Assalamualaikum..
Pagi Sabtu haritu awal-awal I dah whatsApp Ain. ‘Ain, dah beli KOSMO belum? Kalau belum beli
pergi SEKARANGGGGGG’. Gittew dia punya arahan. Ain pulak sejenis manusia
yang ambik masa 80 juta jam selepas dia celik mata untuk ada mood mestilah
geram dengan I sebab pepagi dah hingaq dekat dia. Dalam pukul 10.30 am baru Ain
cakap dia dah dapat dah beli KOSMO. Itu pon KOSMO dah buruk. Kata Ain, KOSMO
harini laku keras. I terus kembang-kembang hidung macamkan orang Kulai beli
KOSMO sebab I kah kah kah. Masa Ain send gambar tu terus rasa sebak (lagi)
sebab tak sangka dengan bersusah payah akhirnya dapat jugak masuk KOSMO Sabtu
lepas. Tenkiu pada wartawan A, Ali and Miezi sebab bantu Siti Nurhaliza korang
ni untuk mendapatkan slot dalam column AURA. Dekat sebulan jugak la I tunggu
untuk masuk KOSMO ni. Walaupon half page je tapi takper laaaaaaaaaa, masuk
jugak. Ada yang notice and ucap tahniah. Ada yang make a fool out of it. Ada yang tak bagi respon langsung and
ignore lepas tu bukak cerita lain macam tak berminat nak mengulas tapi takperlaaaaaaaaaaaaaaa
nak berjaya ni bukan senang and bukan semua orang senang tengok kita maju. Itu je I tanam
dalam hati. Janji tak kacau orang, dah. Kan?
ANNESURAYA Skincare first media appearance
Kalau cakap pasal Impak masuk KOSMO ni mestilah
ada. Now Al-hamdulillah kita dah nampak potensi pemborong. Dalam group Cosmetic
pon dah ada yang carik ANNESURAYA Skincare. Dengan lambakan Skincare yang ada
dalam Market sekarang ni, bukan senang kitorang nak penetrate tapi I akan cuba
sahabes daya sehingga ke titisan darah terakhir bagi memastikan satu hari nanti
ANNESURAYA Skincare akan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kakak
angkat Idola Anny, Dr Veda. Hahaha. Anny memang suka je ubah-ubah nama orang.
Sultan la, Kecik la, Manan la, Veda la, Mancur la. I peratikan ajer perangai
dia tu. Hahaha. Pasal Dr Veda tadi tu, berangan tak salah sebab banyak kita
dapat contoh, kejayaan memang bermula dengan angan-angan. So takper. Berangan la
setakat mana pon. Carik partner yang kaki berangan jugak baru layan. Macam Anny
kalau I berangan dia punya layan macam iyeeeeeee jer. ‘Wei nanti aku nak
buatkan Mak Abah aku rumah dekat KL. Ada Driver sorang, ada maid sorang. Inlaw
aku pulak nak beli sebijik rumah sama taman dengan aku. Senang hati semua
dekat-dekat. Lepas tu aku nak bawak dorang semua pergi Umrah. Lepas tu Suraya,
kita buat la satu rumah kebajikan untuk jaga anak-anak yatim. Nak? Lepas tu aku nak buat sekolah pondok '... and
the list goes on.
Seronok layan berangan ni. Serious. Lepas tu akan
berakhir dengan ‘Suraya, Doa la ye
angan-angan kita jadik kenyataan? Aku rasa ko kena pakai Evoque sebab ramai
founder pakai Evoque. Lepas tu rumah ko kena ada swimming pool ok?’
Iyerrrlaaaaaaaaaaaaah Anny. Aminnnnnn.
Sebenarnya kalau kita dapat apa yang kita nak
dengan hasil titik peluh sendiri, rasa kepuasan dia lain tau? Yerla ada yang
memang berasal dari keluarga yang kaya atau suami kaya boleh bagi rumah ada
siminpul dengan continental car tapi feel dia lain kalau kita dapat semua tu
dengan daya usaha kita sendiri. Kan? Kita akan lebih hargai. Macam Sazli, dia
memang jenis support I apa yang I buat. Dengan Sazli, I don’t do business
gossip or blog gossip ke apa. Sapa yang tak puas hati suka carik pasal dengan
I, tinggal harsh comment, guna perang saikologi atas I pon semua tu I tak
pernah share dengan Sazli. Sebab KL ni tak besar. I taknak nanti jadik susah. Pusing-pusing
nanti akan jumpa jugak. Suami I pulak Abang Kawasan Ampang. Tengok rambut dah
tau kan? Kah kah kah. So sesapa rasa macam nak carik pasal baik tak payah la…
Jangan buang masa sebab Sazli ni jenis ko buat bini aku sakit sikit, ko akan
dapat double. Gittewwww.
