Tuesday, December 13, 2016

Assemoga Sheindong - Part II

Assalamualaikum..

Seronok je pagi tadi I nampak Shein bergumpal dengan Abah dia dalam selimut masa I nak pergi kerja. Untunglaaaa Selangor cuti. Patut konsep cuti ni, sapa duduk Selangor kira kena cuti jugak la. Bukan kira kerja kat mana, ye dak? Tapi Ampang yang I duduk tu kira KL ke Selangor eh? Jap nak tengok Mycard Shein. Haaaa Selangor! Patut I kena cuti ni. Hahaha. Ni pon badan tak habes lagi lengoh-lengoh. Sebenarnya tak la penat sangat taaaaapi masa Ahad, I ada dukung si Sendong korang tu ada la 500 meter so memang sakit-sakit la tangan. Shein pulak 22kg. Bukan Ringan. Dia nak berdukung tu sebab dia cranky and moody la. Tengah tido Mama suruh salin baju sebab nak tengok show Otomen pukul 4.00pm. Kitorang pergi Genting Highland nak tengok Ultraman Show sempena birthday Shein. 3 hari 2 malam check in dekat First World hotel, bilik standard takde kettle and takde iron and takde hair dryer, mengadap dinding tower lagi satu lepas tu RM540.00 satu malam WHY???? Lepas tu tetinggal pulak kettle dekat hutel. Kah kah kah. Tetiba ada additional unnecessary charge untuk trip Genting ni tapi takper lah, demi kesayangan Shein Mama and Abah apa la sangat kettle tu. Nanti kita beli lagi 14 ok? Mintak duit dekat Abah. Yang pasal Genting tu nanti later I akan update. Now bagi laluan untuk birthday Shein punya entry.


Happy 4th Birthday Mohamad Shein Iskandar. Besar dah anak Mama. Rasa macam Shein ni cepat besar sangat. Baru je rasa drama masa nak masuk OT time nak bersalinkan dia tup-tup dah debab macam ni.


This time kita potong cake simple je dulu. Sebab later nak buat birthday Shein dekat sekolah. So time tu beria sikit tapi Mama takde la. Ni between Shein and his schoolmate’s je. Kek buah, makanan, goodies bag semua dah setel dah. Tengok la if sempat lari sekejap waktu lunch tu boleh la tengok Shein at school. Potong kek ni pon semalam masa balik dari Genting Highland, singgah Pavilion sebab Sazli nak tengok kot ada Ultraman Toys dekat Parkson. Kata orang yang jaga Ultraman Merchandise tu, dekat Parkson pon ada so besungguh la kitorang pergi tapi hampa sebab Ultraman collector ni memang melampau. Sehari letak dah sold out. Alang-alang dah ada dekat sana beli la kek sekali dekat Breadtalk. Kek kecik je. Rasa dia lebih kurang macam Chocolate Indulgence Secret Recipe tapi yang ni lebih sedap la of coz. 


Background ampai Maktok. Naseb baik la towel je sidai takde menda lain.


Shein memang suka nyanyi Birthday Song and blow cake. Semalam ada la repeat nyanyi 5-6 kali. Hahahahha.


Sedapnyaaaaa kek ni! Teringat pulak.


Shein with Abah and Mama. Change position so background semenggah la sikit. Semenggah tau tak apa maksud dia? Ni Orang Johor je paham. Kepada Mama diucapkan jangan tonggek lebih.

Suka sangat-sangat Shein dapat sing a birthday song for him. Bila time tak rakam, elok dia nyanyi. Bila dia tau kita rakam dia malu-malu. Shein nyanyi, ‘Happy Birthday to Shaaaaayyyyyyyyyyyy’. Dia cakap nama dia Shay. Shein ni kalau bercakap mana nak letak hujung dia sangat. Shein jadik shay, cat jadik cay. (Dulu keng. Semua nak tambah N G dekat belakang). Bird jadik bur. Atok jadik Ato. Haha. Plane betul plane. Ice-cream jadik aikim. Elephant jadik efifen. Now dah pandai sebut Shariffah tapi bunyik dia Shafifah. Hahahahah omel sangat-sangat. Now Shein improve lots on dia punya conversation. Dah banyak repeat after kite sebut. How dia pronounce words tu punya la comel. Nanti la if I dapat chance rakam dia sebuh Abah bila time Sazli menyakat dia, I akan share. Ok?

For Shein kesayangan Mama Abah and semuaaaaaaa orang, Mama doakan semoga Shein membesar dengan sihat, jadik anak yang baik. Biar baik serba serbi. Budi pekerja kena mulia. Dengan orang tua kena hormat. Sayang pada semua yang sayangkan Shein. OK? Dah besar tak payah mintak jadik Pilot sebab Mama gayat. Kena bijak la macam Abah. Nak jadik Architect macam Abah pon boleh. Taknak pon Abah cakap takpe. If nak jadik Doctor boleh tapi Dentist dah la. Doctor biasa ni macam bizi sangat, nanti Mama terabai acane. Kata Abah, nak jadik pelukis, seniman pon boleh. Mama balas dengan jelingan tajam. Hahahaha. Abah nampaknya dah ada ciri-ciri ayah yang sporting but Mama tengah cuba. Ni fikir kalau dia dah besar nak mintak camping, pergi rombongan semua pon I dah pening. Kalau mintak join kan melampau pulak. Tak ikut nanti macam mana pulak. Hahaha.

Shein, nanti kalau Shein dah besar. Baca balik semua label Shein dalam blog ni then only you know how Mama and Abah love you. We love you so much son! Tak mampu nak ungkap dengan perkataan. Abah tu lagi la. Sayang Shein habes dunia. Even though korang kalau bergaduh boleh tahan menyirap Mama tengok tapi Mama tau Abah paling sayang Shein dalam dunia. Susah nak cari a farther like him. Very rare untuk tengok kejadian Bapa boleh jaga anak alone tanpa Ibu. Bangun pagi mandikan, siapkan pakai baju, hantar sekolah, kasik makan jaga entertain semua while Mama busy menyelamatkan dunia. Susah nak carik. Abah boleh buat semua tu tanpa Mama. Bila Shein besar nanti, terpaling utama kena ucap terima kasih pada Abah. He’s sacrifice lots for you. Baba and Maktok pon sayang Shein sangat-sangat sampai kitorang ni peratikan aje dengan api membara di dalam dada bila Shein buli Baba and Maktok. Semua orang sayang Shein. Atok Jengka pon sayang Shein banyak. Selalu bagi duit pada Shein.

When you know how to think, you have to know how lucky are you to be Mohamad Shein Iskandar.

Syukur pada Allah jangan lupa. Walaupon kita tak boleh pilih our destiny and Ibu/Bapa kita tapi Mama pon best jugak Shein. Boleh tahan. Masak pon pandai. Kelakar pon ye. So kena syukur jugak la jadik anak Mama. Paham? Hahaha. Ok lah tak boleh taip panjang lagi, nanti hujan lebat pulak. Ni pon dah sebak.

HAPPY BIRTHDAY SHEIN!

-eNd-

1 comment:

ita citot said...

Happy birthday shein comel! Semoga segala kebaikan bersama mu. Membesar dengan sihat sejahtera, jadi anak yg soleh, berbakti pada mama dan abah. Semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Aamiin... (^_^)