Wednesday, October 12, 2016

Throwback Birthday 2015 at Bunpo Bridge and CNN Cafe Korea

Assalamualaikum..

HAPPY BIRTHDAY BUBU! Heeee. Thank you Sazli sebab paling awal bagi hadiah. Semalam petang dapat, harini dah pakai pergi office. Kata Sazli, dia suka tengok I pakai kemeja and pants pergi kerja. Kalau suka, lepas ni belikan lagi 14 helai. Ok? Harini I mintak Anny, Ellis and Ain hantar bunga dekat office sempena birthday. Sapa suruh tanya nak apa kan? Naseb la. Taktau la sapa yang mendengar kata. I dah pesan, kalau tak dapat hari ni I akan merajuk lama sikit. Kalau sayang kena la tunaikan. Ye dak? Haha. Semua orang yang wish I harini, I wish balik sebab cover malu. Hehe. Shein pon pagi tadi nyanyi sekali je, ‘Ayannggg…. Apitey Yuyu’ (happy birthday to you). ‘One more time Shein?’ Shein pon jawab ‘NO’. Jadiklah sekali dia wish. Haha. Today 12 Oct 2016 genap umur 35 tahun. Gila bapak dah tuwe, tapi al-hamdulillah tua yang berkualiti, InsyaAllah. Teringat 10 tahun lepas masa umur 25 tahun, I macam ape jer.. Takde fikir apa sangat. At least ada cita-cita nak kawen dengan anak ongkaya pon dah ok, tapi tu pon takde. Haha. Masa depan pon taktau macam mana. Kawen pon takde fikir. Tengah sebok berkawan. Masa tu Abang Yut and Abang Usen la yang ‘jaga’ I. Tu je la hidup I. Time tu, rasanya Yatie pon I tak kenal lagi. Duduk pon dengan Kaklong so hidup I ialah kerja yang takde kawan dekat office, Kaklong, Abang Yut and Abang Usen je la. Zaman tu pon mana ada lagi orang sebok nak berbusiness macam sekarang sebab IG/FB pon takde lagi. Yang ada is Friendster. Tu pon friend limited to 500 je untuk satu account. Sebab tu la I ada 2 account time tu, budget hot. Ko dah kenapa? Hahaha. Tapi dari Friendster jugak I kena Sazli. Back in Dec 2007. Untuk first entry pasal birthday ni (more to come InsyaAllah, harap semua tabah) I nak throwback birthday I dekat Korea last year. Tak sangka dah setahun berlalu. 


Kaklong Besar, kaklong Kecik, Ellis and Siti Nurhaliza dekat depan Bunpo Bridge yang penuh dengan tragedi.


Lawak kalau kenangkan balik pasal Bunpo Bridge ni. Patutnya kitorang pergi a day before masa second day sampai Korea dengan Rachel. Tapi masa OTW naik bas dari Insadong, Kaklong kata dia dah tak larat nak tahan sebab nak terberak sampai pucat-pucat muka. Kata dia kalau dia tak kemut, memang terburai la. Tu yang jalan pon kepit-kepit. Hahaha. Tadi beria sangat makan banyak. Makanan Korea ni dia pedas lain macam sebenarnya. Kekadang perut mana nak tahan. Hahahaha. Dah la tu berak punya la lama sebab tak jumpa mana toilet dekat station bawah tanah tu. Kat luar pulak sejuk, kaki dah lengoh sebab masa tu kitorang dari siang tak balik apartment. Kitorang dari Gyeongbokgung Palace lepas tu jalan kaki ke Insadong. Makan semua lepas tu Sazli and Shein balik apartment and kitorang naik pulak bas konon nak pergi Bunpo Bridge. Dah Kaklong berak punya lama, so cancel la Bunpo Bridge. Balik tu, beli Mee and goreng makan dekat apartment. Setel.

Percubaan kedua pulak berjaya. Alhamdulillah. Harini dengan Munirah. Kitorang dari Nami Island siang tu, terus ke Bunpo Bridge. Sempat-sempat je sampai before last show. Punya excited nak tunggu air pancut sekaaaaaaali last show cancel. Huwaaaaaaaa sedihnya. Ni semua Kaklong punya pasal, kalau tak sebab dia tak sakit perut semalam, dah dapat dah tengok show air pancut dekat sini. So dorang decide nak pergi coffee pulak dekat CNN Café. Ok la jom. Dah alang-alang dekat sini sebab malam pon area Bunpo Bridge ni memang lawa. Cuma camera Samsung S5 ni quality sampah time malam so gambar buruk la. Tapi takpe, I dah Google gambar nanti korang tengok ok? Masa dekat CNN Café, tak sangka Ellis, Kaklong Besar, Kaklong Kecik and Muni buat surprise dengan a slice cake and nyanyi lagi Happy Birthday ramai-ramai untuk I. Thank youuuuuuuu. I wasn’t expecting at all. Tak sangka dorang ada jugak effort untuk celebrate birthday I. Walaupon slice cake je takper la. The thought that count, kan? So I sangat –sangat happy malam tu walaupon tak dapat tengok show air pancut. 


