Assalamualaikum..
Ok. Final entry untuk birthday Sazli. Yang ni
special sikit sebab involve kawan-kawan Perth and Wakdan FC. Actually I blur
taktau nak bagi hadiah apa untuk Sazli selain dari Motor Harley Davidson dengan
BMW 4 Series Sport 2 door sebab takde duit pon (Kah kah kah). Fikir apa menda
yang dia suka eh? PS4 dah bagi last year. PS5 dah keluar ke belum? Kalau dah
keluar boleh belikan PS5 hahaha. Sazli suka Lego tapi I sakit hati pulak kalau
beli Lego sebab yang dia suka harga beribu ko aperhal nak beli Lego mahal-mahal
macam takde faedah kot? So tak payah. I tanya Apai, nak bagi apa untuk Sazli
lepas tu Apai cakap takyah pening kepala la Maksu. Beli je motor scooter Apai.
Kebetuan memang Apai nak jual. E! Menyirap je la Apai ni. Langsung tak membantu
hahahaha. Lepas tu I text Eddie Yusoff tanya dia nak bagi apa untuk Saz. Eddie cakap
Selain PS4 game Fifa17 (Saz dah ada) maybe boleh bagi Lego (Legooooo jugak),
Boot bola Nike Tiempo or Helmet Motor (walaupon motor dia Harley Electric
Scooter je hahahah). I mintak dekat Eddie specific model dengan size. Kata
Eddie Saz pakai size 9.5UK and dia kata En. Ahmad Z is the right person to ask.
So I terus la call En Ahmad Z mintak tolong dia mana nak carik kasut Nike
Tiempo dekat KL ni. Time tu I dekat Pavilion. Kata Nike punya budak, yang ada
kasut bola now dekat Lot 10 je. Nike store dah takde bawah masuk kasut bola.
Daaaaah nak kena menapak pergi ke Lot10 dengan high heels and duit dalam purse
ada RM10 mujur cukup buat beli payung sebab time tu hujan. Walau pon hujan, ku
tahan Jebat. Haha.
Mission
mendapatkan Nike Tiempo berjaya dengan bantuan En Ahmad Z dan surprise dalam
changing room pon berjaya dengan bantuan Zack Galak and Wakdanian team. My
blood is green, my soul is Wakdan. Gitteww. Jom continue baca kisah disebalik
kasut Nike Tiempo Sazli ni.
Nama kedai sukan dekat Lot 10 tu is TFC. TFC ni
yang bawak masuk kasut-kasut sukan yang premium gred ke Malaysia. Satu lagi ada
dekat Pertama Kompleks. Masa sampai sana, I tengok ada warna hijau putih untuk
Nike Tiempo tapi second grade. Yang first grade takde warna hijau. Kata Encik
Ahmad Z, yang hijau putih tu is latest one. Better ambik yang tu. Now
masalahnya ialah size. Dekat sini kalau salah size tak boleh tukar ye? So I
call la Apis tanya dia kot dia tau kasut Saz size apa. Kata Apis, dia tak ingat
tapi dia ingat Saz pernah jual Tiempo dia sepasang dekat Ujang. Kata dia, dia
boleh tanya pada Ujang. Lepas tu kata Apis, Gofur pernah pinjam kasut Sazli.
Maybe boleh tanya Gofur kasut Saz size apa. So I pon call la si Gofur and
explain pada dia yang I nak buat surprise pada Saz so dia kena tolong I bagitau
apa size kasut Sazli. Kata Gofur dia pon lupa Saz pakai size apa. Eeee tak
boleh harap la. Tak lama lepas tu Apis call I cakap dia try dah call Ujang tapi
tak dapat. Nampak usaha gigih Apis disitu. Hahahaha. Kata Apis, jangan beli
second grade sebab bukan leather so membazir je. Tak tahan. Time tu I mintak
TFC call la memana store Nike kot ada yang first grade kaler hijau. Sementara
nak tunggu tu, Gofur call balik and cakap dia dah tau size kasut Saz. I tanya dia
mana dia tau, dia cakap dia call and tanya Saz. **Slap forehead.
Kan ku bilang surpriseeeeeeeeeeeeee? Hahaha. Kata
Si Gofur jangan panic. Dia buat-buat tanya Saz sebab konon dia nak beli dekat
Saz kasut tu. Ok la. Boleh diterima. Walaupon kasut baru pon dia mampu beli 100
pasang tapi takpe. Hahaha. Lepas bertapa dekat sejam dalam TFC, dukacita
dimaklumkan yang kasut tu takde dekat Malaysia now. Size Saz takde. If nak,
kena order direct dekat UK. En Ahmad Z cakap dia boleh uruskan tapi maybe tak
dapat la I nak bagi time birthday di Khamis 20 hb tu. Tak sempat sebab usually
ambik masa 3-4 hari baru sampai Malaysia. So takper la, I redha. Asalkan dapat
pada Saz pon dah syukur. Kata Encik Ahmad Z, Isnin nanti ada bola. Maybe boleh
bagi surprise pada Saz time tu. Good idea En Ahmad Z! Thank you En Ahmad Z for
your help. Nak harap Apai memang takde la. Tak membantu langsung. Si Apis pulak
cakap, ‘Dah tu Apis membantu tak ni
Maksu? Alaaaa tak dapat masuk blog la macam ni’. Hahahah bongok Apis. Dah
la ko gemok sekarang ni dengar cerita?
