Tuesday, October 18, 2016

Suraya, Kuih Keria dan Cerita Harijadi Yang Belum Habis.

Assalamualaikum..

Today mintak maaf sebab suraya korang busy lagi dengan misi menyelamatkan dunia dia tu. Rasanya Siti Nurhaliza pun tak busy macam dia. So dia paksa mintak aien update blog. Bila tanya nak tulis apa? dia suruh pikir sendiri je. Boss kejam macam ni memang wujud lagi dalam dunia rupanya. Hahaha. So memandangkan birthday dia baru lepas cerita pasal dia jela. Tadi masa dia suruh update aien tengah busy, cakap dengan dia nantila update. Then dia mula la guna kuasa dia cakap ini arahan bla bla bla. Then aien cakap "nak lambat sikit atau takyah update terus? pilih" terus dia reply "omg melawannnn, okla lambat pun takpe". Hahaha jarang-jarang dapat menang dengan suraya sulatin. Sorry kaksu, gurau je.

Saja carik pasal ambik gambar birthday kaksu tahun 2010. Dulu pon dah cantik. Sekarang laaagi cantik lepas pakai AnneSuraya. Hahaha. Harap-harap lepas ni dia menyesal suruh update blog.
Aien pun asalnya reader blog ni je. Then lama-lama boleh jadi close sampai terpaksa jadi PA olok-olok dia. Kaksu ni baik orangnya, ikhlas puji sebab buat entry ni bukan kena bayar pon. Dalam eksyen and poyo dia, dia ada good personality yang buat orang happy bila dengan dia. Dia pun suka buat orang happy, appreaciate people around her and Allah bagi dia rezeki surrounded by orang-orang yang baik as well. Readers blog ni pon selalu cakap rasa macam dekat je dengan dia walaupun tak pernah jumpa. Rasanya ramai yang happy by penulisan dia, sama dengan aien. Memang bukan semua orang suka dia. Tapi lumrah manusia kita memang takkan boleh puaskan hati semua orang and buat semuaaaa orang suka kat kita. So mana yang suka, suka lah. Yang tak suka biar jela. Lagipon memang ada term benci for no reason. Haha. 

Kaksu ni kelakar. Kadang menda tak kelakar pon jadi lawak bila borak dengan dia. Now dia tengah berzikir nak kuih keria antarabangsa yang kat melaka tu. Dah masuk 3 hari berzikir nak keria, nak keria, nak keria. suruh buat sendiri taknak. suruh beli keria biasa taknak. Aien ada jugak carik-carik runner kot ada yang boleh deliver kuih keria tu. Tapi logiknya memang takde la kot? Dia pon duduk Ampang, Ain duduk kulai. Kuih keria tu kat Melaka. Hahaha nak tolong pon susah. Jauh sangat. Kuih tu pulak nak beli kena beratur and ada jugak yang pernah cakap dah beratur tapi tak dapat. So risiko jugak tu. Tapi kesian jugak sebab kaksu ni kalau nak dah macam budak darjah 1.Nak nak jugak. Tak dapat sedih. Silap-silap punya teringin sampai masuk mimpi nanti. So kepada readers yang sayang sangat suraya sulatin korang ni, kot-kot ada la yang duduk/lalu melaka nak ke KL dalam masa terdekat ni, korang belikanla keria tu ok? Contact aien untuk cas penghantaran. Haha. Eh tapi serius ni. Thank you in advance.

Gambar google. Kuih Keria Antarabangsa.

Cakap pasal keria teringat masa kaksu puasa last week kalau tak silap. Punya la manja kejap-kejap cakap lapar. Memang macam cina muallaf masuk islam baru nak belajar puasa. Dah tau nak puasa tak sahur siapa suruh. Nampak pisang pon sedih sebab sedap. Makin petang makin mengada siap bagi whatsapp voicenote cakap "kaksu lapar...". Selang berapa minit bagi lagi."aien kaksu tak larat...." Last-last dia bagi "aien, kaksu dah mati"Hahahahaha geram nak tunjal. Perangai sangat.

Okla, tak reti nak karang apa lagi. Kalau kaksu kata pendek kita jawab je konsep dia short and sweet. Hahaha. So lastly, kat sini aien pun nak wish happy birthday kaksu! walaupun dah wish lapan ribu kali. Takpe, bukan kena bayar pon kan? Haha. Semoga kaksu happy selalu, sihat selalu, makin cantik, makin kaya (sebab dia kata kaklong ajar kalau nak doa mintak je terus terang. nak kaya cakap nak kaya, nak cantik cakap nak cantik. haha), and Allah permudahkan semua urusan kaksu dari dunia sampai akhirat. Hopefully AnneSuraya Skincare punya progress pon akan smooth and success. Amiiinnnn. Jangan lupa promo pre-order price dah extend until 30th Oct. Half price je (Iklan sikit). Thank you sebab baik dengan aien all this while. Walaupon selalu kena kutuk gemok, aien redha je. Sebenarnya more pada malas nak layan. Hahaha. Tapi aien sayang kaksu. Cakap mesjid ni. Hehe :)

Happy Birthday Siti Nurhaliza (Tak habis-habis Siti Nurhaliza). Nasib baik la birthday setahun sekali je. Kalau tak cerita bunga tak habis setahun. Kah kah kah.


Bye.
Aien.    

1 comment:

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue. Happy belated b'day
Psl kuih keria antarabangsa tu, elok kiranya p seniri, cos tahap kesedapan gula Melaka bl panas2 n la-la tu jg makan.... mmg sedap, tp nikmatnya bl beratoq lelama, n dapat makan, sblh tu ada jg ice blended dia.. kalu rajin baca sini:http://neenaanuar.blogspot.my/2016/09/bye-bye-hatten-hotel-melaka-hello-kuih.html
<3 Dear

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...