Assalamualaikum..
Malam tadi I teringin nak makan Vietnamese Summer
Roll/Rice Roll. Saiko pergi Google gambar memalam buta sambil air mata
bercucuran di pipi dah macam sessi bermaaf-maafan di aidilfitri. Specifically I
suka yang Nigella punya version. Resepi Summer Roll Nigella korang check ot
dekat sini. I pernah tengok dalam Forever Summer – Nigella. Macam sedap je I
tengok dia makan pudat-pudat dalam mulut macam Yatie makan. Sampai kembong-kembong
pipi macam katak kembong. Hi Nigella, sorry you need to fat alone sebab now I
dah 57.5kg. Hahahaha (Sesambil poyo). I pon tak sure kat mana ada Vietnamese
restaurant di KL. I fikir kalau susah sangat, I buat je la sendiri. Bukan susah
pon nak buat. Rice paper lepas tu sampah sarap dalam dia macam chives, suhun,
carrots, mint leaf, coriander and shrimp. Nak letak menda lain pon boleh. Any
veggies or protein can do. Takde hal. Yang penting dia punya bahan perapan and
dia punya dip. Ada banyak version so pilih la yang mana korang suka. Tadi I
Google sekali dah namanya rezeki, dekat KLCC ada Vietnamese Restaurant nama Du
Viet. Seraaaaaaanggggg!!
Yang
ni la Summer Roll. If korang nak order, tengok dekat bahagian Wrap and Roll Appetizers.
Nama dia Spring and Summer Rolls (4 rolls) Ada 4 jenis. RM23.90. Boleh share 3
orang.
I perhatikan aje perangai Intan and Kaklong
berebut-rebut makan. Sampai ke salad berebut. Sebab sedap. Cicah dengan 2 jenis
kuah dia. Peanut and Fish Sauce. Dorang ambik bahagian tengah sorang 2 jenis,
lepas tu yang hujung bagi dekat I. Mana la keadilan dalam dunia ni. Patut suruh
je dorang balik jalan kaki. Hahahaha. Seriously sedap wei menda ni. OMG memang
kena buat sendiri sebab tak puas makan. Korang if datang Vietnamese Restaurant,
cuba Summer Roll ni ok? Bagi I semua jenis sedap. Rasa macam lebih kurang je. Rice Roll ni dia macam
kenyal-kenyal sikit. Kunyah 3 kali, gaaappppp telan. Hahahahaha.
Ni
la Peanut and Fish Sauce.
Yang
ni sejenis fried. Nampak macam ada suhun, carrots and cendawan dalam dia. I
suka yang ni! Tak sangka fried one also taste good.
Ni
macam ada daging, suhun, carrots and maybe some salads
Yang
ni ada suhun, prawn, carrots and salad
Lepas habis makan, Intan pandang Kaklong and
Kaklong pandang Intan. Intan tanya, ‘Ada
lagi kan Kaksu? Intan tak kenyang lagi ni.’ Sabaaaaaar. Ada 3 jenis yang kita
order. Dia keluarkan one by one. Lupa nak cakap suruh keluar sekaligus je. Tak sesuai keluarkan satu satu untuk orang macam Kaklong and Intan. Tak menyabar-nyabar. Tapi
tak la lama sangat nak tunggu. Ok la. Sejam pon cukup kalau makan dekat sini.
Air mineral order sebotol. Jimat! Lagipon kitorang memang try to reduce air
manis. Sebotol air mineral kongsi 3 orang pon tak habes. Bayangkan la memang
kitorang jenis susah nak minum air. Hahahaha.
Ok
next is Vietnamese Seafood Noodles atau Pho Hai San. RM24.90 je. Besar besen
ni, boleh share makan 3 orang. Portion dia just nice untuk 3 orang.
Ni
dia letak separate. Ada mint leaf, beansprouts, lime and some sambal (sesuka je cakap sambal)
Campur
je la semua masuk dalam ni
Tengok
la 2 orang ni, seronok betul makan.
I pun tak sure sebenarnya nak makan macam mana.
First time try makan Vietnamese Foods. Rasanya campur je la semua kot? Tapi memang
sedap! Nak kata soup tak soup, nak kata tomyam bukan tomyam. Dia macam
something in between. Rasa masam dari lime and rasa mint bercampur dengan soup
ni memang perfect la. Dalam dia ada macam kway teow yang kecik tu. Taktau apa
jenis mee kalau dekat Vietnam. I tau Vietnamese memang mementingkan kualiti
soup mereka. This one sangat sedap wei. Seriously. Dua orang tu buat hal nak
mintak sambal lebih la apa la. Hahahahaha.
Last
dish. Grilled Lemongrass Beef (Bo Nuong Cu Sa) RM23.90. Bagus ada 3, tak payah
berebut
Nah
I belanja satu lagi gambar. Korang tengok eh? Orang Vietnam ni every dish dia
mesti ada salad and suhun ni. So bila makan rasa la kenyang.
Kitorang sesuka suki masukkan suhun tu dalam sup
tadi. Sebenarnya memang nama dia suhun ke wei? I tak sure la. Tapi look like
suhun but color tak clear macam suhun. I rasa ada nama specific lain in
Vietnamese but I tak sure apa. Makan dengan sos yang rasa ala Thai Chili Sos.
But cannot be. Menderhaka namanya Vietnamese infuse Thailand macam ni tapi
lantak la ko kat situ, yang penting ‘kebab’ ni sangat la sedap! Next time nak
makan dekat sini lagi and try la menu lain. Tekak Melayu 100% pure also can
come and eat here. Tak banyak beza sangat dengan Thailand and Melayu punya
masakan. Dessert pon nampak macam menggoda but then, I don’t want to get fat so
babai dear dessert.
Lot LC401, Level 4, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur
Tel : 03-21663620
Selain dari dekat KLCC, Du Viet ada jugak dekat
Uptown, Pavillion and Sunway. So apa lagi? Seraaaaaaaaangggggg!!
-eNd-
3 comments:
OMAIGOD K.su.....
I've been wanting popia Vietnam (sesukahati panggil popia) ni dah lamaaa.... haritu pergi sana masa bulan puasa, kedai makan banyak tutup T__T
Ada orang share resipi tapi bila cari kulit popia tu tak jumpaaaa so tak boleh buat.
KLCC dengan Melaka jauhhh T____T (tumbuk diri sendiri)
Seksa jiwa T_T
sedapnyer...
Kat mane yer ada jual kulit summer rolls ni. Nak buat sendri :)
Post a Comment