Wednesday, July 26, 2017

Pasal Shein and Pasal Housewife

Assalamualaikum..

Rasa bersalah pulak pagi tadi mandikan Shein tapi dia half sedar sebab time tu dia tengah tido lagi dalam pukul 7.15am. Memula dia kasik je kerjasama bukak baju seluar semua. Dah masuk toilet, tetiba mintak blanket and cakap ‘Mama… Sleep…’ Sambil air mata berjujuran. Alahai…. Sian Shein. Sudahnya lepas mandi, dia dah taknak sambung tido. Yerla sebab dah segar, celah mana nak tido balik? Hahahaha. Cranky la sikit dia. I nak pergi kerja pon dia tak bagi. Suruh masuk balik and ‘Sit here Mama. Stay’. Muka garang lepas tu I kawtim cakap ‘Mama need to go work Shein’. Dah lama baru dia tolak je dengan kaki (sebab dia belunjur kepala belah sana), ‘Mama, Go work now’. Lepas tu I cakap I love you dia geleng kepala and cakap ‘No’. Huwaaaaa sedihnyaaaaaaa. I sebenarnya start nak train Shein bangun awal dari biasa. Mana tau lepas ni masuk sekolah pukul 8.00am pulak ke bila dah 6-7 tahun. Usually dengan Sazli dia bangun around 8-15am – 8.45am macam tu so puas la dia tido. Masuk sekolah pukul 9.00am. Actually kalau dia tak meragam, sekejap je nak siapkan dia. Tak sampai 10 minutes pon. Jadi lama tu kalau dia banyak condition. Nak mandi dengan shark, otomen and dengan drama taknak bukak baju, taknak masuk bilik air segala. Lepas tu nanges guling depan bilik air. Sabar pon kekadang ada level, nak pulak kalau kita nak cepat tu kekadang daaaah kena marah. Sampai office, menyesal marah anak. Fikir balik, kesian jugak pada Sazli nak handle Shein all these while untuk pergi sekolah sebab I at least by 7.30am dah kena keluar rumah. By that time Shein pon tak bangun tido lagi. I pulak tak boleh lewat pergi kerja. Macam Sazli, dia lebih flexible sebab tu Shein pergi sekolah dia yang handle. Syukur sangat-sangat at least dekat part tu ada dah kesenangan kitorang. But each time especially bila Sazli mengadu cakap Shein buat hal (Seminggu sekali at least) I rasa bersalah sebab tak membantu. Padahal I ni Ibu.


Last week masa baru balik dari Aeon Big. Main dekat indoor park dengan Amsyar. Kepenatan dia. Dalam kereta dah tido. BESARNYA ENGKAU SHEIN.


Sampai office, I tanya Dyba. Dia handle Sophie macam mana. Kata Dyba, dia lagilah. Keluar rumah by 7.00am and by 6.30am at least dah kena mandikan Sophie untuk hantar dia sekolah. Lagilah awal. Kata Dyba, memang kesian sebab kekadang Sophie nanges masa mandi. Tapi takde choice. Takkan nak hantar Sophie pergi sekolah tak mandi? Melainkan hantar Nursery tu lain la cerita. Sambil tido pon boleh dukong hantar. Fikir je bab ni, buat I rasa macam nak berenti kerja, handle Shein elok-elok. Mandikan dia, hantar dia pergi sekolah, balik jemput dia. Jadik Housewife… Penat tak penat, ada takde life belakang cerita janji boleh cuba jadik Ibu yang baik tapi nanti macam mana pulak dengan bab lain macam business, financial semua? Kita dah biasa pegang duit sendiri sebab bekerja. Tu pon nak kena fikir. I wonder, macam mana orang lain eh especially yang anak sekolah pagi. Lepas tu balik sekolah sapa jemput. Anak darjah satu, if takde driver and takde maid dekat rumah, sapa nak jaga? In between yang nak pergi KAFA tu, macam mana? Siapa siapkan? Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa stressed! Melainkan la ada driver boleh jemput anak dekat sekolah and dekat rumah ada Maid yang bersifat emak-emak penuh kasih sayang. OMG I tak boleh nak brain tetiba. Sebab tu lah I sangat-sangat respect pada isteri/ibu yang sanggup berhenti kerja untuk handle anak-anak.

