Assalamualaikum..
Harini kita tapau habes semua kedai makan yang I
makan masa dekat Genting Highland. Lepas ni kalau korang rasa berbaloi, boleh la
makan dekat tempat yang I suggest ni. Macam Si Mimy Hamid dia cakap naik muntah
makan dekat Marry Brown je. Ko dah kenapa asyik makan kat situ? Kedai lain
banyaaaaaaaaaaaaak je. Cuma kena pandai pilih murah atau mahal. Untuk yang
booking bilik dari www.rwgenting.com
boleh dapat Less 20% dekat Lobby Café/Junction so pakai la. Memang banyak la
penjimatan kat situ. Korang print out and tengok la mana-mana discount coupon yang
boleh korang dapat. Kalau book hotel, dapat also less untuk tiket Ultraman.
Macam I haritu bijak. Pergi book asing-asing padahal macam-macam offer up to
40%. Dah la malas nak fikir. Hahahaha. Lepas tu untuk pemegang member card
Genting pon boleh dapat memacam less jugak. Yang paling best untuk main dekat
arcade la. Guna Member Card nanti dapat discount. Dekat arcade habes dekat
Shein RM50.00 untuk main basketball jer. Menyirap je Mama. Nak register Member
Card, korang pergi dekat sebelah Snow World, lepas tu register dekat sini.
Untuk main Indoor pon, boleh beli pass dekat sini. Dewasa boleh main 3 jenis
je. Ketapi, 2 jenis yang ketapi atas langit tu. Seram pulak bila ingat. I ni
gayat dah melebihkan Sazli sekarang ni. Sok lusa nak naik kapatebang pergi
Langkawi kusssss semangat!
Masa
first day sampai kebuluran terus makan dekat Lobby Café. Sazli and Shein share
makan Roasted Chicken Rice. RM20.00 harga dia. Sedap!
Masa last day makan mintak thigh dapat dada isi-isi
tu. Tak lalu I nak makan. Mana ada orang suka dada ayam. Dalam dunia ni I tau
orang makan dada ayam ada 2 orang. Dyba dengan Ain. Amendaaaa la makan dada
ayam. Euww. Dada ayam tu macam dry. I tak sukaaaaaaaaaaaa. Eh tetiba tingin nak
makan Nando’s. Focus Suraya focus. Memacam menda ko teringin nak makan lately.
Kuih Keria Antarabangsa pon tetiba tingat balik. Dengan Air Jambu batu yang
asam dia warna putih tu. Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa
Chicken
Curry Set. RM20.50
Dapat
dengan papadom, Jelatah and Nasi ni. I makan sorang je. Sekelip mata gone.
Sazli
suap Shein makan. Lepas tu I suap Sazli makan pulak. Kita semua satu family
memang bekerjasama macam ni. Sweet kan? HAHAHA
You,
say cheese! I panggil Sazli you, Shein pon panggil you jugak. Hahaha.
Makan 2 set nasik + 2 milo ais for RM18.00 (RM9.00
satu palotak dia la) and total bill is RM59.00. Mahal kan? Rasa macam mahal
jugak la sebab air dia is RM9.00 segelas. Kalau guna discount coupon baru
RM47.20 sahaja. So kena bijak berbelanja. Makanan dekat Genting ni I can say
semua sedap. Sebab sejuk and lapar barangkali. Lobby Café/Junction ni located
dekat First World Genting dekat Lobby dia. Selain dari makanan ni ada banyak
lagi makanan lain with bread, cake and pastry as well. Mc Donald, Marry Brown
semua I believe harga dia tak sama macam dekat bawah. Mesti lagi mahal. Nak
jimat? Bolehhhhh. Bawak Electric Kettle sendiri. Masak air, lepas tu masukkan
dalam water bottle. Usung air je masuk dalam restaurant so no need to buy
drinks. Nak jimat lagi? Boleh. Bawak periuk nasik kecik, masak dalam bilik
lepas tu kan sekarang banyak orang jual sambal memacam jenis tu kan? Ha makan
yang tu. Ni I cakap serious ni. Beli la daging dendeng ke lepas tu rebus telur,
makan panas-panas lawan dengan kicap. Perrrrrghhhh
Next,
untuk dinner kitorang makan dekat Munakata Genting. Sazli sangat over buat duck
face.