Kek
I tempah pada Huda. This time I mintak Huda buat Brownies sebab Saz suka
Brownies. I cakap pada Huda buat style Tower la sebab senang nanti tak payah
nak potong-potong. Kaum lelaki ni pepaham jer la. Kerja nak senang je so
Brownies Tower definitely a good idea la. Thank you Baby for this Brownies.
Sedap sangat sangat sangat ok?
Masa hari Isnin tu, I mintak En Ahmad buat surprise
pada Sazli dalam changing room sebelum game start. Kata En Ahmad, dia tolong
ambik cake boleh, orderkan kasut boleh tapi nak surprise kan dia tak berani
sebab dia darah gemuruh. Hahahhahahaha. Comel! So I mintak tolong dengan Zack
Galak. Kata Zack ok dia boleh tolong. Al-hamdulillah….. Now I redha je la takde
gambar ke apa. Sebab tau jer la kan lelaki-lelaki ni dia bukan macam perempuan
beria nak ambik gambar but rezeki I, Alhamdulillah ada Zareef and Ujang tolong
snapkan gambar. Video je yang takde. Masa Sazli call I cakap Thank you bagi dia
kasut and cerita pada I macam mana bebudak ni surprisekan dia dengan tetiba
bawak kek nyanyi ramai-ramai untuk dia, dia terharu. Menitis jugak air mata
rockstar tu. Dia cakap tak sangka sangat dapat kasut. Mana I tau size, kat mana
beli semua. Lepas tu I cakap pada dia kawan-kawan dia yang tolong. Yang tak
boleh harap Apai je. Saz terus gelak. Hahaha. Kata dia, ‘Tu la Mama, kawan-kawan I. Dah macam adik beradik I dah. Susah senang,
suka sedih kami sama-sama’. Daaaaaaah aku pulak yang sebak dekat sini
aperhal????
Thank you Zack Galak tolong jadik Pengerusi surprise. Eddie kemain suka eh? Eddie pon kasik idea suruh beli Lego. Nasib I tak setuju. Haha.
Birthday Boy muka malu-malu ayam je. Hahaha.
Galak. Mohon cover perut sikit. Haha.
En Ahmad Zack, kotak kasut memang takyah balut dengan wrapping paper eh ? Kan hadiah? T__T Hahahaha.
Kata Saz, dia seronok dapat suap sorang-sorang kek. Ambik berkat birthday dia. Cecece.
Ni Fad.
Alololo manja Kid kan? Pang kang!
En Ahmad Zack. Baik sangat dia ni. Suami isteri baik. Thank you Encik Ahmad tolong I belikan kasut Saz. Nak harap Apai memang tak boleh. Dia apa tau? Dah la sos cili pon tak makan. Hahaha.
Gofur. Pembaris sangat dia ni pergi call Saz tanya Saz kasut size pakai size apa. Hahahaha. Kata Saz, dia pon pelik sebenarnya sebab kenapa Popo tetiba call tanya kasut. Takkan la dia nak beli kasut prelove pulak? Hahaha.
Thank you Zareef tolong ambik gambar. Love you. Eh. Hahaha.
Zack Galak. One of Saz punya best friend masa study dekat Perth dulu. Apis, Apai, Katiq pon best friend jugak. Kang tak sebut kang merajuk. Hahahaha.
Ni la hadiah I pada Sazli. Nike Tiempo Legend VI Electro Green. Susah betul kan ko ni nak mendapatkan? E!
Kalau takde Encik Ahmad Z, I rasa memang impossible untuk I beli kasut ni. Mana nak check dekat website entahkan kena ada account semua. Naseb la En Ahmad Zack tolong. I kasik dia upah RM20.00 je. Personal Shopper paling murah abad ini. Hahahahah.
Hope you like it Abah Shein!
Amboi kasut baru bersinar sampai silau!
Happy Birthday Papa. I tanya dia, suka tak? Dia jawab dengan mata yang berkaca-kaca sambil senyum. Tu lah suami I. Paling hargai apa yang orang buat untuk dia. Dunia dan akhirat, you deserve to be happy sebab you baik.
Cecece. Pakai kasut baru la! Tapi macam biasa, game kalah. Kata Sazli, kalah melawan la tapi. Takde la kalah menyerah macam tu je. Hahaha.
WakDan FC, Tapi ramai yang takde. Apis, Apai, Fruz, Khatiq, Zaha, Go, Akai, Sapek, Ajim, Apis Harris, Acap, Azrul, Kale, Ajan, Aserk, Epul. Eh ramai la. Ni kalau dorang ada ni, sure lagi meriah.
I hope Wakdan FC ni akan kekal sampai la bila-bila selagi ada umur, InSyaAllah.
Thank you once again pada semua yang surprise kan Sazli and buat dia happy and special masa hari game bola tu (walaupon kalah macam biasa). Kata Sazli, stamina dah takde dah Mama. Semua dah tuwe-tuwe. Hahahaha. Yerla. Diam tak diam almost 9 tahun jugak dah I kenal bebudak ni semua. Time tu memasing pon ramping tapi sekarang kemain badan masing-masing dah pandai membulat. Actually bola ni la yang merapatkan lagi Sazli and kawan-kawan dia. Rabu lepas main dekat Nu Camp Damansara kalah lagi. I rasa Apai kena balik kerja dekat KL baru menang balik kot? Betul la. Apai setuju tak apa Maksu cakap ni?
-eNd-
No comments:
Post a Comment