Thursday, June 30, 2016

Shopping Raya Dengan Bini Bini

Assalamualaikum..

Semalam I dengan Ellis shopping barang raya dari pagi jejak ke malam. Memang puas hati sampai lembik la rasa kaki. Cakap pon masing-masing dah tak keluar suara and end up guna sign mata je hahaha. I dalam kereta asal ada chance memang tido. Jem 10 minutes pon tetiba je mulut dah nganga. Kah kah kah. Kitorang start dari Ampang ke TTDI beli baju raya Shein dekat Omar Ali, alang-alang tu ambik Swiss Meringue dekat Huda sebab dah sebelah je kan lokasi? Dari Omar Ali kiter ke Siti Khadijah. GF nak Telekung Siti Khadijah untuk guna solat raya. I beli yang classic size M, RM250.00 harga dia. Boleh tahan mahal la kan? Kata Kaklong dia mahal probably dalam dia ada aircond. Mandai je. Dari Siti Khadijah kitorang ke Jovian RTW dekat Bangsar. Lepas tu patah balik ke Siti Khadijah TTDI sebab tertingal debit card. Dari TTDI terus ke MidValley Megamall nak pergi Zara Kids and GAP cari baju Shein and jumpa bini number 2, Si Anny (Ellis bini number 1). Dari Midvalley ke Pavilion and terus ke Lot10 sebab nak pergi H&M and patah balik ke Pavilion untuk bukak puasa dekat Tony Roma’s. Lepas makan sempat lagi tengok make up dekat Mac and pergi Mothercare nak beli stoking lepas tu baaaru la balik. Bapak lah penat! Tapi bila semua yang nak beli I dapat, so happy!!!


Anny bawak Aaron. Sepanjang-panjang dekat MidValley dia tido je. Senang kerja Anny. Anny sepatutnya beli barang-barang kids dekat Zara tapi dia tershopping barang dia sekali. I expect that since beginning Ms Anny.



Parking semua full, so ambik je valet dekat Garden. RM16.00 untuk valet. Dari merana pusing 8 jam cari parking baik valet je. Amboi Baby, banyak shopping? Ni dekat MidValley saja ni. Kata dia nak spend RM1,000.00 je. Mission - Gagal


Patah balik ke Jovian Bangsar. Tahun ni tema kitorang kuning – my fav ever daaaaaa *mata keatas tangan kebahu.  So ni je kuning yang ada. Baju harga lain, kain harga lain. Kentut betul. Harini sampai 4 July ada JBoxing dekat Shah Alam, Bangsar and Bangi. Selected item ada sales up to 50% katanya. I agak yang design ala kadar je kot ada sale. Pergi la kalau nak tengok-tengok.


Dekat H&M Lot 10. Time ni Si Ellis nak tukar shawl yang dia beli dekat Jovian. RM80.00 sehelai kalau tak silap. Kata Ellis, malam kena pakai tudung lain. Ha, yerlaaaaa. Budak ni memang pakai tudung pesen takyah iron. Senang hidup dia. Keronsang pon pakai 1 je.



Berbuka time! Half Onion Ring. RM13.90

Lepas makan rasa kuda je mulut. Ai don’t like


I makan Shrimp Pasta – RM38.90. I mintak tukar Linguine dengan Spaghetti dia kata takde. Menyam. Sudahnya makan 4 suap je lepas tu tak lalu. Kutip udang je. Cicah dengan BBQ Sauce. Sedap jugak.


Ellis makan Lamb Ribs. RM59.90 harga dia. I perasan Ellis memang suka makan Ribs. Usually tak pernah habes. I semalam doesn’t feel like eating ribs. Ribs bukan I punya favorite. I suka steak lagi. Tapi gambar ni boleh tahan mengundang



Amboi. Kusyuk dia ambik gambar.

Tahun depan taknak la dah renyah buat semua dalam masa satu hari. Lepak giler badan. Kena buat macam Dyba, 2 bulan lagi nak raya dah beli baju raya. I tak boleh pulak macam tu sebab jenis tak tahan. Konsep dia, kalau beli memang kena pakai terus. Hahahaha. So far, baju Shein memang I beli tiap-tiap bulan je and I jenis suka pakaikan yang ngam-ngam dengan badan. I tak suka beli besar supaya dapat pakai lama. Biar dia sama fit je baru sexy. Macam Ellis and Anny suka beli size besar, dia bajet biar anak dia nampak dewasa ke apa? I cannot. Ni Shein punya kaki ni dah size 11 dah. Tu pon ngam-ngam pakai. Besarnya kaki kau Shein! Sama la besar dengan be-bird. Hahahahaha. Kecik-kecik dah tunjung taring. Amboi dia tu!

-eNd-

1 comment:

Mommy Cici said...

HEHHE I pun suka anak I pakai baju fit fit. macam apak dia masa memuda. kang pakai longar nampak macam atok dia pulak >,< hahahaah selamat hari raya kak su :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...