Monday, October 17, 2016

Day Out With Sazli and Sheindong

Assalamualaikum..

Semalam I tengok Taste with Jason dekat AFC. Dalam episode tu, dia share rahsia Hainan’s Chicken Rice yang sedap and macam mana Tukang Masak China buat ayam ni kasik sedap tapi guna original recipe turun temurun dari zaman tok nenet dorang yang tak ramai orang tau apa rahsia dia. Diaaaaa cakap, ayam yang nak guna kena berat 2kg. Tak lebih and tak kurang sebab ayam 2kg paling juicy. Lepas tu masa rebus ayam, dalam air tu cuma letak halia je dengan garam. Dah tu air tak boleh menggelegak sebab nanti kulit ayam tertanggal and untuk kekalkan rasa ayam yang juicy. Dah siap tu, lepas angkat terus masukkan dalam air sejuk. Ayam tu jangan gantung sebab nanti juice dia akan menitis jatuh. Minyak dari ayam yang rebus tu guna untuk masak nasik and buat sup makan dengan nasik ayam. Dalam sup tu letak kobis dengan daun bawang dah tu sambal dia guna lada kecik or lada besar lepas tu halia blender dengan minyak bijan + sup tadi. Nampak simple kan? Tapi nak buat dia memang agak rumit. Yang masak rumit tu takpe lagi I boleh handle sebab takde niat pon nak masak tapi yang teringin lepas tengok tu paling tak tahan sampai merana jiwa. Maaaaaaka semalam dah kebetulan nak beli selipar sepit Shein dekat Animation World Pavilion, I ajak la Sazli makan dekat Madam Kwan. I teringin nasik ayam dia. Hahahah. Padahal selipar tu alasan jer pon. Kah kah kah.


I suka Mushroom Chicken Rice dekat Madam Kwan ni. Rasa ayam dia manis-manis minyak bijan campur dengan bawang goreng tu, perrrghhhh memang perfect.


Puas hati dapat makan. Shein pulak nak makan sama. Sebok je. Tadi padahal frozen yogurt dah bedal 2 jenis. Cup single dengan yang ice-cream batang biasa tu. Geram je. Dah lepas makan mintak pulak ‘shushu’. Hahaha. Datang la mood nak makan dia tu. Kitorang makan paling last sebelum balik. Sebelum tu teman Sazli dulu. Dia nak carik sling bag. Dulu kata tak minat sling bag and men clutch bag tapi now dah suka. Duluuuu kata dia, kalau ada bag, nanti lagi banyak nak letak barang, leceh. Tapi lepas dia pakai sling bag Barcelona yang beli dekat Nu Camp, Barcelona dulu dia jadik suka pulak. Dah tu takkan la nak bawak sling bag tu pergi kerja, nampak tak senonoh. Kalau nak pergi main bola ok. Tu yang dia nak carik satu untuk dia. Sazli pulak jenis kalau nak beli, buat research dulu mana yang ok. Survey dekat Boutique dulu sampai puas hati, lepas tu baru la beli. Lebih detail dari perempuan. Beza dengan I. I kalau nak beli tak kisah pon apapa janji ada duit. Duit tu, kalau ada lebih memang kena habeskan semua. Tak boleh simpan nanti I susah hati. Hahahaha. Beli lepas tu buat basahan. Macam Sazli dia jenis pandai jaga barang. Kasut dia bukan dia pakai buat basahan. Dia jaga elok. Lepas pakai, anginkan. Lepas tu masuk dalam kotak balik dengan silicone gel. Kasut hantaran I belikan dekat Raoul, sampai sekarang masih elok lagi. I punya dah berzaman sadakallah.


Seronok jugak teman Sazli window shopping sekali-sekala.

I tengok Sazli dari jauh sambil perati Shein kot dia terjun dari tangga ke sebab boutique dekat Pavilion yang level bawah ni semua ada tangga nak naik level atas/bawah. Tapi Shein bagus, kalau nak buat apapa dia akan tanya mintak izin I dulu dari eye contact. Kalau balasan angguk dia teruskan, kalau I jeling balik, dia akan stop. Tengok la tahap mana melampau permintaan dia. Yang tu dia sendiri dapat beza. Macam kalau gosok gigi dia, dia kena gosok gigi lori-lori dalam bilik air tu dulu. Selagi I tak cakap ‘Yes’ dia akan berdiri je dengan berus gigi dekat tangan, mata layu kesian giler macam nak kena lempang. Kekadang I gigit je kepala dia sebab geram. Haha.


