Tuesday, December 13, 2016

Shein's Birthday Treat at Genting Highland - Part I

Assalamualaikum..

Ada yang PM I personally tanya berapa budget untuk bawak family pergi Genting Highland? Jawapan : Actually takde specific budget pon. Cuma nak datang tu kena la kena tengok balik rate hotel dekat www.rwgenting.com sebab dekat situ ada jadual berapa harga 1 bilik. I suggest datang time hari bekerja. Sebab time tu harga 1 standard room dekat First World Hotel akan jadi serendah RM54.00 je. Standard room tu maksudnya 2 katil single, takde electric kettle, takde hair dryer. Sedih tak sedih la kan? Hahahaha. Ada bilik up skek la macam Deluxe Room (ada hair dryer), Y5 Deluxe (Free WiFi), Triple Room (1 katil double, 1 katil single), Y5 Triple (1 katil double, 1 katil single + Free WiFi), Superior Deluxe Room (Tambah air mineral 2 botol, hair dryer and Free WiFi) and paling up is World Club Room (additional ada bathtub). Kalau pergi time hari kerja bukan peak season untuk World Club Room cuma RM180.00 SAHAJA. Nak nanges pulak masa taip ni sebab masa I pergi Check in 10/12 check out 12/12 haritu untuk standard room paling hina is RM540/night. Wajaq Genting. 2 malam tu berapa sila la kira sendiri. Tu pon naik cirit nak mendapat sebab book masa 1/12 (Khamis) pon semua dah sold out ok? Next day 2/12 (Jumaat) I tengok pukul 7.45am ada 1 room left zaaapppp pejam mata book je. Taknak dah tunggu. Memang nasib baik sebab sejam lepas tu sampai la esok luasa SOLD OUT SEMUA.

So please plan your vacation and jangan ambik last minute macam I. Dekat Agoda, Booking.com pon ada jugak offer bilik dekat First World. Selain dari First World, hotel lain dekat Genting Highland is Resort Hotel, Maxims, Genting Grand, Crocfords and Awana Resort Genting. Yang Awana tu tak payah la sebab susah la nak kena drive panjat Genting pulak. Hotel lain time low season dalam RM650 – RM2,058 sebilik (Paling mahal Crocfords). Yang tu mahal sebab offer premium accommodation with top-notch facilities and service. Masa I tengok haritu, bilik yang lain jadik sampai RM6,000 satu malam ko dah kenapa? Mandi dengan Evian ke? Haha. So, mahal murah Genting Highland punya bilik it depend on bila korang nak check in. Lagipon datang time low season ni nak main apapa pon takyah beratur, makan pon senang sebab restaurant lengang. Time I datang, pack sangat! Nak main kena beratur. Kedai makan yang ala-ala Food Court pon susah nak dapat table sudahnya masuk je la restaurant. 2 kali makan dekat Lobby Café/Junction, sekali Food Court JR CUrry, sekali dekat Japanese Restaurant and sekali dekat  Spice Garden (Indian Restaurant) Total makan untuk 5 kali ni is RM350.35 tak termasuk kudap-kudap, air, pisang segala. So I mulakan review makan dekat restaurant yang paling sedap : Spice Garden. Highland Hotel. Wokey?


The best Chicken Curry yang I pernah makan. Sedap giler! RM28.00 dapat 3 ketul ayam. Memang puas hati sangat-sangat la makan dekat sini.



Bhindi Masala. RM23.00 pon punyaaaaaalah sedap! Sebenarnya I teringin nak makan bendi ni dari dekat Food Court (JR Curry) lagi. Sedapnya lahh ko ni. Kenapa la tumbuh-tumbuhan boleh dimasak dengan sedap macam ni.


Biryani kosong ni harga dia ialah RM18.00. Nasik dia punyalah sedap. Makan dengan Chicken Curry memang layan habes. Semangkok ni kenyang makan untuk 2 orang, I dengan Shein.


