Wednesday, May 3, 2017

Kisah Affogato dan Shein

Assalamualaikum..

Shariffah la ni ajar I minum Affogato 2 minggu lepas masa kitorang lepak minum dekat The Loaf Pavilion. Ever since that I dah macam addicted dah sebab hari-hari pon nak. Selepas 2 minggu belasah Affogato hari-hari, baru malam tadi nak gelabah check berapa calories dalam 1 serving Affogato. 250++ cal jugak Ok? Sama dengan setengah pinggan nasik complete dengan segala-mala lauk so semalam lepas dinner dengan Shariffah dekat Bake O’Cake, I finally decide taknak dah ambik Affogato daily but once a week sahaja. First sebab cost (1 gelas RM15.00 – RM17.00) and kedua sebab high on calories. Nak tau kenapa tinggi calories? Sebab Affogato is a mix of Espresso + vanilla ice cream. Usually kalau double shot Espresso kena ambik 2 large scoop of ice-cream so tu yang jadik melampau dia punya sugar. Dah kalau gini pola pemakanan maka sesia la pakai HOC tetiap hari kalau belasah sugar tak ingat. Hahaha. Kata Anny I melampau, biasa Espresso ni Mat Salih je minum sebab strong. Dah la Espresso dekat Le Petite Dotty’s tu double shot. Imagine macam mana dia punya pekat and level pening dia tu kalau ambik alone tapi dia sebab dia campur eskrem (Haagen Dasz pulak tu) memang I suka la. Rasa pahit + lemak manis and masin hujung-hujung dia perrrghhh. Orang lain minum sikit-sikit tapi I takde eh? Godak-godak kasik semua campur lepas tu setel 2 kali hirup. Biasa Nescafe pon I akan pening bila minum kan? Yang ni takde. Ok je. Gembira macam biasa. Takde angin tak lepas dalam badan ke, takde susah tido ke apa. Tido lena macam biasa. Hahahaha. Usually orang tak boleh tido kalau minum coffee pekat kan? I takde. Tido tetap tido dengan nyenyak. InsyaAllah takde masalah. Letak kepala dekat bantal, Shein tepuk-tepuk sikit dah gone. Ooo nak citer. Sekarang kalau nak tido, Shein yang akan pokpok Mama dia. Dia hug lepas tu tepuk-tepuk I and I pon tido. Terbalik like that. SIkit masa lagi, nampaknya I lebih manja dengan Shein dari dia manja dengan I sebab I kan pwincess? Hahahaha.


Ni la dia Affogato penjahat. First time I cuba masa dekat The Loaf. Sedap!! Nampak tak macam mana eskrem vanilla floating tu. Perrrrghhhh G E M O K la.

Sejenis gigih untuk a few days pada I untuk dapat Affogato. I being creative buat sendiri sebab I ingat dekat Dotty’s sebelah office I ni takde. I pergi news.com bawah office, beli eskrem vanilla. Cap ayam takde. Yang ada cap Haagen Dasz je. Satu bekas paling kecik RM10.00 lepas tu pergi pulak beli Espresso dekat Dotty’s RM7.00 so dah jadik RM17.00 T___T. Lepas dua tiga kali datang sana mintak Espresso letak dalam gelas besar (sebab senang nak mix) lama-lama Barista dia tanya I, kenapa tak order je dekat sini? Sini pon ada Affogato tapi nama dia jadik lain la. Amenda entah I tak ingat sebab dia campur either cookies or donut. I cakap I nak campur eskrem. Kata Barista tu ada. RM14.00 je harga.  So I dah rugi RM3.00 selama beberapa hari. Cis! Si Shariffah pulak dah hasut Mr Omar (Bake O’Cake Owner) untuk put Affogato dalam menu and now dorang dah ada Affogato and malam tadi I dah try, S E D A P. Tapi tu last la for this week. I taknak dah hook up dengan Affogato ni sebab not good. Tinggi sangat sugar dia. Pada sesiapa yang nak try, boleh la nanti order. Tak semua coffee shop ada. Kata la kalau dorang takde, korang mintak la Espresso dengan bawak sendiri eskrem dari rumah lepas tu mix la sendiri. Hahaha. Kalau kena halau sebab memandai bawak makanan dari rumah padan muka. I tak terlibat.


Affogato dekat Bake O’Cake




2 large scoop of ice cream + 1 serving Espresso jadiklah Affogato. Nyummmmmm


Ni waktu kitorang dekat The Loaf. Orang dah cakap ‘Girls only’ sekali menyelit je la anak-anak jantan Shariffah and Siti Nohaliza.

