Friday, July 15, 2016

Spaghetti Carbonara Wet at Aseana. Aawwwwww

Assalamualaikum..

Kelmarin Kaklong kata nak makan Spaghetti Carbonara yang I bawak masa dia kena dukung Shein sampai sakit tangan sebab Shein taknak duduk dalam stroller. Hahaha. Yang tu pulak dia ingat. I bawak dia makan dekat Aseana sebenarnya. Spaghetti Carbonara dekat situ sedap tapi kalau nak sedap, kena mintak dia buat kuah ‘banjir’. Kalau tak nanti  dia buat  pekat and dry kuah dia. Usually kalau yang ambik order tu waiter Melayu, I mintak je, ‘Abang, bagi Spaghetti Carbonara Kuah Banjir Ok?’ Memang dapat yang macam gambar bawah ni. Ada last time, I mintak dekat Waiter bukan melayu, ‘Spaghetti Carbonara extra gravy’. Dia datang balik dekat I cakap tak boleh extra gravy. So semalam yang ambik order bukan Malay so I cakap, ‘Give me Spaghetti Carbonara. Gravy make it wet’. OMG kenapa bunyi macam 18sx ni wei? Waiter tu kata Intan, asyik pandang I lepas tu senyum-senyum je. Ngek! Hahaha.


Ni la Spaghetti Carbonara Wet. Hahahaha



I makan Beef Noodle soup. Ada sambal kicap siap. Intan makan Sup Tulang. Sup tulang dekat Aseana ni memang terbaik!


Ye Intan, kenapa yang sampai bulat mata macam tu?

Kat Aseana ni makanan dia tak mahal sangat and ada macam-macam lagi yang sedap. Ada nasi, spaghetti, ada kerokok lekor, cucur badak and many more. Seat dia ada dekat dalam and ada dekat luar jugak. Dyba favorite dia ialah Air Kelapa. Kelapa Jelly pon ada. Serve pon cepat. One of I punya favorite place kalau ada appointment dengan sapa-sapa. Sini pon tak bising sangat. Kalau nak makan rojak buah kat sini ada jugak. Sesuai untuk family. Untuk korang yang dah bosan makan ketupat rendang semua, boleh datang Aseana weekend ni ok? Kbye. Selamat Berhujung Minggu!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...