Show dekat Bunpo Bridge


Cantik kan?


Wish Bridge


Ni semua dekat area Bunpo Bridge

Bila ingat balik dekat Korea, rasa macam best pulak. Nanti InsyaAllah, kita pergi balik Korea ok Baby? (Ellis. I call her Baby) With the same company macam ni. Dengan Sazli, Kaklong Besar, Kaklong Kecik and Shein. Hopefully ada Muni and Rachel too. Now Munirah pon dah ada dekat KL. Tak sempat nak catch up dengan dia pon. I suka la travel, tapi bab naik kapalterbang 6-7 jam rasa macam dah tak boleh la. Takot. Any small turbulence pon dah buat jantung I macam nak terkeluar. Duluuuuuuuuu masa naik flight 12 jam pon I takde rasa apa. At all. Memang takde perasaan. Now naik yang 50 minutes pon I rasa macam nak mati. Ni nanti bulan 12 nak pergi Langkawi dengan Mak, Kaklong, De. Bulan satu nak pergi dengan bebudak Perth pulak ke Langkawi (lagi). Dedua naik flight. Hadoiiii macam mana la. So, takyah la beria plan nak ke Capetown ke, Istanbul ke hatta ke Perth pon I fikir 2 3 kali. Takot dah wei nak naik kapalterbang. Haha.


CNN Cafe


Sedapnya Strawberry Cheesecake ni


Simple, yet so speacial


CNN Cafe belah sana. Tak jauh dari Bunpo Bridge ni. Ni gambar I punya sendiri. Haha. Bapak buruk.

Bagus Facebook sebab ada ‘On This Day’ application dekat menu. So apapa yang jadik tahun-tahun lepas akan appear. Boleh la reminiscing back memory masa lepas. Sedih ada, happy pon ada. People come and go dalam hidup. Close friend, love one akan stay close dearly dalam hati sampai bila-bila. Apapa pon makin lama hidup, makin I bersyukur dan belajar bersyukur.  Allah dah bagi banyak dah sekarang. Semua tak expect pon untuk dapat especially kasih sayang yang melimpah ruah dari keluarga, kawan-kawan baik and ANNESURAYA skincare team. Now, I rasa memang masanya untuk belajar terima baik/buruk pahit manis dalam hidup dan redha, then only lepas tu kita akan happy. Jangan terlalu ikut hati nak chase something yang kita rasa buat kita happy sampai kena korbankan perasaan orang lain. Korban sikit buat orang lain happy, Allah akan bagi double triple rezeki yang kita tak sangka-sangka. Especially suami. Make them happy lepas tu Allah akan kasihkan kita. Trust me. Belajar redha then lepas tu korang akan happy. InsyaAllah. Sebab bila kita less expect, makan akan less kecewa. Redha ok? Bak kata Dato’ Siti Nurhaliza dalam IG dia. ‘to get what you love, you must first be patient with what you hate – Al-Ghazali’.

Untuk semua wish dalam FB, Instagram, Blog, WhatsApp and semua-semua medium lah. Thank you very much. Pada stranger macam customer’s yang put effort untuk wish pada I tak henti-henti dari malam tadi walaupon awal sikit (sebab takot tertido and tak sempat wish) tapi kira boleh laaaaaaaaaaaaaaaa. Sangat la overwhelming rasa. I nak bagi tau, walaupon kita tak jumpa tapi I sangat hargai each one of you my readers and Zenia Beauty/ANS customers. Thank you for the trust and sebab have faith on us. Allah je yang mampu balas korang punya sayang pada I. Kita focus on sayang je la eh? Mana yang tak suka tu takper la. Biarkan ajer…. Kena Reeeeeee, re apa? Redha. Pandai.


-eNd-

2 comments:

farae al-farafisya said...

Ala Kak Su, kalau sy tau ada cafe best ni bolehlah singgah haritu...
Happy birthday Kak Suraya Sulatin..
Semoga mendapat umur yang berkat dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan kesihatan yang baik..
Dan semoga dapat sambung kisah cuti2 Korea Kak Su yang tahun lepas tu..hehehe..

CikFa said...

Happy birthday kak su. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, berjaya dunia akhirat. Semoga Allah mempermudahkan segsla urusan kak su.