Yang mana satu you? Ni kat mana I tak ingat. Mont Blanc or Hugo Boss (tak sure)


Nampak tangga belakang tu? Shein dah berdiri dah tunjuk bawah. I geleng kepala, dia ok je. Sambung lari-lari dalam boutique


Ajak main hide and seek pulak


Baring T___T

While Sazli pergi Maghrib, I bawak Shein makan Frozen Yogurt dekat Gelato. Sebenarnya takde la frozen yogurt sangat sebab Shein ambik perisa coklat. (Shariffah pretend like you didn’t read this and don’t tell Mr David. Seminggu sekali je. Hehe). Suka la Shein sebab dekat Johny Rocket tu ada nyanyi-nyanyi masa kitorang kat sana. Goyang-goyang tangan kepala dia joget sama. Hahaha. I pon sama naik sebab sapa suruh lagu YMCA. Heeeeeeee. Lepas Sazli sampai, kitorang gerak ke Madam Kwan. Ya Allah, teringinnya nak makan taktau nak cakap apa. Kata Sazli, ‘Macam ni sekali eh you teringin nak makan Nasi Ayam’. Lepas tu sebelum I sempat balas dia pon cakap, ‘Haaaaa, macam I la teringin Wan Telor Berlada’. Lepas tu senyum. Tauuuuuuu pon. Kalau tak, sempat je nak mengata I kan?


Suka eh kau Shein


Ice-Cream tadi tak habes sebab Shein tetiba nak yang jenis ni.l Dah la sebatang RM12.00, melampau


Yayyyyyy!! Dapat makan. Bestnyaaaaa! OMG SEDAP GILER OK NASI AYAM NI


Sazli lap mulut Shein


 Shein lap muka Sazli. Bercinta sangat dua orang ni (time baik la)

Shein sekarang kalau kena jentik ke, cubit ke dah pandai mengadu. ‘Akenggg’ = Sakit. Hahaha. I pon tanya Sazli, you buat apa kat dia? Hahahaha. Shein sekarang kekadang sampai mengada dia. Cat jadik keng. Apa-apa suka English ke, Malay ke suka tambah ‘ng’ dekat belakang. Ok dah siap makan jom balik! Mama and Abah nak layan Gegar Vaganza! Just nice sebab now pon dah pukul 9.30pm macam tu. I suka la keluar macam ni, sekejap tapi berkualiti. Takde la penat sangat and Shein pon enjoy. Now kalau bawak Shein berjalan, takde dah pakai stroller. Biar dia lari bebas. Dia pon pandai, lari-lari lepas tu pandang belakang tengok I dengan Sazli. Cuma perangai baring merata tu tak boleh nak buat apa la. I more to bagi dia chance, tapi kena ada limit. Taknak la bagi Shein stressed asyik nak follow rules je. Dalam hati dia memberontak, mana kita tau kan? They just kids. Let them enjoy their world. Tapi kena ada limit and kena tau where to stop. Takat dia nak lari-lari tu biarlah. Bukan dekat kenduri pon. Lagipon dia tak langgar orang. Masih boleh control. Kalau dia lari dekat kenduri/dalam surau tu memang I Tarzan kan la.


Shein mewarisi ketinggian Abah dia. Bagus. Mama suka lelaki tinggi.


Kaki tu mana belajar Shein? Susah sangat nak ambik gambar OOTD dengan Shein. Shein pon susah, Sazli pon susah nak ambikkan gambar. Dia mana suka bergambar. Kalau tak paksa, takde der.


Jumpa Dato’ Shake

I selamba panggil Abang. Lepas tu Sazli panggil dia Bro. Lupa member bukan rock star. Hahaha. Harap dia dapat memaafkan generasi muda yang kurang peka ni. Anyway, muda la sangat. Hahahaha. Kalau Amy Search dengan Awie boleh la panggil Bro. Ni Dato’ Shake pon ko Bro kan jugak dah kenapa?? Kecik je Dato’ Shake ni, tinggi nak sama sipi-sipi je dari I. Tapi takde la nampak tuwe. Muka licin je. Patut approach suruh guna ANNESURAYA SKINCARE kasik lagi flawless. Sekarang promo 50% masih ada sampai hujung bulan ye? RM60 + RM8.00 postage untuk order start dari harini. Pos Laju dah naikkan harga. Melampau sangat rasa. Dari RM6.00 selamba naik RM8.00 dalam masa dua tahun. Geram je! (Sesambil iklan). Thank you Papa bawak I and Shein jalan-jalan semalam. Mama and Shein both happy. Seronok dapat jalan-jalan macam ni. I sebenarnya bukan la takde keluar, selalu je. Tapi feel dengan family sendiri ni lain. Ada Papa, ada Shein…. Best! Rasa complete. Papa. Nak Uweeeeet!

-eNd-

1 comment:

mamabiey said...

suke tgk family ni comei belaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...