Tuesday, June 7, 2016

Happy 64th Birthday Bapak

 Assalamualaikum..

Happy 64th birthday Bapak! Kata Bapak ni birthday dia yang ke 46 tahun. Iyerlaaaaaaaa. Bapak 64 ke 46 ke, Su tengok Bapak hensem je. Macam takde beza pon. Bapak tall, dark and handsome. Dia punya tinggi 5’11 macam tu. Tinggi sikit dari Sazli. Badan tegap (Kata Bapak Golfer biasa memang handsome by nature. Kbye) Haha. Lepas tu dia tak boroi. Pandai Bapak jaga badan and keep fit dalam umur dia ni. Su saaaaayang Bapak walaupon Bapak suka cari pasal, suka menyakat, suka cari gaduh dengan Su. Sorry sebab kadang-kadang ada masa Su tak layan bila Bapak cari pasal, mungkin masa tu moody sebab lapar. Haha. Untuk birthday Bapak tahun ni, kite makan dekat Brycg Green House by Muir. Sazli and I both suka makan dekat sini. Each time datang, kita try different foods. Bapak and Mak pon nampaknya suka dekat sini. Next time boleh la makan dekat sini lagi. Tapi lepas raya la. Now bulan puasa kami suka bukak puasa dekat rumah je. Bapak tanya, sapa belanja ni? Kitorang cakap kitorang laaaaaa share 3 orang. Sebab bila birthday Mak, Birthday Sazli, Birthday I, Birthday Shein, Anniversary Bapak and Anniversary kitorang, semua pon Bapak yang belanja. So this time, kasik chance la kitorang pulak.


Ni Mak punya. Striploin Steak. Berat +-dalam 200 gram. Harga dalam RM90.00++

Thorbaeeek!



Mak hiris-hiris lepas tu suruh semua orang rasa. Sekejap kang tanya, nak tak? Mak memang ada perangai suka offer anak-anak foods dia. Takot kami tak cukup makan.

Bapak makan Rib Eye. Gambar tak ambik sebab segan. Bapak jauh dari I. Kang nanti dia nak makan I cakap, ‘Stoooop jangan makan, Su nak ambik gambaq dulu’. Mesti Bapak cakap I koman spana and nanti dia kutuk I. Malas ok? Bernanah telinga nanti. If korang suka steak, next time boleh cuba makan dekat sini. Steak dia memang sedap. Last time I try makan Minute Steak Sandwich. Medium rare. Punya la sedaaaap. Daging dia juicy je. Yang Mak and Bapak punya, dorang amek well-done. Macam Bapak actually dia suka medium rare jugak tapi sebab Mak cakap nak sharing, so dia ambik la well-done jugak so that Mak boleh rasa. Kalau macam I, Steak I taknak share. Ko tak makan medium rare, lantakkan kan situ. I nak jugak makan medium rare. Tak dapat share and rasa makanan orang lain pon lantak la. Hahahah.


Ni dia punya side dish. Mushroom Ragout. Sedap sangat! Muchroom dia creamy. Makan dengan sandwich sedap. Dengan pasta pon sedap jugak ni.


Malam ni I nak makan Spaghetti Seafood Olio lagi. Haritu makan rasa macam tak puas. So kena makan lagi sekali. I suka la rasa dia punya garlic. Korang tengok gambar pon dah tau sedap. Kan?


Bapak and Mak. Shein punya favorite friend. Apa mintak, semua dapat. Kata Sazli, agaknya kalau Shein pandai cakap, nak pinjam sejuta pon terus dapat. Hahahaha.


Ni Mak yang ambikkan gambar ni. Aci boleh je walaupon nampak Shein sipi-sipi.


Shein punya kedekut dia punya Dark Chocolate Soufflé ni. Dia boleh ignore je bila Mak and Bapak panggil. Kang kalau menyahut, ada eye contact dah nak kena bagi pulak kek ni dekat depa. Mak ambik sudu, kuis sikit kat hujung kek tu. Dia boleh marah lepas tu yang dah terkopek tu, dia cantum balik. Hahahah.


Ni dekat level one. Ada florist. Depan florist tu ada Bakery nama Evendough tak silap I. Kek dia semua sedap-sedap. Dark chocolate soufflé ni kitorang tapau pulak sorang satu buat makan dekat rumah. Nak makan tadi tak dapat, Shein kedekut.


Ko kenapa Shein sampai terjelir lidah? Sebok nak susun Incredible Hulk dia dekat bunga-bunga. 


By 10.30pm siap makan, kitorang pon balik. Masa nak balik, hari hujan. Lepas tu pekerja dekat sini payungkan kitorang masuk kereta. Baik sangat!

Masa nak bayar, bapak insist nak settle bill. Lepas tu Sazli insist nak kitorang bayar. Last-last Bapak mengalah. Time dia masukkan balik duit dalam purse, Bapak cakap ‘Acah jer nak bayarkan tadi. Hahahaha’. Naseb acah dengan Sazli. Kalau acah dengan I, terus I cakap ‘Tenkiuuuu Bapak!’.Bapak best, kalau dia kirim beli apapa dekat I nanti dia bayar upah lebih dari harga barang. Tu I suka tu. Sebab tu I suka offer dia kalau nak beli apapa, ‘Bapak call Su je. Nanti Su belikan’. Siap offer, Bapak ada nak apapa lagi tak? Hahahah. Bapak cakap, ‘Hang ni memang kaki bodek. Elok kerja bahagian sales’. Well of coz. You are my most important client. Pakkal la dia cakap dia tak kisah hitam, kalau tak I paksa dah dia beli Transgluta 50 botol. Alang-alang jadik stokist terus. Hahahaha.

-eNd-

1 comment:

Nur Aishah said...

hhahahaah emang dasar menantu hantu lah ekau. jeless kitaaa.. u ber-rezki dapat PIL acengginii besttt *cap jempol*. selamat puasa su...tambah kurus lettew. i mmg dah sign kontrak gemok seumur hidup ke cemana tah ni?? pffttt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...