Assalamualaikum..
Dah lama giler I teringin nak makan Lemang Periuk
Kera. Ni semua Upin Ipin la punya pasal ni. Dulu ada la I mengadu dekat blog
cakap teringin nak makan Lemang Periuk Kera dekat entry sini lepas tu ada readers kirimkan
Periuk Kera pada I tapi malangnya itu Periuk Kera Jantan. Dia lonjong and
kurus. Kalau Periuk Kera Betina dia lebih gemok and debab so ada la space nak
letak pulut and santan dalam tu. Selepas makan tahun teringin nak makan FINALLY
semalam tercapai impian I. Woo hoooo!! Ada jual dekat office I punya Bazaar.
RM10.00 untuk 5 ketul with sedikit rendang. Tapi rendang daging dia major
failed. Tak sedap! Naseb semalam Bapak ada beli Gulai Daging so boleh la makan
dengan tu. I belikan Kaklong 1 and 1 satu. Sementara nak tunggu berbuka rasa
macam alahai teringinnya. Macam mana la rasa dia. Tengok Upin Ipin makan macam
kupas pisang lepas tu cicah dengan rendang daging perrrrrrghhhhhh sedapnyaaaa.
Upin Ipin ni pon satu. Ingat Shein je terpengaruh, ni dengan I sekali terjebak.
Sabar ajer la.
Lemang
Periuk Kera
Rasa dia macam mana? Well of coz la lagi sedap.
Lebih lembut dan lemak. Sedaaaapnyaaaaa. Semalam 3 ketul I makan. Puas hati
sangat rasa sebab gemok-gemok kan? Kalau buat sendiri, I nak buat lagi lembut
dari ni tapi memang tak dapat la sebab mana nak cari Periuk Kera kat
tengah-tengah KL ni pulak kan? Nak buat tu tak jadik masalah (cecece). Kaklong
kata senang je. Lagipon Kak Ros buat pon nampak senang. Seriously memang sedap.
Puas hati I dapat makan semalam. Untuk sapa yang teringin, tak dapek la nak
menolong. Jilat je la screen tu eh? Wahahahahahahahahahaha. Sedapnyaaaa Lemang
Periuk Kera. Okbye!
-eNd-
2 comments:
Ciss terliur I...sedapnyaaaa...
haha.
saye tak payah jilat screen..
mak mentua saye tiap kali raye mmg buat lemang periuk kera ni..
:P
Post a Comment