Assalamualaikum…
Happy Birthday Papa Bubu! Selagi tak habes birthday
celebration dia hahaha. Tuan punya badan cool je time birthday dia. Yang bini
dia kemain excited. No 2 excited Shein. Pantang orang nyanyi birthday song, dia
malu-malu ko dah kenapa Shein? Semoga nanti Shein paham yang birthday hanya
disambut setahun sekali dan bukan setiap kali ada kek maksudnya happy
birthdaaaaaay to you. Ok Shein? On Thursday masa birthday Sazli tu, I dengan
dia dah spend time sama-sama makan, movie and jalan-jalan KLCC yang parking
kena RM30.00 tu (I tak puas hati grrrrrr) baca dekat sini, lepas tu esoknya I
dengan Shariffah arrange simple birthday dinner dekat Bake O’Cake ‘kita-kita
ajer’ untuk Sazli. Asalnya I plan nak invite Mr Lee sekeluarga tapi Mr Lee
pulak takde dekat KL. Lepas tu ajak Kaklong tapi Kaklong pulak balik Jengka.
Yang ada Ayang and Eddy je so jadiklah…. Tak ramai takper yang penting ada
belon and cake lepas tu makan sedap. Haha. I cakap kat Shariffah, ‘Ala sikitnya orang..’ Kata Shariffah
takper, nanti ada Mr Jehad and Mr Omar (owner Bake O’Cake) kita ajak la join
sekali so nampak la ramai. Hahahaha. Saja je mengada cakap macam tu sebab
memang dinner ni kita buat untuk Sazli dengan BBI buddy je. Tu pon cakap pada
Sazli nak makan-makan sebab Mr Omar nak treat sempena I promote Bake O’Cake
last week. Sazli tak suka surprise-surprise ni. Dia segan. Macam I, kalau takde
surprise I merajuk. Beza sungguh perangai laki bini. Hehe. So masa jumaat
Shariffah arrange tempat and I beli balloons and party pack. Balloons beli
dekat Ballons Buzz Party Centre – Pavilion. RM4.50 satu siap masuk helium gas
and treatment untuk kasik balloons tahan 48 jam. Kalau takde treatment satu
RM3.50 je. Memandangkan I datang tengahari and nak belon tahan sampai malam so
letak la treatment tu.
Red Velvet Cake by Bake O'Cake (Thank you), candle beli dekat Balloon Buzz. Happy 35th birthday Papa! Tengok Si Shein, kemain melebar senyum. Dia ingat dia dapat makan cake tu? Hahaha.
Shariffah cakap dia excited sangat nak tunggu malam. Asyik ulang balik ke Bake O'Cake just to makesure semua ok. Thank you hun! Petang tu balik dari kerja I hantar belon and party pack lepas tu sempat pergi salon. Every Friday balik kerja memang I suka pergi salon cuci rambut dekat Lavina's. Memang routine macam tu. Saja jer la kasik self reward and buat as routine. Seronok bila ada something yang kita looking forward every week. I cakap pada Shariffah dinner at 8.30pm la so tak rushing sangat nak Maghrib and mandi bersiap semua. Nasib la Bake O'Cake pon dekat dengan rumah I so takde la takes time nak sampai sini. Masa dalam kereta Sazli tanya, 'Takde apapa kan Mama?' I cakap takde. Elok parking nampak dekat entrance macam ada birthday arrangement siap ada helium balloons warna hitam. Lawa jugak. I cakap pada Sazli, nampak tu ada belon 25 tahun, maksudnya bukan untuk dia la. Hahaha. Sekali bila dia masuk dalam, depan cake counter ada arrangement for him maka Sazli pon tersentuh and bergenang la air mata. My rockstar ni jiwanya lembut. Dia baik hati sebab tu apa pon yang orang buat untuk dia, dia really appreciate.
Cantik kan deco macam ni walaupon simple. Cost semua ni tak sampai RM70.00 pon.
Table arrangement. Tu nampak Rayyann punya water bottle everywhere. Hahahaha.
Sebab tak boleh nak decide belon warna apa, I campur jadik warna-warni. Next time kalau nak cantik buat 1 or 2 colors je ok?
Tu dalam kotak hijau is hadiah from Mr David, Ms Shariffah and Rayyann.
