Monday, July 10, 2017

Makan Dan Movie Dengan Siti Nohaliza.

Hi Assalamualaikum..

Selamat bekerja kepada semua orang. Saje memula peramah nak wish supaya diri sendiri pon sedar hari ni kerja sebab Ain ni dari drive nak pergi office sampai laaaa sekarang mata bukan main kelat. Menguap dah lapan juta kali. Macam tak boleh terima hakikat kena kerja lepas cuti tiga hari. Lagipon badan penat sebab dari jumaat pergi Melaka-Nilai-KL-Balik semula Johor. Ain drive sorang (alasan). Ni kalau dapat bantal memang sekejap je dah sampai Hongkong. Gempa bumi kat sebalah pon tak dengar dah. Dalam pada mengantuk and malas-malas ayam ni boleh  pulak Siti Nohaliza suruh update blog. Dia ada task menyelamatkan dunia kejap pagi ni. Bila tanya pukul berapa nak update dia reply 'nowwwwww'. Ni pakkal jauh, kalau depan mata memang kecik besar kecik besar je aku tengok dia ni. Hahaha. Hari jumaat lepas jumpa Siti Nohaliza dekat klcc, takde buat apa, makan and lepak tengok movie je. Memang nak rilek-rilek je. Kita tengok spider man walaupon tak minat. Nak tengok wonder women tapi time tak available. So konsep dia tengok jela apa yang ada. Daripada tengok minion baik spider man. Punya lah best tengok movie sampai ada orang terlelap dua kali. Kah kah kah. Lama jugak jumpa this time. Dari pukul 5pm macamtu sampai lah dekat midnite. Plan lagi awal tapi ain stuck dalam jam. Bila kaksu bising lambat sebab dia dah lapar kita jawab je 'siapa suruh duduk KL?' Hahaha. Lepastu masa kat KLCC asyikla cakap 'this is klcc Ain'. Macamkan kita tak pernah pergi. Tau lah tu rumah kedua dia. Geram nak tunjal. Haha.

Ingat bangla je pandai ambik gambar dekat escalator?


Gambar gegar pon takpe, yang penting? (dia jawab kaksu cantik). Hahahaha

So thank you kaksu sebab dapat spend time kejap. Tak lama tapi okla dari takde. Dia mintak satu hari pagi sampai malam. Tapi sorry sebab Ain sampai lambat. Nanti ada rezeki panjang umur jumpa lagi. Thank you belanja makan sedap. Tapi sebab masa tu Ain tak lapar sangat and tak berapa selera sekarang baru teringat. Ciss padan muka. Okla. Nak pergi lunch. Tengok label pon takde yang sesuai so nanti kaksu letak label sendiri ok? Ni kan blog kaksu. Hahaha Bye! 

No comments: