Monday, May 8, 2017

Our Weekend and Sambal Tahun

Assalamualaikum..

Hari Sabtu pagi tu, I spend time berdua dengan Shein. Memula beli sarap Nasi Berlauk Air Dingin dekat depan Petronas Ampang. Kata Intan, Petronas rumah I tu semua ada. Kuih raya and makanan semua pon sedap-sedap. Memang pon! I suka beli sambal kentang, kuih cornflakes, nasi lemak and sandwich dia. Semua pon sedap-sedap. Dulu-dulu masa zaman Cupcakes tengah nak naik, dekat Petronas rumah I ni pun ada jual. Mc Donald pon ada, orang jual wiper pon ada. Hahaha.  Pendek kata semua ada la. mak Bapak je yang takde. Belakang tu ada Kayu, RotiBoy and Starbucks. Best kan? Dulu ada Max Value, now dah tutup sebab dekat situ nanti ada highway nak buat so maybe kena roboh ke apa entah. I tak sure. Tapi dulu situ best la sebab nak beli bahan basah or barang dapur sikit-sikit pon boleh. Sebab tu I suka Ampang area rumah I ni. Bagi I area Ampang ni convenient. Lepas beli sarap, sementara nak kill time beli charger handphone and bahan nak buat Sambal Tahun dekat Ampang Point, I pergi cuci kereta dulu dekat Caltex depan tu. Situ memang tempat favorite I nak cuci kereta. RM13.00 dah harga dia. Dulu RM10.00 jer. Maybe sabun and air dah naik harga kah kah kah. Lepas siap cuci kereta baru la I masuk Ampang Point. I cakap pada Shein, ‘Let’s go to Giant. Mama want to buy groceries. You help Mama ok?’ Lepas tu Shein cakap, ‘Ok Mama. Blue Car’. Hahahaha dia memang ingat dekat Ampang Point ni ada booth jual toys. Ni sah jap lagi Mama kena paw ni. Ye sungguh! Siap beli barang semua masa nak turun parking dia tetiba berenti and cakap kuat-kuat sambil jari naik macam warning tu. ‘Mama? Blue Car!’ Lepas tu I cakap ‘Yes Boss!’ terus la Si Sendong gembira. Eeeee mahal la I punya assistant ni. Beli barang RM70.00, upah dia RM45.00 tawwww???


Best la buat marketing dengan Si Shein sebab nanti dia sebok la tunjuk apa yang dia tau. Fish, Carrots, Tomato, Banana semua. Mana yang dia taktau or tak sure dia akan tanya ‘What is this Mama?’ 



Mata melilau je carik apa yang dia suka tapi Si Shein boleh tolerate jugak kekadang. Dia tunjuk Chocolate semua, I cakap ‘Cannot Shein’. Dia akan balas, ‘Why?’ So kena la explain.

Dia tau la semua susu, pampers and all. Sebok tanya macam-macam. I rasa dekat tempat macam ni boleh jugak ajar Shein kenal things. Semalam takde drama apa tapi jenis mana yang dia tau, semua nak letak dalam bakul. Carrots ada la 2 3 kali dia masukkan. Lepas tu bila I cakap ‘No need Shein’, dia tanya ‘But why?’. Eeee banyak pulak soal ko ni. Hahahaha. Masa nak ambik Susu dia, dekat Giant kan dia lock so Shein ketuk cermin and cakap ‘Atetom’ = Assalamualaikum. Konsep dia asal nampak ala-ala pintu, mesti kena ketuk and cakap ‘Assalamualaikum’. Hahahaha. Bila dia dapat apapa dari Giant helper nanti dia cakap, ‘Tachiuu akak’. Hahahahaha. Dekat tempat kerang, seeeeebok jugak dia nak masukkan kerang dalam plastic. Semalam I beli kerang RM9.00 ko sekilo. Boleh tahan mahal. Kalau dekat Aeon Big ada kerang yang dah siap kopek. Semalam takde so gigih la I rebus and kopek lepas tu. Shein macam biasa la menyebok. Sebok semua nak tolong. Dapur rumah tu dah la kecik. Takper nanti kalau rumah kita dah siap, Mama promise you and Mama kita sama-sama cook and baking ok? Dengan syarat I nak ada oven besar, dapur island macam dalam Nigella Bites and boleh buat program masak-memasak sendiri. 


Time ni I cakap pada Shein, ‘Help Mama to find coconut’. Tu meliar je mata dia.

Siap buat marketing and Si Shein dah dapat toy baru la kitorang balik. By this time Abah Shein pon dah bangun. Si Shein makan Laksam Sabtu tu. Setel sebekas. Masa makan Laksam, dia cakap ‘Maktok’. Dia ingat la Maktok dia pernah suap Laksam untuk dia. Laksam tu I beli dekat tempat Nasi Dingin tu. Sebekas RM3.50 je. Murah and sedap. Petang baru I start buat Sambal Tahun. This time happy la sebab dapat Lengkuas Muda dekat Giant Ampang Point. Ada yang komen dekat dalam IG cakap Mak dia buat lagi sedap and kuah lagi pekat. Memang la semua orang dalam dunia ni akan cakap masakan Mak dia lagi sedap kan? Kecik hati I sobssssss. Sambal Tahun ni actually ada banyak version. Ada yang bubuh kulit lembu, tauchoo and many more. I guna resepi Kaklong I bagi. Ada orang letak ikan bilis ada yang tak. Macam I cakap, banyak version. Lengkuas pulak memang kena letak banyak. So jangan pelik. Bila siap masak, memang nampak kuah dia cair. Tapi bila dah perangat makin lama makin pekat. Dulu masa I dekat kampung, jiran I masak macam ada letak kerisik. Yang tu I tak sure. Tapi kalau korang nak resepi I masak ni, boleh tengok dekat sini ok?


Sambal Tahun I maybe tak sedap macam masakan Mak nkorang


Tapi I masak dengan penuh kasih sayang and Sazli cakap sedap. Hehe.

Hari Sabtu tu memang banyak relax dekat rumah je. Best jugak sesekali dapat rehat macam ni dekat rumah. Takde rushing nak keluar and boleh mandi lambat giler. Hahahaha. Petang pukul 5.00pm kot baru la Si Shein take a nap. I pon sama naik. Sazli pergi rumah Bapak. Jaga-jaga rumah gelap je, rupanya dah nak dekat pukul 7.30pm. Maghrib-maghrib dua beranak tido. Sabar ajer la. Malam tu kita layan movie cerita ‘Mine’. Kisah 2 orang askar yang failed mission tembak terrorist and stranded dekat desert and dia tak boleh bergerak selama more than 3 hari sebab kaki dia dah terpijak tin yang dia sangka periuk api. Kawan dia sorang dah mati. Kaki hancur kena periuk api. Dia pulak tak boleh gerak-gerak dengan bantuan lambat sampai, dengan malam kena serang dengan serigala, takde makanan, air tak cukup semua. Sian dia. Time tu mula la dia teringat macam-macam kesilapan dia yang dia pernah buat and betapa dia tak appreciate orang-orang yang dia sayang. Sedih and banyak pengajaran. Macam mana dia sangat-sangat hargai hidup dia. Yang hidup dalam dunia asal ada masalah cakap ‘baik mati’. Mudah benau nak give up. Cuba calm down sikit kalau ada masalah. Ingat balik Emak, Ayah, Anak and orang-orang yang kita sayang. Ok?


Berebut la menyempit dekat Sazli padahal sofa tu besar and banyak lagi ruang lain. Si Shein pulak mana I duduk, situ la dia nak duduk sekali. Sudahnya Abah dia la semput sebab dua badak landing atas perut. Haha.



Ni la cerita tu. Mine tajuk dia. Kalau korang free boleh la tengok. I tengok dekat internet. Dari PS4 masuk TV guna Afdah.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...