Assalamualaikum..
Pagi tadi OTW nak pergi kerja, I tengok jalan clear
je. Lepas tu dekat office ni macam 50% je yang kerja. Melampau kan korang ni
cuti raya lama-lama? Si Intan pon takde. Dia cakap ada appointment dengan
Doktor dekat Ampang Puteri. Si Dyba masih cuti Maternity, Si Sarah dah resign,
Izzah tak masuk kerja lagi so I kawan dengan Kaklong je la. Naseb ada Kaklong dekat
Menara ni. Kalau tak I kawan je la dengan dinding. Hahaha. Tadi I bawak Kaklong
makan dekat Victoria Station sempena birthday dia yang ke 49 pada 9 July lepas.
Birthday dia, I belanja dia and birthday I, I belanja dia jugak. Paham tak
konsep meraikan birthday dengan Kaklong ni macam mana? Haha. Anyway, Happy
Birthday Kaklong! (Assemoga). Semoga panjang umur, murah rezeki and kaya. Kata
Kaklong, kalau doa dengan Allah jangan segan-segan, mintak je apa nak. Tak payah
kias-kias cakap di permudahkan urusan ke apa. Nak kaya, mintak je kaya. Boleh?
Entah mana teori dia pakai I pon taktau. Hahaha.
VS pon kosong je harini. Orang tak masuk kerja lagi
agaknya. Biasa lunch orang ramai. So kitorang order 2 Ribeye, 2 Mango juice and
1 Sharksfin Crabmeat Soup. Naseb ambik Ribeye biasa, kalau yang special cut 1
lagi tu, membazir je sebab bukan habes pon. I tadi pon tak makan salad sebab
takot perut penuh but still tak habes jugak. I agak perut I now dah mengecik
kot? Sebab tu tak boleh nak makan banyak sangat. Cecece. Semoga istiqamah la eh
dengan program diet I ni? I target by December nak dapat 52-53 kg lepas tu pagi
tadi Anny up lagi untuk I. ‘Suraya, 49kg
baru cutting model’. Kentot ko la Anny.Tak payah nak cutting model sangat
la. Kang aku lapar, dengan nko skali aku makan. Jangan carik pasal.
Sedapnya Ribeye! Kepada Kakyang, jangan jeles.
Untuk Kaklong yang baik hati, yang sangat penyabar,
yang kelakar, yang pandai masak, yang rajin, yang selalu mengembirakan keluarga
dan kawan-kawan, semoga Allah bagi yang indah-indah sahaja untuk you. Semoga
sihat tubuh badan, semoga dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat lepas tu
kayaaaaaa. Wokey? God Bless America *tetiba.
-eNd-
1 comment:
Assemoga kak Long..selamat hari raya Sue....first week naik keje pas raya tu, i kat klcc terserempak Sue n KakLong..masa tu kat grd flr..uols jalan sangat2 laju..nak tegur tapi segan nak kacau..Sue nampak cam PA haha n kak Long betul ke 49?macam muda naw2...
Post a Comment