Assalamualaikum..
Sabtu sampai Isnin kitorang balik Jengka. Cita-cita
I always nak keluar awal dari KL tapi biasalah cita-cita tak semua menjadik
kenyataan. Contoh : Cita-cita nak jadik Pembaca Berita sampai sekarang tak
menjadik kenyataan kah kah kah. Pagi Sabtu tu I kunci dah jam pukul 5.00am
kononnnnnnnnn. Konon kalau concentrate 2 jam buat kerja maka siaplah awal and
dapat la balik awal. Lupa pulak cuti 3 hari ni jalan jem. Biasa kitorang kalau
cuti panjang macam ni, pukul 6.00am dah keluar rumah nak elak jem tapi tetiba
hilang ingatan maka bermasaklah dalam kereta jem dekat MRR2 sampai ke Tol
Gombak dah berapa lama. Keluar pukul 11.00am sampai kampung pukul 2.45pm macam
tu. I half way dah selamat tido sebab anak bujang I romentik. Dia duduk dalam
car seat lepas tu suruh Mama baring atas riba dia. Dia siap letak angan dekat
badan, siap pok-pok lagi. Sesekali dia baring pula katas muka I. Eeee Shein,
nape ni manjakan Mama sangat.. Kata Sazli, ‘Shein
dengan Abah selamat la. Kitorang pakai seatbelt. Mama tak pakai bahaya’. I
cakap, ‘Okla, kalau jadik apapa jumpa I
dekat Syurga la eh? Lepas tu kalau U kawen lain, jangan pulak puji I beria
depan Isteri baru. Kena jaga hati dia. Walau I baik macam mana pun, walau you
rindu I macam mana pon. Kena keep. Jaga hati isteri’. Gittew pesanan I. I
rasa macam tak berapa ikhlas sebab sedih pulak kalau kita mati, laki kita kawen
lain sebab nanti dekat syurga dah tak dapat jumpa. Sobsssss. Sazli tak layan
pon I cakap. I saspek dia sedih. Sekali sebenarnya dia diam sebab malas nak layan.
Hahahahaha. Balik kali ni best la sebab ada Kaklong semua so Shein ada la
kawan. Dia kalau ada Amsyar takde la menyerengak dengan I. Menyerengak paham tak
apa maksud dia?
Hari
Jumaat Shein nak Banana. So I beli la dekat gerai tepi jalan simpan tiga dekat
depan sikit dari SPCA yang menghala ke Taman TAR tu. Dekat situ ada jual mangga
oren and mangga hijau. Subhanallah manisnya lahai. Lagi manis dari mangga Harum
Manis. Bagi I la. Yang Oren sekilo RM14.00, yang hijau RM8.00 macam tu lebih
kurang. Teringat Si Ain share gambar dia makan mangga dengan susu cair so I pon
buat. Improvise sikit sebab biasalah I kan over. Lepas tu Ain tak puas hati
kenapa I punya nampak lagi sedap hahaha. Potong Mangga cube. Dalam bekas
pilihan anda masukkan ais + mangga + susu pekat manis dalam 2 sudu (ikut kemanisan)
and susu cair sampai penuh gelas. Mix well. Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Takyah
blend pon sedap.
Malam tu kata Kaklong, I kena masak. Dia setelkan
pinggan mangkuk Mak. Ok Kaklong. No problem! This time balik rumah macam hazab
sikit sebab Mak renovate sikit dapur buat tempat sinki. Renovatenya sikit,
sepahnya macam nak buat rumah lain. Hahaha. Ada ayam tu sekor, kata Kaklong
suka hati la nak masak apa. Suka hati nak masak apaaaaa?? Jawapannya memang
Ayam Masak Kicap pedas la. Hahaha. I kan hantu kicap? Makan apa semua kena ada
kicap manis. I letak dalam Instastory I punya masakan, tag Fouziah Gous. Lepas
tu dia PM I cakap I berdosa kasik dia terliur. Oooo yang I letak video makan
berdosa, yang dia pergi Jepun makan Sushi sedap-sedap kasik I terliur tak
berdosa la? Hahaha. Rindu pulak Poja. Dah lama tak jumpa dia. Kata Poja, ‘Kau ingat kau artis? Aku call tak jawab,
jumpa pon susah’. Haaaaa baru dia tau. Dia ingat dia je artis? Hahahaha.
