-acah masuk dalam kolam. Shein ni memang dia suka test macam ni. Dia usha line, I marah ke tak. Kalau tak marah, I agak Shein akan terjun. Kalau I hepp dia, dia hepp kan I balik. Tapi still mendengar kata la. Hahahaha. Gambar ni semua I ambik masa Sazli nak ambik kereta dekat tempat parking seberang jalan sana. Sementara tu, I melayan la Shein main dekat kolam ni.

I suka Avillion ni sebab banyak pokok as korang boleh tengok dekat sini. So dia macam redup and tak panas. Lepas tu bangunan dia macam bertingkat-tingkat. So I suka. But I think I like Andaman more. Tu memang best. I nak ajak la Sazli pergi Andaman. 3 hari 2 malam macam ni jugak. Sana banyak pool and also ada private beach. Takpe, tu nanti boleh bincang kemudian. Sementara waktu, kita layan dulu gambar dekat Avillion ni. I wondering, kenapa dekat KL takde orang nak buat resort best macam dekat The Datai or Andaman. Kalau ada kan best? I suka resort yang banyak pokok and banyak pool lepas tu dia guna kayu buat bangunan. I sukaaaa. 

Tapi suka kalau dia resort la, kalau dia dijadikan konsep rumah I tak suka sebab seram. Haha. Macam Sazli, dia suka open concept. Dari dapur nak ke hall lalu laluan macam gambar bawah ni. Kiri kanan kosong ada pokok. Sama macam dalam cerita Munafik tu. Taknak aku. Kalau dia buat macam ni rumah, duduk la dia sorang-sorang. Hahahaha.


Ni bangunan lain tempat restaurant, activity area and registration. Chalet dekat tempat lain. Time ni ramai orang check in and check out so counter a bit busy. Shein pon sama jugak, bizi. Bizi belari. Tu kaki sebelah pon gerak-gerak tak dapat nak snap gambar.



Sebok tarik tangan I ajak lari tengah-tengah panas. Kalau taknak, nanti dia buat muka macam ni. Ko tahan tengok?


Fish Pond dekat depan tempat reception area. Dekat tepi tu je. Cantik kan?


Makin lama makin dekat Shein dengan kolam. Haha. Ni la dia nak try celop kaki lepas tu. I standby je dekat tepi. Kang kalau dia terjun, I tengok macam mana. Kalau dia tak tenggelam, I gelakkan. Kalau dia nampak lemas, baru I selamatkan. Haha.


Banyak Ikan Koi. Boleh ke goreng ikan koi ni? Buat goreng celop tepung lepas tu makan dengan kicap manis. Perrrghhh.


Haaaaa. Nak buat apa tu Shein? Mama tengok je ni. Shein cukup berbulu kalau I buat sign 'I'm watching you' tu. Kalau I buat, dia sanggup datang dari jauh nak gigit peha I. Ngek.


Ada jambatan across the pond.


Krrrr krrrrr meh ikan datang sini. Eh, tu panggil ayam! Hahahahaha.


Shein berlari mengharapkan Mama untuk mengejar beliau.


Suka eh kau Shein? Berlari dekat sini pon sampai berpeluh-peluh dia. Suka betul. Ketiak tu dah bau kambeng dah.


Nampak dek Sazli dia lari tengah panas ni memang tak approve dek Abah dia.


Tangkap dia!


Dapat tangkap sekejap, lepas tu dia meronta-ronta mintak lepas.

Ada waktu, ada orang main music traditional dekat pondok tepi kolam tu. Nampak aman damai je. Aman damai kalau redup la. Kalau panas macam hari kejadian ni, mau migraine I. Walaupon banyak pokok, still panas jugak dekat sini. Imagine kalau tadek pokok macam mana. Overall, I suka Avillion ni. Nanti kena datang lagi. Tapi ni bukan entry penutup eh? Ada satu lagi entry I nak share masa Shein main kejar burung merak dekat Mini Zoo dorang. Nanti I share. Stay tuned!

Avillion Water Chalet Port Dickson
Batu 3, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan, Malaysia

-eNd-

1 comment:

Illy Ariffin said...

ni yang rindu nak gi Avillion ni kan hahaha.. comey jer shein <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...