I pilih belon ada corak macam ni. Memula nak pilih corak harimau, lepas tu nak kosong tapi end up ambik yang ni. Biasa lah I, tak boleh nak decide.
Our brother and sister from different Parent. Kata Sazli, seronok kenal dengan Mr David and Shariffah. Terasa la macam ada Abang dan Kakak for him. Thank you Mr D and Ms Shariffah sebab always baik dengan kitorang and sometime ada la a bit over protective especially to Shein hahahahha. Tapi tu tandanya sayang.... Shariffah pon cakap, tak kisah la apa I nak fikir or marah kalau dia tanya macam-macam especially pasal Shein, dia tak kisah. Sebab dia care and anggap kami macam dia punya own family. Kalau I marah pon she won't stop asking haha. Semoga jodoh kita panjang and sampai la bila-bila. InsyaAllah...
Yang tengah tu is one of the owner. Mr Jehad. Yang lain-lain tak payah kenalkan pon takpe. Semua orang dah kenal pon.
Rayyan and Shein. Kejap baik, kejap gaduh. Kejap yang besar merajuk, kejap yang kecik tarik muka. Tapi most of the time merajuk tak lama. less than 2 minutes. Lepas tu baik semula. I suka Bake O Cake ni sebab dekat belakang tu ada tempat yang luas untuk lari-lari and gated. Maksudnya bebudak tak boleh keluar so selamat. Bebudak ni kekadang cepat boring nak main kejar-kejar so dekat sini best la. Main nyorok-nyorok pon boleh.
While Sazli take 5 ambik 'oksigen' sebab terkejut ada arrangement untuk dia, kita kasi chance emaknya si Shein berangan. Thank God harini rambut tak Rosmah Maaaancur. Hahaha.
Subang tu Si Shae yang bagi masa ANNESURAYA x KAAY Cosmetics Makeup Workshop. Boleh pakai sekejap je sebab lepas tu I gatal. Kata Sazli mengada. Sesuka hati je. I memang tak boleh pakai yang bukan emas atau yang besi-besi. Nanti berpeluh habes gatal-gatal.
Dari Kiri : Eddy my best friend sekolah now become anak saudara and call me Makcik (I kenot accept this), kawan Mr Jehad (The Owner), Mr Jehad, Sazli, Mr Omar (The Owner) and Mr David. Depan is Rayyan and Mr Shein Iskandar. Eddy kenapa pendek? Haha.
Eddy and Kakyang mewakili Group WhatsApp 'Anak cucu Sulatin'. Untung ko Eddy, ada Makcik hot. Kah kah kah.
Ok now jom check out apa yang kitorang makan masa malam tu. Order ala-carte sebab tak ramai pon. Let say nanti korang nak buat birthday party dekat sini, boleh la arrange untuk Bake O'Cake catering. Makan tu tak kisah la nak heavy or finger foods. Deco, cake semua Bake O'Cake boleh buatkan. I sangat rekemen korang untuk buat Birthday, Baby Shower, Bridal Shower or reunion ke dekat sini sebab 1) Selesa untuk semua termasuk kids 2) Sejuk 3) Convenience 4) Makan sedap 5) They got their own class. Makanan semua pon sedap. SEMUA. I pernah try local foods, middle east foods, western foods. Semua sedap and now dorang dah ada Coffee pulak yang ala-ala Coffee beans tu. So Coffee Lover pon boleh lepak sini. Cake semua pon ada, roti pon ada. Bake O;Cake ni dah macam one stop food centre dah.
Spaghetti Aglio E Olio - RM18.00
Pesto Chicken Spaghetti - RM29.50
Korang kena try ni. One of the best Pesto Chicken Spaghetti yang I pernah try.
Grilled Chicken Caesar Salad. RM22.00
TO DIE FOR. Beef Stroganoff Pasta. RM25.00
I mintak extra gravy. Ni takde dalam menu lagi so if korang datang, mintak je yang ni ok? Seriously Delicious pon and memang dah tapau habes la kesedapan spaghetti dekat Delicious. I kasik sejuta bintang. Well, tengok gambar pon dah tau kan sedap?