Cukup cerita pasal Affogato. Now nak cerita pasal Shein Metayang Mekayang Mama pulak. Semalam masa I balik dari jumpa Shariffah dekat Bake O’Cake memang I harap sangat Shein tak tido lagi. Rinduuuu sangat dengan dia. Bila masuk bilik Shein tegur. Dia cakap ‘Mamaaaaaaa’. Ingat dia nak kata I love you ke apa tapi tanya Amsyar dengan Ibu mana? T___T Hahaha. Sempat la kami tido berpelukan dua orang sampai la Shein lena. I kiss Shein banyak-banyak kali, hug him kuat-kuat and I bisik pada Shein suruh dia jadik anak yang baik, hormat pada Abah dan sayang pada Mama. I sayang Shein sangat…. I nak hidup dengan Shein selama yang boleh selagi Allah izinkan. I harap nanti Shein dapat isteri yang baik, yang hargai dia dan jangan lukakan perasaan dia. Punya sayang pada Shein sampai membawak ke mimpi.


Mohamad Shein Iskandar. Apple of my eyes.

Malam tadi I mimpi tak best. I mimpi I balik kampung dengan Sazli and Shein. Sampai ke kampung Mak takde. I call Mak, lepas tu kata Mak dia pergi Jerantut dengan Abang Long. Maghrib baru balik. So kitorang tak dapat la masuk rumah. Time tu hari dah gelap. Tetiba Sazli ajak I pergi rumah Mak Itam and ronda-ronda naik motor keliling kampung. Kata Sazli tinggal je la Shein sebab tak muat nak naik motor. I cakap I risau sebab Abang Long tak balik lagi. Tapi kata Sazli takper, sebab Mak cakap nak balik dah. Lepas tu boleh eh I dengan Sazli tinggal Shein dekat luar rumah sorang-sorang? Time tu dia tengah happy kejar pepatung. Ronda la I naik motor dengan Sazli. Tetiba Ain whatsApp and dia send video Shein tengah happy kejar pepatung dekat rumah Mak. (Macam mana entah Ain boleh ada dekat Jengka padahal dia duduk Johor). Lepas tu I cakap pada Sazli jom la balik. Sian Shein. Sazli cakap taknak. Nak singgah Balai Polis buat report dulu. Report apa pon I tak sure.

Lepas tu Ain WhatsApp I lagi bagi video Shein dah nanges sebab takot hari dah gelap. I cakap pada Sazli, I nak balik sekarang. I risau Shein. Entah macam mana motor pulak rosak. I jalan kaki. Jauhhhh sangat rasa perjalanan nak sampai rumah. Dekat sampai rumah tu, I tengok rumah gelap maksudnya Mak tak balik lagi. Menggigil badan I, menjerit macam orang gile. I panggil Shein. ‘Shein Sheinnnn!!’ Bila I bukak gate I nampak Shein baring atas Luggage Bag. Tertido dengan berpeluh kepenatan menanges. I kejut dia slow-slow. ‘Shein, shein… Mama ni sayang…’ Shein bukak mata, terus dia hug I kuat-kuat. Subhanallah sedihnya. I cakap pada Shein, I janji tak tinggal dia dah. Lepas tu I nanges teresak-resak sampai la tiba-tiba I terjaga. Rasa dekat pipi ada air mata. I tengok Shein ada dekat sebelah tido comel je terus I hug dia and kiss dia banyak-banyak kali. Ya Allah… Kenapa la bagi I mimpi macam ni. Hilang Shein walau dalam mimpi pon I tak sanggup.


Sebenarnya I bercampur perasaan tu yang bawak ke mimpi. I rindu Shein sangat + baca Mimy Hamid share dekat FB yang dia Fayel hilang dekat Melaka setengah jam dalam mall buat I phobia. Sungguh! I tak boleh imagine macam mana Mimy survive untuk 30 minutes tu. Kalau I, I dah mati kot? Entah la… Kata Mimy, sekelip mata je Fayel hilang. I takot sangat-sangat menda macam ni la. Hilang dekat mall. Terlepas pandang Shein sekejap je pon I dah gelabah. Dah la dekat Malaysia ni macam-macam kes kidnap ada. Tak boleh imagine macam mana Mak boleh tinggal anak dalam gelap sorang-sorang yang dekat Johor tu. Sedang kita duduk dalam gelap pon takot inikan pulak budak. Kes budak kena dera semua tu I tak boleh la. I just can’t. Macam Shein ni kekadang I terfikir jugak. Kata la I mati waktu usia dia kecik macam ni, dia ingat ke I? Rindu ke dia pada I? Tau ke dia banyak mana I sayang dia? Ada ke memory dia dengan I. Sedihnya L Tapi takper la. Kalau jodoh dengan Shein takde sampai dia besar, nanti dia boleh baca blog ni. Nanti dia tau la I sayang dia banyak dunia. Hurm.. Sedih pulak.

Oklah. Bye.

-eNd-

1 comment:

khdjhAdbh12 said...

salam kaksu. mimpi siap ada ain. nampak sangat ain dibuli. dalam mimpi pun dia kena ada. hehe. terbayang lagu meghan trainor.. like im gonna loose you. hehe