Sazli order Cheese Nan. RM14.00 sekeping. Tapi tak la sesedap macam dekat Unle Raju. I puassssssssss hati giler makan dekat sini. Pakkal la jauh Genting Highland ni kalau tak memang I datang balik. Sedap la wei! Shein pon lepas sesuap nasik, sesuap lagi. Macam berlawan-lawan makan dengan Mama. I bagitau Mr David makan kat sini sedap. Dia cakap probably sebab sejuk so bila makan tu jadik sedap. Pisang Montel dia ponnnnnnnnn I makan sedap. Dah la RM2.00 sebijik. Shein sekali hadap dia sorang 3 pisang. Hahahaha. Korang kalau datang Genting, WAJIB MAKAN DEKAT SINI. Ok? Cariklah. Restaurant ni dekat Genting Hotel tak jauh dari tempat show Otomen.


Shein sebok la dengan Geng Otomen dia. Sazli beli 1 raksasa besar, 2 otomen and 1 rasaksa kecik.


Sazli pon now suka collect Otomen punya toys. Otomen toys ni memang tinggi permintaan and sekali keluar stock memang sekejap habes. Ada collector and ada yang jual dengan harga yang lebih tinggi.


Ada ramai yang tanya and I tau bila tau harga memasing telan ailio. Haha. Yang Resaksa paling gemok tu seekor RM200.00 and yang lain-lain tu dalam RM35++ jer kot? Sazli beli semua accept for resaksa kecik tu. Tu I beli. 


Suka la ko eh Shein? Tido pon siap selimut semua kawan dia ni. Siap pok-pok tu yang tak tahan. Nampaknya beliau lebih mencintai Geng Otomen dari Mama. Nanti ko lapar, mintak Otomen suap. Dah berak, mintak Otomen cebokkan. Ye Shein?


Shein suka la susun depan I lepas tu suruh ambik gambar. Lepas tu sebut pissssssssssss (peace) sampai meleleh ailio. Gigi bawah tu dah la jarang. Omel.


Tu Resaksa gemok tu ada lampu dekat badan dia. Jenis plastic. Shein panggil ‘iti’ (dirty). Nama sebenar tidak dikenal pasti.

Kitorang makan ni masa habes Show Ultraman Ahad tu dalam pukul 6.00pm macam tu. Show at 4.00pm. Siap amek gambar semua dalam 5.30pm. Jalan sikit, sampai kat restaurant ni. Total bil semua makan plus 1 mineral water and 1 black tea is RM108.45. Taktau la nak cakap murah ke mahal sebab basically dekat Genting ini makanan memang semua mahal. Goreng Pisang 4 ketul RM7.00 ye? Drinking water botol kecik RM3.00. Maggie cup pon mahal. So kalau rasa semua mahal, makan je la kaki masing-masing. Hahahaha. Kata Mr David, ada satu Food Court yang disediakan untuk Staff Genting. Dekat dekat Cable Car punya station. I pon tak sure dekat mana. Tapi kalau merajin nak carik, korang boleh carik. Yang dekat situ makan murah.


Sebok nak bawak handbag Mama


Sazli pujuk suruh pulang balik dekat I

Tak jalan dengan pujukan. So, lantak la ko kat situ. Senget-senget Shein jalan. Mama kan dalam tu dah macam bag Doraemon? Semua sumbat dengan towel, pampers, baju salin, mekap segala mala semua ada. Ko nak apa bagi tau je. Zaaaappppp I bawak keluar. Haha.

Abah belanja makan time tu. Kitorang selang-selang la. Kekadang I belanja makan, kekadang Sazli. Tapi banyak Sazli la. Main indoor 3 orang kena RM98.00 sazli belanja. Untuk game Arcade macam dekat Pusat Hiburan tu 2 kali top up RM100.00 I belanja pulak. Bagus sangat I ni contribute dekat Sazli. (Aci je puji diri sendiri). Hahahaha. Anyway, untuk yang datang Genting, I strongly advice untuk ambik bilik dekat dalam area ni sebab semua under one roof. Senang nak gerak kesana sini. But let say sold out semua, now ada hotel baru yang bukan under Resort World Genting. Best Western Premier Genting Highland nama dia. Telephone number 03-92262848. Yang ni dorang ada shuttle bus dari 9am – 12.00am every day FREE dari hotel ke First World. Kalau nak lagi adventure boleh try apartment berhantu nama Amber Court tu. Boleh la buat rancangan Seekers sendiri. Hehe.

SPICE GARDEN
Lot H/G 6.00, Highland Hotel
69000 Genting Highlands
Tel : 03-6101118 ext 57615

-eNd-

1 comment:

Faizah Syakira said...

Comel je gelagat shein, 😍

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...