Assalamualaikum..
Dari last week lagi sebenarnya Si Intan and Dyba dah cakap yang dekat Doppio ni ada macam-macam jenis roti baru. Usually ada cake je. Cheesecake dia pon boleh tahan sedap. Doppio ni konsep dia macam Coffee Shop yang orang lepak-lepak makan roti and coffee je. Takde beria sangat makanan dia. Lagipon dekat Platinum Park ni dah ada 2 restaurant besar macam BLVD and Brolly kalau orang nak makan yang heavy. So nak chill-chill lepak kat Doppio je. I pon suka dekat sini sebab rasa macam bukan dekat Malaysia. Macam dekat Korea je. Cuma suhu kena kasik lagi sejuk skek, lagi canteeeeek. Anway, dah masuk setahun balik dari Korea, bila entry Korea nak habes? Stuck dekat Nami Island dah berkurun. Hahaha. I memang tak boleh jadik Travel Blogger la. Sebab memang jenis susah nak update kalau bab jalan/vacation sebab I jenis specific sampai stressed. Dulu update pasal Rome pon, beria pergi check dekat Wikipedia sejarah Rome, bila bangunan siap, siapa Architect semua lepas tu stressed sorang-sorang. Aku pon tak paham. Dah kenapa? Hahaha. Dari pening kepala, baik la share pasal makan je. Bak kata Sazli, 'Tak cukup blog, IG, FB nak share pasal makan habes dalam WhatsApp Group pon nak share'. Hahaha. Eh biarlaaaaaaaaah kite puasa semalam ok? Memang la excited cerita pasal makan and carik pasal bukak gambar lama-lama. Lepas tu meroyan dekat Ain cakap lapar banyak-banyak kali. Anny pon semalam nak peramah, dia tanya 'Suraya cerita sikit pasal puasa sunat yang nko buat ni'. Lepas tu I jawab 'Nanti la, aku tak larat sangat ni'. Hahaha. Semalam lepas berbuka, lepak I dekat sofa. Shein tumpahkan eskrem dekat sofa pon I biar aje. Lepas tu kata Sazli, 'Esok takyah la puasa dah Mama. Teruk sangat dah I tengok you ni'. Biasa I ok. Tapi semalam tak sahur kot? Entah la. Saiko giler. Sampai nak jalan pon tak larat. Memyam betul. Padahal I athlete.
Bukak je puasa, terus makan Salted Egg Donut ni. OMG BAPAK PUNYA SEDAP!
Salted Egg pastry I nampak ada doughnut, croissant dengan E-Clair. E-Clair je yang I tak rasa lagi. Ni kejap lagi balik kerja, nak singgah tapau dulu dekat Doppio baru balik. Tadi tengahari I tengok donut dah takde. Tak puas pulak semalam makan. Tapi seriously wei, memang sedap giler. Inti dia macam pau salted egg yang dekat Dolly Dimsum tu. Dia punya manis+masin+creamy susah la nak describe dengan perkataan. Sazli memula I cakap sedap Salted Egg croissant ni, dia cebik-cebik je cakap pelik. I cakap, makan dulu baru tau macam mana.... Last time yang I beli dekat Bread Talk - Pavilion (tapi size kecik) tu la yang dia first time cuba. I peratikan ajer dia makan croissant I malam tadi sampai habes. Mau pulak dia offer I barang sikit. Hahahaha. Tapi yang dekat Bread Talk size kecik. Tak best. Dekat Doppio size besar lepas tu inti dia meleleh-leleh memang puas hati giler. Harap Rish dengan Shanom jangan la merana baca entry ni.
Tengok la ni wei. Donut dia dah la lembut. Ni inti dia I dah hirup. Baru ambik gambar. Sila jangan jilat screen memasing eh? Tadah skek ailio tu.
Ni semalam la I tapau Salted Caramel Donut, lepas tu ambik sekali gambar Nutella Peanut Butter Donut ni . Tapi I tak try lagi sebab semalam dah ambik 3, rasa macam melampau pulak kalau ambik yang ni sekali.
Tu yang bawah tu Salted Egg E-Clair
Ni apa I tak sure.
Croissant ada 3 jenis. Biasa, Nutella and Salted Egg.
Ni la Salted Egg Donut dekat Doppio. Tak ke biadap dia punya debab?
Chicken Sausage Roll
Ni masa Jumaat lepas, lepas makan dekat Brolly, kitorang dessert pulak dekat Doppio. Best tau kat sini lepak-lepak sapkok minum kopi. Sejuk je kat luar ni.
Last week, Intan dengan Dyba dulu try makan dekat sini. Esok pon Intan ajak makan dekat sini lagi sempena birthday I. BIRTHDAY I ESOK OK? 12/10 JANGAN LUPA WISH dan bagi hadiah kepada sesiapa yang berkenaan. Ingat. I nak Mercedes sato!
Sebesar ni dia punya Croissant. Sedap ni! Puas pulak tu makan. The best Salted Egg Croissant is at Doppioo. Nora kasik lima bintangggg!
Close up Salted Caramel Donut
Close up Nutella Peanut Butter Donut.
Sedapnya roti-roti dekat Doppio ni I rasa level kejam. Memang kejam nak mampos dia punya sedap! Harga pon kejam jugak. Seketul ni semua dalam RM7.00 keatas. Kalau ada budget constrain bab makan, baiklah makan nasik budget je. Kenyang dapat makan nasik. Hahaha. Ni roti seketul je RM7.00 wei? Tapi yer la kot, sini kan sewa mahal. Memang la kena letak harga macam ni. I takde masalah bab makan. Apa teringin makan je. Bab makan, I tak berkira. Biar tak shopping baju dah lama, tudung buruk-buruk handbag tak berganti, bumper kereta calar nampak isi janji makan mesti mau sedap. I ada nampak dulu office-mate I kedeks nak keluar duit makan sampai kurus. Hari-hari dia makan roti yang office provide dengan air milo ambik dekat pantry. Keluar tak, apa tak. Kawen pon tak. Baju pon evergreen. Pakai dari mula masuk kerja 20 tahun dulu sampai la sekarang. Parking RM1.00 masa main bowling pon claim office. Serious I tak paham. Mana eh bahagia hidup dia makan biskut kering hari-hari. Bukan orang susah pon. Tapi kot dia ada masalah lain ke, mana kita tau. Ah lantakla. Janji Salted Egg Donut dekat Doppio sedap harga tujuh hengget. Ok bye
Doppio Cafe
Lot 1.03, Ground Floor, Menara TH,
Persiaran KLCC, 50450 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Hours : 7.30am - 8.00pm
-eNd-
1 comment:
Konsep kita sama nih Suraya...kalau bab makan, baju tudung, kasut tu semua tak bertukar takpe..janji perut dan tekak dan perasaan puas hati kikiki....
Post a Comment