Wednesday, July 13, 2016

Make up MURAH dan CANTIK by Ujen Damia

Assalamualaikum..

Masa Kleenex Event last time, Ujen mekapkan I. I mintak make up simple tapi sweet. Taknak la nampak beria make up tapi still nak nampak laaawwwwoo (Biasa la haha). Macam Orang Korea, kalau korang perasan mereka memang mekap, tapi nampak natural. So, I request pada Ujen, make-up macam biasa detail semua, tapi soft and tak nampak tebal. Hasilnya memang memuaskan hati. I happy sangat. Kalau korang tengok dalam gambar pon, takde la nampak macam mekap tebal kan? Tapi nampak kemas pada muka. Lipstick Ujen guna untuk I that day pon I terpaling suka! Dia guna Mac, tapi I lupa nak tanya dia apa code. Kejap lagi kena WhatsApp Ujen la tanya dia kaler apa. I ni lipstick biasa pakai kaler merah ang-ang je. Sebab malas nak mekap mata semua, so bajet if pakai liptic merah orang tak perasan dah mata I tak mekap. I selalu ada masalah ni. If makeup untuk mana-mana event, bila I suka satu lipsctick tu, and next session I request kaler yang sama pada MUA tapi result dah different. I agak bukan salah lipstick, tapi maybe sebab tak sesuai dengan outfit, make up style and rambut kot? Ye ke? Ke tak? Memandai je aku. Hahaha. 



Make up for Kleenex Event by Ujen. Thank you Ujen, I suka sangat! Nampak sweet sangat kan? Yang penting takde dah lipstick merah ang-ang.

Jom I share hasil kerja Ujen yang lain. Multi-talented MUA ni memang ada banyak experience buat kerja make-up. Dia dah lama dah starts her career. Dia boleh buat Bridal make-up (Engagement, Solemnization, Wedding, Outdoor Wedding) also Bridesmaid, Dinner/Photo-shoot, Shooting also Theme make up. Semua dia tapau habes! Kira kalau nak make up untuk apapa event, zaaaapppp terus kontek Ujen sebab dia boleh buat semua ok? Termasuk la Runaway, tu pon dia boleh buat. Tengok pada dia punya experience memang agak seram kan bila fikir dia punya charge, tapi Tuan Puan Saudara Saudari sekalian jangan panic sebab charge amatlah berpatutan. Charge bermula dari RM50.00 sahaja and paling mahal pon RM300.00 jer ponnnn. Ujen also buat hairdo and boleh style hijab belit sampai tercekik semua. Tadek hal. Hairdo takde extra charge ok? Don’t worry. Sebab ada jugak MUA yang charge hairdo. Kena tambah at least RM50.00 macam tu tapi Ujen tak charge. Bagus Ujen. Semoga rezeki you bertambah murah.

Make Up Service and Hairdo Ujen adalah seperti berikut. Jeng jeng jeng!

Bridesmaid : RM100.00
Dinner/Photo-shoot : RM150.00
Shooting : RM180.00
Engagement : RM200.00
Solemnization : RM250.00
Wedding/Reception : RM300.00

Murah jer kan? Face painting and theme make up macam Masquerade pon Ujen boleh buat jugak. If korang berkenan dengan hasil kerja Ujen, boleh check out more dekat sosial media network dekat bawah entry ni and Call/WhatsApp Ujen direct. Boleh bincang dengan dia apa package yang korang nak. Sebab ada jugak yang suka ambik make-up in bulk macam nak buat persembahan tarian untuk syarikat, bridesmaid sampai 8 orang etc so nanti Ujen boleh bagi harga lebih murah dari biasa. Semua boleh bawak bincang, takde hal. Selain dari Make-up, Ujen also ada Boutique and Spa. Dia boleh buat Wedding Planner & Event Organizer jugak. Memang tapau habes eh Ujen? Tak kasik chance orang lain dah. Hahahaha.


Theme Make Up, Shooting Event. Amboi kemain mekapkan ex-boipren I si Fahrin Ahmad


Photo-shoot Event


Macam-macam jenis event Ujen cover.


Style Hijab also by Ujen


Bridal Makeup

Alamat Butik:

Butik Bridal and Muslimah Spa
D Zahra Bridal and Spa
Pelangi Semenyih
Berdekatan Tesco Pelangi Semenyih
Atas Secret Recipe

Eh ko ni sesuka hati je alamat macam ni. Kira aci ke ni Ujen? Hahaha. Dekat sini disediakan Facial & Spa Service, Facial, Spa, Sauna and macam-macam lagi. Bagus la untuk kita pempuan-pempuan manjakan diri and mencantikkan badan. Orang Semenyih apa lagi? Kasik serang la D Zahra Bridal & Spa! Bukan hanya itu ok? Ujen juga menyediakan Makeup & Spa Class selain daripada Ejen sah DM360, Elken, MUA PRO Mac & Golden Rose. Hambek ko!

Call/WhatsApp : +6012-2821539

-eNd-

1 comment:

Unknown said...

Tq sue...sudi promote my makeup yg ado tue😀😀😀😀😀