Wednesday, July 6, 2016

Selamat Hari Raya !



Assalamualaikum…

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk semua readers daripada I Chooyaya selaku Tuan Tanah blog ni untuk semuaaaaa yang baca blog ni tak kira dekat mana korang berada sekarang di seluruh dunia (ajet sangat tau? Hahahah). Google Analytic kata ada readers dari US, Indonesia, Singapore, Brunei, UK, Japan, Germany, Australia, Belgium and Russia. So Selamat Hari Raya Aildilfitri, Maaf Zahir Batin sekiranya ada terdapat tulisan I dalam Blog ni yang mengguris hati dan perasaan nkorang tanpa I sedari atau tak. I ni kadang-kadang rasa bila menulis tu dah tapis dah tapi still ada jugak yang mengguris perasaan yang membaca tanpa I sedar. Sebab tu la ada komen dari haters yang boleh tahan mengundang penumbuk ku dimukamu. Hahaha. Padahal baru tadi kata mintak maaf, acane?


My nephew and I. Zaman dolu kala. Time raya ni ok?



Kalau beraya tu beringat sikit especially bab makan. Tak kesian ke kat diri sendiri untuk lose weight 3kg kena ambik masa sampai sebulan, sekali bila raya selamba je balik ke berat asal dalam masa 2 hari and nak lagi best, seminggu raya berat naik 3 kg, ko ghaser?? If makan banyak spices tu, balancekan dengan minum air kosong banyak-banyak to flush out. OK? Bagi yang memandu, memandu dengan berhemah dan berhati-hati and most important untuk elakkan jem semua, rancang perjalanan anda. Jangan keluar waktu peak nanti jem korang jugak yang berasap kepala. Mau keluar berkandang babi time tu. Dah kalau jem je 4 jam tak bergerak, acane? Ye dak? Macam I, musim perayaan I suka keluar time Subuh Shafie and InsyaAllah jalan smooth je. Sampai KL boleh lagi nak relax-relax sebelum masuk kerja pulak esoknya.

Dekat kampung tu, jangan la malas-malas sangat. If ada anak kecik, takkan la nak membontot anak je… Tolong apapa yang patut. Kalau taknak tolong pon, handle diri masing-masing. Lepas makan, basuh pinggan sendiri. Lepas tido, kemas tempat tido. Macam tu kan bagus. Bak kata GF I, ‘Ni tempat tido ni kemas sendereyyyyy. Rajin pulak Mak Tiri ko nak tolong kemaskan’. Bahahahahaha. Menusuk sangat tu Mak. Bab-bab menolong kat kampung ni I tau perasaan dia macam mana. Sampai angin pemalas Badak dia, nak mandi pon malas inikan pulak nak menolong kerja rumah semua memang taaaaak la. Tapi kena ingat, sian pada Mak yang nak setelkan semua kerja untuk korang. Nak pulak bila semua dah balik KL so siapa yang nak setelkan rumah yang bersepah kalau bukan Mak kan? Sian dia….

I akan berada di Jengka dari Raya Pertama tengahari. Untuk readers sekampung Kaksu, meh la singgah rumah. Jangan la malu-malu. Bawak aja makanan yang sedap-sedap InsyaAllah Kaksu akan happy. Hehe. Jumpa lagi nanti Isnin depan ye? Semoga semuanya dalam peliharan Allah selalu. Amin…. SELAMAT HARI RAYA!

-eNd-

2 comments:

aziekz said...

Slmt hari raya siti nurhalijah....
Muka suci benor ek :)

Nana said...

i lah salah sorang dari singapore tu kot hehe.btw selamat hari raya