Tuesday, July 12, 2016

Aildilfitri 2016

Assalamualaikum..

Hari Raya Aidilfitri 2016 punya warna tema is kuning air. Kitorang tahun ni bagitau kaler tema je, lepas tu pepandai la beli sendiri. Macam tahun lepas beli sekayu terus. Makanya sebab sendiri beli ada yang beli kuning air, ada yang sipi2 kaler gold bajet gold tu kuning (pon boleh), ada yang baju raya lupa nak bawak balik lepas tu pinjam baju anak (Abang Long I). Sabar ajer la. Hahaha. Masa pagi tu Family dekat Jengka dah ambik gambar awal pakai kuning. Bila I sampai petang tu, Mak and De tukar baju kaler biru. Geram je, dah semua tak kuning. This year I tak tempah baju but beli yang siap je. Senang. Sazli punya baju dari CraftbyQalb. Shein pulak dari Omar Ali TTDi and I punya beli dekat Jovian Bangsar. Kuning air kosong takde. Ada yang bunga-bunga kuning je so bedallah. Sama jugak pon janji kuning. Kain and baju jual asing. Motif? Jual je la sepasang. Mak and Bapak pulak pakai warna lebih kurang so nampak la harmoni dalam gambar for both #teamrayakl and #teamjengka.


Selamat Hari Raya!



Family Ampang


Family Jengka (Ko kenapa Shein asyik tak puas hati dengan Mama?)


Kemain memasing eh? Berani bergembira tanpa I?

Shein ni, nak menyiapkan dia masa pagi raya punya la susah. Nak kena kejar pakaikan baju melayu. Lepas tu dia suka keluarkan tangan dari lengan baju dia. Nanti nampak macam takde tangan. Songkok tak pakai sebab Shein sejenis tak suka pakai songkok and topi, lagipon nanti tak la nampak rambut kenteng dia. Yang dia suka cuma topi contractor yang dapat masa ada birthday party sapa entah dekat sekolah dia. Topi jenis lain dia memang rimas. Letak tak sampai 2 saat dah nak tanggal. Patut pakaikan ajer sebab topi contractor tu sebab kaler kuning. Dah masuk dah tu dengan kaler tema. Hahaha. Hensem pulak I tengok Shein pakai baju melayu macam ni. Dia dah la debab. Geram nak gigit. Sekarang if I gigit dia, dia balas balik. If I geram dia lepas tu tampar peha, dia balas balik tampar pipi terus. Melawan.


Terpaling hensem!

Macam biasa, pagi raya I sekeluarga dekat Ampang. Lepas tu dari Ampang, kami kerumah Tok Che Amah (nenek belah Mak Sazli) dekat Teratai Ampang. Berkumpul dengan family dari Mak Sazli punya side. Duduk sampai 12.30pm, lepas tu gerak la balik Jengka. Jammed ok dari Cheras – Ampang – MRR2? I biasa if masuk kereta terus tido, tau-tau dah dekat Bentong. This time rasa dah tido lama, bukak mata depan Flamingo lagi. So sampai Jengka, dah pukul 4.00pm macam tu. Lewat sikit dari biasa. I remember this one time, rasa macam KL- Jengka dekat giler sebab I pejam mata dekat Tol Gombak, jaga-jaga dah depan rumah Mak dekat Jengka. Boleh? Haha.

Sampai Jengka, terus dorang suruh bersiap nak pergi rumah Tunang Kakyang dekat Sungai Tekam Getah. Si Eddy my best friend/classmate masa sekolah dulu. Tahniah berjodohan Eddy and Ayang. Tahun lepas Eddy datang rumah I masa beraya sesambil usha Ayang, tetiba tahun ni dah jadik tunang. Tahun depan I saspek ayang pregnant masa raya. Kepada Ayang, rasa macam mana dapat kekasih umur beza 14 tahun ni? Kurang drama, kurang la pening kepala ye dak? (Menyirap je Ayang). Haha. 


Ni dekat rumah Eddy


Dua keluarga bergabung, MELETOP!
(Shein sila bagi kerjasama lebih baik di masa akan datang)


Hi Cinina. Ada ke peminat Cinina baca blog ni? :D

Kita lepak sana sampai pukul 6.30pm macam tu, lepas tu baaaaaalik rumah and believe it or not? Ni je yang I rasa raya sebab lepas tu, I pakai uniform bibik dekat rumah sampai la balik KL Ahad tu. Sesia bawak baju balik sampai 4 pasang. Menyam.


-eNd-

5 comments:

Linda said...

Haha! Kesian ko n aku. Aku balik cari kwn2 pun semua kelaut. Janji dicapati. Lastly cari kwn2 jauh. Baru rasa raya.

Cici said...

soft je warna baju macam tu. sesuai dengan kaksu :D

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
Slmt HAri Rhaya na
Sue
Wat si Sazli sama ja gaya ngan shein (gambang 2nd last) :o

cikel said...

Kaksu... selamat hari raya.. :)

Unknown said...

Hi jesrina jarjis! Ehem nmpk nama kte tu kaksu 😁