Publish : 15/6/2016
Republish : 17/6/2017
Assalamualaikum…
Republish : 17/6/2017
Assalamualaikum…
Dah tau dah ke nak bukak puasa apa harini? Kalau
taktau meh I share resepi nak buat Mee Goreng. Kah kah kah. Mee Goreng pon nak
bagi resepi ke? Lantak laaaa. Sebab ada je yang tak berapa tau macam mana nak
buat Mee Goreng yang sedap. Ni I bagi basic recepi tapi korang boleh improvise
jadik Mee Goreng Biasa, Mee Goreng Basah dan Mee Kuah. Basically bahan-bahan
dia yang I guna sama jer cuma ada penambahan sikit here and there. Kalau nak
buat Mee Hoon kena tambah sos tomato lebih, kalau nak buat Mee Kuah kena letak
cube ayam lebih, nak buah Mee Goreng Basah kena tambah air lebih so cenggitu
laaaaa. Yang terpaling favorite I ialah Mee Goreng Udang Geragau. Tu memang
boleh makan bertambah-tambah. Makan panas-panas and perah dengan limau nipis
perrrgh peeerghhh perrrrghh. Ni gambar I ambik dari dalam kuali je. Bapak tak
senonoh tapi takper. Usaha nak masak tu ada so boleh la kita bagi pujian pada
diri sendiri.
Mee Goreng. Sedaaaapnyaaaaa (Puji masakan sendiri pon boleh)
Nampak sedap kan? I suka kalau lagi basah. Pecah pulak telur hoi ape ni????? Perah limah nipis pulak memang nanges la. Ni I masak masa balik kampung last week. Kata Mak buat setengah bungkus je sebab nak makan pon kitorang bertiga je. Sudahnya tak cukup. Masa Sazli tambah kali kedua, I dah berdebar-debar. Ni memang takde chance la ni dapat tambah ni. Sekali Sazli tinggalkan jugak balance dalam mangkuk. Tapi udang jer la sebab dia malas nak kopek udang. Hahahahaha.
Bahan-bahan
- 10 tangkai cili kering - direbus
- 4 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- *Blender semua ni and buat macam cili boh
- 1 biji bawang putih – diketuk
- 3 biji bawang merah dihiris nipis
- Minyak untuk menumis
- Haiwan seperti ayam/udang/sotong ikut suka wengko laaa
- Tumbuh-tumbuhan seperti sawi/taugeh/tomato potong 6
- Fish ball and fish cake
- 2 sudu Sos tiram
- Kicap Manis
- 3 sudu Sos Cili
- 3 Sudu Sos Tomato
- Gula/Garam (Jika Perlu)
- Sebungkus Mee Kuning
- Bawang goreng, lada besar hiris dan daun sup untuk hiasan
Cara-cara
membuatnya
- Memula panaskan minyak
- Lepas tu tumis bawang putih yang diketuk
- Masukkan bawang merah hiris. Ni petua nak kasik rasa sedap. Bawang goreng kasik garing ye?
- Kalau letak ayam, masukkan ayam terus and masak sampai air ayam kering bagi elak hanyir
- Masukkan cili kisar 3 sudu. Bergantung la tahap kepedasan korang
- Masukkan air and biar la cili tu masak
- Masukkan semua segala mak nenet sos masa ni
- Letak sesudu gula
- Kalau korang guna sotong/udang sebagai perencah, masukkan time ni. Masak tak boleh lama sangat nanti tak sedap la. Tak juicy dah.
- Masukkan fish ball/fish cake
- Masukkan tomato terus
- Bila dah semua messsssraaaaa baru masukkan mee kuning
- Kalau nak jadik mee goreng basah, masukkan la air lebih ye?
- Nampak je mee dah masak, baru masukkan tumbuh-tumbuhan and terus tutup api
- I tak suka sayur overcook nanti nampak tak menyelerakan
- Masa hidang, taburlah segala mala bawang goreng, lada besar hiris and daun sup atas dia.
Udang Geragau. Gambar dari sini
Yang ni Kaklong buat. Mee Bandung. Blender bawang dengan udang kering and tumis sebelum masuk lada kering.
Kalau nak masukkan udang geragau, masukkan time sebelum masuk mee. Kalau nak masak Mee Hoon Goreng air kena lebih and sos tomato double kan and masukkan satu cube ayam. Kalau Mee Kuah pulak masukkan 2 cube ayam and air kena banyak lepas tu masukkan tauhu. Mee and sayur celur asing. Nak kaler hitam lebihkan kicap manis. Kalau Mee Goreng biasa ni takyah masukkan garam dah sebab nanti maaaasin. Macam ni dah just nice. Sedapnya Mee Goreng Basah, perah limau nipis atas dia and makan time panas-panas OMGGGGGG. Ape ni wei??????
Sekian, terima kasih.
-eNd-
3 comments:
scroll laju laju sambil telan air liur >,<
Tiap2 hari bukak blog siti nurhaliza..dgn harapan ada update makanan. Hehe
Sedaap sangat.. terliur..
keluarga saya sangat suka mee goreng basah. Saya mahu cuba resepi ini. Tq Share
Post a Comment