Ayam
Masak Kicap Pedas
Yang
ni I buat Rendang Ikan Tenggiri. Ikut resepi yang Kaklong ajar. Nak masak dia
sama je dengan rendang ayam cuma gantikanaayam dengan ikan tenggiri je. Ni request by Mak
Azizah. Dia hint tanya I macam mana resepi nak buat rendang ikan. Cecece. Segan
la tu nak mintak menantu buatkan. Mak baru operate mata so dia tak boleh expose
on haba sebab tu now dia nak makan apa kena panaskan guna microwave je. I pon
suka masakkan untuk dia sebab dia jenis appreciate. I masak apaaaaaaaaaaaaaa
pon sedap. Lagipon I jenis suka puji masakan I sedap. Ain tak puas hati je.
Tapi lantakla. Kenyataannya begitu. Rahsia nak rendang sedap? Api kena slow. Nak masak kena lama. Tu yang bersila masak. I
turunkan dapur ke bawah.
Semalam
Mak Azizah bekalkan Nasi Impit dalam 10 pack kecik tu. I buat la Kuah Lodeh.
Tak cukup bahan pon. Lengkuas takde, ketumbar bijik takde. So I tumbuk bawang
putih, bawang merah, halia dengan udang kering. Tu je. Serai apa semua takde.
Sayur pun letak carrots dengan bunga kobis je. Lepas tu Suhun, Fucuk dengan
kentang. Pooon sedap je. Rasa macam raya pulak. Masa letak dalam Instastory
Kata Kaklong ‘Ok la tu dik, nanti raya ko
dah boleh masak sendiri. Aku pon dah tua’. Hurm… Sedih pulak rasa. Banyak
Kaklong sacrifice jaga adik-adik dia dari kecik sampai la tua bangka ni. Tetap
dia Kakak Sulong yang pikul banyak soal keluarga. I love you Kaklong. Hutang
makan BBap kita setel eh? Hahahah.
Petang
Sabtu masa sampai tu I sempat la nap sekejap lepas tu terjaga sebab BISING.
Yang tua pon bising, yang kanak-kanak pon bising. Tengok dekat luar Si Kaseh,
Shein and Amsyar main getah paip. Si Shein suka la dia dapat main kotor macam
tu. Dia lompat-lompat dalam lecak. Lepas tu masuk ikut pintu depan dengan baju
berlumpur tu. Penat Atok engkau mengemop Shein.
Esoknya
Abang Long bancuh simen, kasik Kaseh dengan Shein simen umah Atok. Tampal kat
mana yang dah berlubang. Abang Long memang jenis macam tu. Apa dia buat, kalau
bebudak sebok nak buat jugak, dia bagi je. Kasik learn and expose. I tak berapa
setuju sikit hahahahhaha.
Cecece
yang gemok tu konon dia Supervisor la?
Petang
Ahad Abang Long and Kaklong melayan Mak pergi Nursery bunga beli pasu and bunga
Melati. Lepas tu beli tanah jugak. Ada dua jenis. Oren and hitam. Entah kenapa
nak kena guna sampai 2 tanah. Yang tu kena belajar kemudian. Masa ni De tanya
Mak. ‘Mak yang Mak semai tu jenis apa?’
Lepas tu Mak jawab ‘Jenis Flower’.
HAHAHAHAHAH. Bengkak tak hati nko De?
Ni
kata Kaklong sejenis ulam. Kata Mak, Idah jiran kitorang selalu la ambik time
nak buat nasi kerabu. Bukan Serai Kayu, Bukan Daun Sekentut jugak. Sapa tau??
Ni
bunga ni pon lawa tapi banyak duri. Warna dia memula merah terang lepas tu
lama-lama akan pudar sikit la. Tapi still cantik. Yang ni Mak tanam letak dalam
pasu besar
Bunga
ni pon cantik jugak. Nampak macam bunga raya. Tapi bukan.
Tengok dekat rumah Mak ni pokok bunga banyak jenis
seronok je. Ada lada kecik, ada kacang oanjang, ada daun kesum gemok-gemok
macam best je. Kata Kaklong, Abang Long pon suka tanam pokok bunga jugak
sekarang ni. Esok rumah dah siap, lepas tu ada tanah sikit dekat belakang I nak
tanam la macam ulam pegaga, lada solok, bendi semua tu. Nanti kalau Sazli nak
makan ulam zaaaaappppp ambik je belakang rumah. Harap masa tu jangan la ada
binatang apapa nak merosakkan tanaman I sebab I jenis emosi lepas tu merajuk +
nanges. Hahahah. Seronok kan kalau bercucuk tanam? OMG dah tuwe betul nampaknya
I ni. Suka pon bercucuk tanam je. Tak lama lagi nak bela ayam pulak. Aje
mampos. Hahahaha.
-eNd-
1 comment:
sedapnya air mangga susu ngan ayam kicap tu
Post a Comment