Tuesday, March 21, 2017

Cantik Ke Idok?

Assalamualaikum..

Menjawab pertanyaan peminat-peminat Siti Nohaliza yang tanya kat mana beli dull satin bawal yang cantik lepas tu kenapa kalau pakai tu nampak molek je terletak? Jawapan : Sebab material dull satin bawal yang I pakai ni heavy so memang jatuh terletak tapi tak pekak. So serkop takyah la pakai keluarkan telinga macam orang Cambodia jual kain. Hahahaha. Lepas tu dull satin dia ni kain Jakel mari haaaa. Jadiknya kualiti thorbaik dari ladang, nampak mahal serta kaler dia dull so takde la merelip kwikel-kwikel likerkar (Bak kata Shein). I ada banyak kaler, probably more than 20 helai sebab bila Boss @be_anggungscarves upload dalm WhatsApp Group yang kaler baru dalam 10 helai I take all because I kenot decide so yeah ambik semua je senang. Tapi dalam pada ambik semuaaaaa tu ada jugak tu degil baju yang tak boleh nak match kaler tudung? Berani dia? Lepas tu dalam group Gila Tudung Bawal, memang kalau sekali beli takde 2-3 helai, semua sorang 10. Syikin la ketua sebab dia sekali ambik 20 helai sekaligus. Nak buat arked tudung ke apa? Hahaha. Tapi now Syikin dah insaf, kata dia ‘Aku nak slow la Maksu. Tak kerja tapi asyik shopping je. Mana boleh jadik’. Dia kata laaaaaa. Hahahaha. Ada yang kata insaf dan segan nak share dalam group, tapi sebenarnya PM tepi tetap beli Arzu je dah 10 helai. Nama terpaksa dirahsiakan sebab rupanya blog ni suami—suami ahli Gila Tudung Bawal also baca.



Cecece. Kasik chance I berangan. Yang ni kaler maroon. Dalam pada dah banyak kaler tapi rupanya dark blue takde.


Harga murah je. RM25.00 sehelai. Tapi kata kalau beli 10 helai, sehelai jadik RM19.00 je tau? Harga exclude postage. Nak COD boleh area Key Ell sahaja. Pos also boleh tapi different charge ok? Kalau korang tak suka bawal tapi nak shawl also boleh. Untuk Shawl harga is RM35.00, Chiffon Shawl RM25.00, Bawal Pucci RM29.00 sehelai. Jahit tepi jenis jahit tepi biasa. Kataaaaaaaaa la nak baby seam (mengada-ngada) also boleh but harga lain la. Dia akan jadik tambah singget dua macam tu la. Kaler nak boleh request. Sesuai untuk bridesmaid, nak masuk nasyid so kaler tudung kena sama, nak pakai masa hari raya sebab nak sedondon atau untuk BFF yang nak pakai tudung kaler sama sempena birthday atau saja poyo konon best la pakai sedondon. Semua boleh bawak bincang dengan boss be_anggunscarves. Ok?


Pakai pon ada banyak jenis. I suka pakai macam ni je. 


Dedua from be_anggunscarves tapi lain warna ni. Kaklong punya tu warna peachcock and I punya Peachcake. *Nama warna I reka. Lulz


Eeee debabnya anak hang ni Apit and Ira. Dah la mau je sapa pegang. Tapi Shein pulak menjeles. Hahaha. Yang ni baju Owl Nora Danish. PS Marsha belikan. Tudung kaler apa tu?


Ko dah kenapa? Ni kaler apa Atinten?


All tudung by be_anggunscarves accept Izzy. Dia je tak pakai. Remove dari group baru tau. Dah la bersusah payah dulu nak masuk. Hahaha.


Ni kaler apa ni? Peachcock?


All-time favorite and paling cepat buruks. Hitam.


Yang ni kaler apa ni? Semua taktau susahla nak meniaga.

Lawa ke tak? Kalau lawa and berminat boleh WhatsApp Ladyboss be_anggunscarves merangkap tukang potong, tukang packing, tukang hantar, tukang ambik order semua dialah. Jenis gila kuasa. Hahahaha. WhatsApp terus pada Atin (019-7521817) ok? Dia ni seorang yang baik dan lurus so I harap sangat semua orang jangan nak buli dia lebih-lebih. Kang nanti korang mintak RM15.00 sehelai kalau I tau siap korang. I no fwen ok? Selamat bercantik semua! Nak tengok gambar orang lain pakai pesen lain selain pakai selamat macam ni boleh check out dekat IG @be_anggunscarves ok? I tengok Marsha pakai nampak serkop lawa je. Cuba I pakai tengok? Dah macam original people. Hahaha.

-eNd-

3 comments:

Juls Julie80 said...

cantik2 semua kaler..tp akak x bleh pakai satin sbb nnt dtg hantu laut mengamuk sbb tudung x centre la..senget benget la..licin la... bertabah la bershawl biasa or berbawal jer..kekeke

Chooyaya! said...

juls Julie80 : Akak, su dulu macam tu la. memang taknak cuba pakai tudung lain selain dari yang dah selesa pakai. ada satu masa su pakai entah hape2. lepas tu pakai inner keras. lama jugak la. pakai dengan shawl chiffon. lelama cuba pakai shawl tp takde inner and now pakai bawal pulak. start dengan cotton and now pakai dull satin. cuba dulu ok? yang ni material dia senang giler nak bentuk.

Haizan Qaseh said...

Terus rasa nak order sebab jenis tak pekak dan tak.payah selak serkop mcm org cambodia hahahaha..tq kaksu..i nak beli
K

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...