Assalamualaikum..
Haritu I ada pergi ke Fikcles sebab nak jumpa
dengan kawan Shariffah nama Miss Lola Anna Fira untuk ambik baju. Baju ala-ala
British India yang macam kurung kedah tapi takde kocek. Boleh pakai dengan
jeans, palazzo and kain tu. Jenis senang sebab sarung je, lepas tu pakai rantai
besar daaaaah Siti Nohaliza. I sukaaaa la baju macam ni sebab multifunction. Nak
pakai pergi office pon boleh, kenduri pon boleh, jenjalan pon boleh. Paling
sesuai nak pakai masa Open House punya season. Pakai dengan Palazo also look
decent la. Baju macam ni kalau makan banyak pon InsyaAllah selamat sebab dia
akan cover perut buncit lepas bedal lemang sebatang. Kah kah kah. Miss Anna pon
ada buat banyak jenis kain. Ada Cotton Prada, Lace, Opal Chiffon, Cotton Embroidery and many more.
Actually I pon tak ingat apa jenis kain dia ada. Hahaha. Yang Cotton murah je, starting
price RM55.00 sehelai. I dah ada a few colors dah. Bahaya kalau Miss Anna
datang bawak bag dia tu, nanti semua nak rembat. Korang boleh tengok dekat FB
Page The Trove. Tapi situ tak banyak pon dia update sebab baju dia ni macam
goreng pisang panas. Sekali keluar, tak sempat masuk FB dah gone. Jahitan dia
kemas, kain pon berkualiti and nampak ‘mahal’. I masa memula tengok tak percaya
harga RM55.00 je. Kata Miss Anna, dia start buat ni sebab susah nak carik yang
berkenan dihati. Lepas tu dia buat sendiri la. Miss Anna ni, dia la boss, dia
la QC dialah dispatch. Semua dia buat. Gila kuasa betul. Hahaha.
Cantik kan? Simple je. Pakai dengan necklace. Purrfect!
Apa
nak panggil baju ni? Cotton Top eh? Ada memacam color. Memang rambang mata nak
pilih. For cotton, harga RM55.00 sahaja sehelai. Murah kan?
More colors. Selling fast you alls. Kalau nak tau stock terkini kena check dengan Princess Anna ok?
Sesambil borak, kitorang pon makan la. Serancak bercerita, serancak tu jugaklah makanan gone. I tanya Miss Anna, mananyaaaaaa gambar orang pakai? Dia cakap guna gambar Shariffah jer la. Dia tak sempat nak buat photo shot. Lepas tu I dah pesan, buat la Instagram. Nanti sapa pakai, dia masukkan dalam Instagram dapat la promote jugak. Kata Miss Anna, dia dah try jadik model but Ya Rabbiiiii. kalah Kate Moss. Tu yang dia malas tu. Hahahaha. Masa kitorang jumpa tu, air kosong je segelen habes dekat kitorang. Banyak sangat cakap, cenggitulah. Air liur cepat kering. Jom layan gambar makanan pulak.
Lontong
Goreng Fikcles
Yang
ni pulak Salted Egg Wrap. A must order thing kalau datang Fikcles
Last
but not least, Green tea Frap. Pon sedap!
Baju-baju Miss Anna ni under label The Trove. Packaging pon cantik siap ada reben and label
hand-writing. Nampak sangat Miss Anna ni very particular dengan barang yang dia
jual. Next batch dia dah bagi I warna-warna yang bakal keluar. I menyirap je tengok.
If korang nak order, boleh terus Call/WhatsApp Miss Anna Fira dekat 019-3830282
but expect late reply sebab Miss Anna ni jenis busy all the time. I seronok
dengar dia cerita pasal dia and Mak dia. Gaduh-baik-gaduh-baik and pasal Mak
dia punya travel experience over Europe dengan kawan baik dia. Kata Miss Anna
Mak dia kuat bebel. Kalau campak Mak dia dalam perigi lama yang ada hantu pon, nanti hantu tu yang keluar sebab tak tahan dengan Mak dia. Hahahahaha. I suka borak dengan dia. Semua cerita
jadik kelakar walaupon cerita serious. Sesambil borak, tak sedar makanan atas
meja semua gone. I pon dah lama rindu nak makan Lontong Goreng dekat Fikcles.
Sedapnyaaaaaaaaaaa!! Memang takkan lagi ada mana-mana tempat yang buat Lontong
Goreng sesedap dekat Fikcles ni. Best la meeting ni. Makan sedap pon dapat, baju cantik pon dapat. Woot woot!
-eNd-
2 comments:
kaksu.. dyba pun suka jugak baju2 mcm ni..
tapi ada size dyba x? hahha
dyba dbuh : size dyba kena custome made la. kaksu try tanya tauke dia boleh tak buat kecik terus. deh?
Post a Comment