Shein
happy la baru paw Abah resaksa gemok tu.
Ni
Sazli punya. Salmon Skin Salad. RM22.00
Sazli
memang suka Japanese Dressing especially sesame dressing.
I
punya ni. Nama beliau ialah Seafood Udon. RM30.00. Isi ikan tu I bagi Shein.
Dia makan nasi semangkok + miso soup + fish SETEL (both miso and rice is
RM3.50)
Share
dengan Sazli. Sake Sashimi (Salmon Sashimi) RM23.50
Sazli
punya lagi. Soft Shell Crab Temaki. RM18.00
Air I minum Chrysanthemum Tea and Sazli minum Soya
Bean both canned is RM4.70 each. Total bill is RM109.40. Restaurant located at
Genting Hotel. Lower Ground Floor. Dari 5 bintang, I bagi 3 markah. 3 markah
sebab dulu Dato’ Jalaludin Hassan cakap, ‘Saya
bagi awak 3 markah!’ Patut 3 bintang. HAHAHAHA. Of coz la semua ni rasa dia
lari sikit dari Japanese Restaurant yang dekat KL. Tapi dah mengada nak jugak
makan Japanese so jangan banyak komplen. Yang ni, Mama punya treat. Semoga Mama
murah rejki. Aminnnnn.
Next
kita makan for breakfast Ahad tu. I pilih nak makan dekat Mamak Style so kita
makan dekat JR Curry. Ni ialah Ayam Goreng yang berharga RM9.44 dan Ikan
Tenggiri Goreng RM7.72
Nasik
Lemak ni sedap. Harga RM6.01 dapat combo dengan Teh Tarik as well.
Semua
ni (2 set Nasik Lemak dapat Teh Tarik) and RO Water : RM3.00 Total is RM37.50
termasuk 10% service charge and 6% GST
Shein sebut pissssssss
Muka tu sembap. Nampak sangat tak mandi. Haha.
Barisan kawan-kawan Shein.
Nak murah? Makan Nasik Lemak set je baru RM6.01
lebih kurang harga dekat bawah je. Kan? Sapa suruh gatal nak ambik ayam ikan
segala tu yang kena RM37.50, TIPS : Kalau takde kesabaran, better ambik nasik
campur je. Sebab lebih cepat. Beratur, ambik nasik and lauk lepas tu bayar. Dah
boleh makan. Macam kitorang ambik Combo ni dekat 30 minutes baru dapat tu pon
Sazli pergi balik counter and check. Lepas tu air ambik sendiri, nasik suruh
dia siapkan and ambik je dekat counter. Service jadik slow sebab raaaamai
sangat ambik ni and pekerja dia tak boleh nak manage order. Lauk-lauk dekat
sini pon I tengok menyirap je. Nampak sedap woh! Tulur dadar dengan bendi
goreng pon nampak sedap. Bendi dekat sini la yang buat I tingin nak makan lepas
tu makan dekat Spice Garden dalam previous entry. Ko tengok la perangai I,
bendi pon boleh teringin. HAHAHAHA.
JR Curry is located at First World Hotel, Level 2.
Ala, naik je escalator 1 tingkat, straight sebelah casino depan dengan Kenny
Rogers. So, better makan dekat sini dari makan Fast Foods sebab dekat sini
harga dia is mampu milik. Ok? Semoga entry ni dapat memberi panduan kepada anda
semua yang teringin nak pergi Genting Highland tapi with limited budget sebab
takot makan mahal. Bagi I sendiri, I rasa memang mahal jugak la tapi nak buat
macam mana. Kita terpaksa makan untuk meneruskan kehidupan. Lagi satu, tau kan
Surprise Egg tu? Dekat KL RM4.50, dekat sini jadik RM9.00 satu. OMG rasa macam
nak maki je. Eeeeee geram la! Naseb la Shein tak berapa nak sangat sebab bizi
nak main dengan Efifen (Elephant Merry Go Round) Tu nanti I share dalam next
entry. Ok? Okbye!
-eNd-
1 comment:
Kak su, memang belakang tu 1 sen eh? ke seposen?
Post a Comment