Yang ni Sazli order. Sous Vide Salmon RM45.00. Poooooooooooooooooooon sedap hoi! Dorang masak perfect! Salmon ni sebenarnya masak macam mana pon sedap tapi yang ni sedap lain macam.
For Shein. Nasi Goreng Cina. RM13.00 siap ada selambak salad and ayam. No MSG No Soy Sos pooon tetap sedap.
Spicy Beef Salad. RM18.00
Chili Spaghetti 3 Way. RM28.50. Lebih kurang macam spaghetti bolognese tapi Bake O"Cake mesti buat lebih sedap and special for their pasta.
Alahai sedapnya lah Banana Milkshake ni (RM17.00). Ada a few jenis lagi and nanti I nak try yang lain pulak.
Tengah makan tetiba lampu padam. I am so lampi (lambat pick up) to not realized yang dorang akan bawak cake and nyanyi birthday song to Sazli. Masa gelap tu I macam confuse, dah kenapa gelap ni pulak? Hahahahaha.
Delicious Birthday Cake for my man.
Happy Birthday Sayang Papa. Dah 35 tahun dah. Semoga lebih sabar lagi dengan Shein (and Mama). Papa memang dah baik. Just keep it that way ok Papa? My husband is my best friend and my everything. Dia tak romentik pooooon tapi takpe la janji dia paham I and support I and selalu jadik I punya no 1 penyokong. Kekadang ada jugak tak puas hati dengan dia. Usually pasal menda-menda bodoh je macam 'Kenapa asyik naik kereta Mama?' Hahahahahha.
Cantiknya hand writing Mr David. Macam tulisan dalam card.
Sebelah tu tulisan Rayyan.
Sazli terharu la dapat hadiah ni. Dorang bagi Sejadah dari Turki. Cantik sangat! Balik tu Sazli terus solat guna sejadah tu. Dia sangat appreciate pemberian Mr David sekeluarga. I pon masa Sazli dapat card tu and I baca rasa seketul dalam tekak. Macam ada batu tersekat. Hahaha. Tak sangka ada orang sayang kita macam keluarga sendiri.
My Sister and I love her. Kekadang ada la tak puas hati jugak usually sebab miscommunication hahahaha tapi tak lama. Lepas 2 3 jam whatsApp balik tanya 'Makan apa hari ni?' Lepas tu ok dah. In friendship kalau nak kekal lama 1) Jangan ada sifat iri hati/dengki/take for granted/agenda lain 2) Jangan ada ego. Shariffah takde semua kriteria tu and I tau dia ikhlas and bukan orang jahat. If orang tu tak ikhlas, kita boleh nampak.
Group photo sebelum balik. Ok apa ada 10 orang? Hahahaha. Ya Allah apa keledek sangat muka I? Mata sepet macam tak boleh nak bukak. Dah boleh geng dengan Mr David.
Macam biasalah, kita boleh nampak siapa yang beria dalam kes ni. Hahahaha. Sheinnnnnnnnn kenapa dah besar sangat ni? Dah lebih pinggang Mama dah. You sedar tak yang you tak 4 tahun setengah pon lagi?
Lepas makan, kitorang lepak minum hot water sampai la restaurant tutup. Hahahaha. Lepak dengan Mr Jehad and Mr Omar. Borak-borak pasal restaurant operation and apa lagi yang maybe dorang boleh improvise and buat untuk bagi yang terbaik pada pelanggan. Dorang berdua ni dari Jordan and decide untuk bukak restaurant dekat Malaysia. I pernah cakap kan Mr Omar is Masterchef Jordan? No wonder la makanan dia semua sedap-sedap. Bake O'Cake ni tak sampai pon 3 bulan lagi kalau tak silap I tapi doing really good. I hope dorang dapat kekalkan service yang baik dan kualiti makanan macam sekarang ni... InsyaAllah nanti restaurant ni akan lebih dikenali. I pon malam ni nak datang sana sebab rindu nak makan Beef Stroganoff. Jommmmmm!! Thank you Ms Shariffah for the arrangement and semua yang datang malam ni. On behalf on Sazli, I nak ucap terima kasih banyak-banyak. Birthday boy dan wife dia nampaknya sangat gembira. Tak sabar pulak nak tunggu bulan 10. Eh? Haha.
-eNd-
No comments:
Post a Comment