Ni dah tetiba nak cerita pasal Sazli kenapa? Padahal
tadi cerita pasal KOSMO.
Ok back to business. I nak mintak, korang doakan supaya ANNESURAYA Skincare
boleh pergi jauh and semoga Allah permudahkan urusan I, Anny and ANNESURAYA
Skincare ok? I have a faith on ANS Beauty. I know satu masa nanti, kitorang
akan buat more than this. Anny cakap, ‘Suraya,
Ingat tak masa semua orang macam reject proposal kita. Susah sangat kan masa
tu? Now kita dah selesa sikit, aku harap mana-mana yang pernah reject kita tu,
terbukak la mata dorang eh? Biar dorang rasa menyesal sebab pandang rendah pada
kita’. Cecece. Gaya cakap macamkan dah level Aliff Syukri tapi
lantaklaaaaaaaaaa. Hahahahha. Bagi I dengan Anny yang ada similar pendapat macam
tak suka share lelebih hal personal and share too detail habes segala harta
menda, siapa kita, apa kita ada ni to be frank PAYAH untuk convince orang sebab
most of orang-orang yang kita pernah deal memang pandang sebelah mata je. Sebab
miskin kan? Takde apapa so sapa la yang sudi nak bekerjasama.
Tapi bila ada sorang yang nak susah senang
sama-sama, layan kita dengan baik tanpa tau anything personal tentang kita I
tau orang tu memang ikhlas.
Takyah nak carik jauh la. Dalam Blogger community
ni melambak yang gelabah tak tentu hala. Pandang rendah kita ni macamkan kita
takde apapa. Miskin sangat. Takot sangat kena himpit. Takot sangat kita tumpang
popularity dia. Nama nak tag or share dalam IG gambar sama jangan harap
laaaaaaaaaaaaaa. Tak sama level agaknya. Tapi takper lah. I nak orang-orang
yang macam ni tau, hati-hati cara melayan orang sebab you never know people
punya background. Nanti kalau dah tau apa dia ada, siapa family dia kang jadik
malu sendiri pulak. Ok? Ni I cakap takde la tuju sapa-sapa api secara general. Sebagai contoh, I ada kenal sorang blogger from Bloggerati Program ni. Dia anak Dato’ tapi sangat down to earth tapi selalu dapat layanan kelas ketiga
dari so-call Celebrity Blogger. Dia tak
tau sapa yang dia deal with tapi takperlah… Dari situ kita tau tahap mana
keikhlasan orang terhadap kita. Kan? Orang yang baik, dia akan layan semua manusia ikhlas tak kisah la dengan siapa dia deal with. Kaya Miskin tolak tepi. Takyah nak pilih bulu sangat. Tak baik.
I hope, I dijauhkan dengan orang yang tak ikhlas and hipokrit ni. Taknak dah menda-menda negative vibes dalam hidup. Tak sihat. I nak keep positive energy je. Mana yang buat pening, yang tak worth it tu malas nak fikir. Tinggal ajer. Takyah dendam, tu pon tak sihat tapi let go. Kalau rasa susah, kena cuba. OK? Okbye...!! Thank you for reading this entry. Kata Shein, 'Tatiuuuuuuu'
-eNd-
2 comments:
tahniah kak su..nanti kak su dah sama level dengan dato veda ke, dato siti nurhaliza betul ke,dato aliff terlajak ke..janganla lupakan org marhaen macam saya ni ye...kita penah geng dalam wasap, FB tau.hihihi.di alam maya jelah mampu bersahabat dengan kak su..nk jumpa depan2, I is segan..semoga Allah memudahkan urusan kak su dan saya juga doakan impian kak su dan kak N dimakbulkan Allah..saya pun nk kaya jugak..kak su doakan untuk saya jugak ye..kenang daku dalam doamu kata orang tuwe tuwe..
Tahniah siti nurhaliza...
Post a Comment