Bukan senang ye? Duduk rumah ni kalau dari pagi sampai malam kerja takkan abes. Bangun pagi nak kena siapkan sarap anak and suami pergi kerja/sekolah. Lepas tu siapkan anak ke sekolah. Hantar pergi sekolah. Lepa tu balik rumah, nak kena kemas katil, kemas umah, basuh baju. Tup-tup dah tengahari nak kena sediakan lunch anak pulak. Jemput anak dekat sekolah, lepas tu kasik anak makan. Makesure anak ada rehat sekejap sebelum ke KAFA. Time tu dah 2.30pm. Maybe kena lipat kain pulak. Nap apa tak sempat, lebih-lebih lagi yang ada anak kecik. Lepas tu kena ambik anak balik sekolah. Sediakan pulak dinner. Siap dinner, nak kena kemas dapur. Sebelum tido nak kena kemas apa patut. Baju kerja suami, baju sekolah anak nak kena iron. Maybe jadual sekolah anak pon kena check. Tadi lepas dinner, kena tengok anak punya  kerja sekolah. Time rehat only bila nak tido sahaja. Tu pon esok pagi nak kena bangun awal pulak sebab nak mulakan routine biasa. Tak kira time anak demam or ada kecik yang jenis malam berjaga 2 3 kali.

Siapa kata duduk rumah tak buat apapa and tak penat? I yakin, duduk rumah jadik Suri Rumah Tangga la lagi memenatkan. Dengan tak boleh nak becantik-cantik. Takde kawan. Tak boleh nak bersosial. Kalau kerja, at least dekat office boleh la berkawan. Lunch boleh bersuka ria. Sapa yang jadik Housewife ni memang I respect sangat. Bukan semua orang boleh jadik housewife and sacrifice life untuk memudahkan urusan keluarga. No. Sebab tu bagi I, Housewife la pekerjaan paling hebat dalam dunia dan mulia. Dialah Cikgu, Dialah Doktor dan Dialah segalanya. Sebak I tulis ni…. Rasa macam diri kerdil sangat… Jauh sangat untuk jadik Ibu yang baik untuk Shein. Nak siapkan dia pergi sekolah pon 80% failed.

Sesapa housewife dekat sini, boleh komen and share experience memasing. I love to read. Kita share pengalaman and maybe boleh kongsi tips macam mana nak handle anak/rumahtangga untuk yang bekerja. Eh?

-eNd-

5 comments:

panphila said...

You're not alone. I'm a mother of 4 months old baby. My first child and I cannot brain on how I'm going to raise him since I'm working full time. So far, I can handle sebab I will send him to nursery as early as 6 o'clock. Kalau awal dari tu (because I need to be at work at 6), I have to send him to my parents' house so that they can help me to drive him to nursery. But what about when he's growing up... there must be someone to be there for him - teach him, cook for him, make sure he do all his homeworks, etc. Takut that I cannot be a good mother for him... even though I try.

http://panphila.blogspot.my

aryan azra said...

bila mak yang bekerja ni memang takde pilihan lah su, memang ikut hati nak berenti je keje urus anak sendiri tapi macam tak boleh pulak sebab banyak benda yang nak dibayo, kalau berenti sape nak bayo hahaha.

macam akak ni hari2 bangun pukul 4pagi, baju sekolah anak2 hari ahad tu iron sesiap jadi pagi2 takdelah kalut nak iron baju ke apa. anak pulak jenis nak sarapan ikut pula sedap tekak dorang pagi tu nak makan apa, kalau nasi goreng pagi2 buta akak dah menumbuk cili bawang buat nasi goreng. yang penting pukul 6.30pagi tu semua kena siap anak2 pun dah mandi, van sekolah datang 6.50, lepas tu kena hantar anak ke tadika pulak, bekejar dari telok panglima nak ke shah alam masuk kerja pukul 8.

untuk anak yang sekolah rendah tu memang akak letak dekat transit je di rumah jiran, balik sekolah van hantar ke transit, untuk sekolah petang memang pengasuh transitlah yang uruskan, ikutkan kesian dekat anak kecik2 dah kena berdikari tapi itulah nak buat macammana maknye bekerja, yang tadika pula memang akak hantar dan ambik sebab transit di tadika terus sampai petang.

paling penting pagi2 tu kena jaga mood anaklah kalau mood baik hari kita pun, baik kalau mood dorang kacau kita pun jadi kacau mulalah maknye ni pun bertukar menjadi naga disubuh yang hening tu hahaah..apapun mak ni jiwa kena kentallah bila dengan anak2 ni kan. Akak tahun depan nak kena uruskan 3 orang anak untuk ke sekolah, bertabahlah kita mak2 yang berkerja ni.

apapun memang tabik dekat surirumah sepenuh masa tu mereka lagi hebat.. ok lah su pestime komen nih dah jadi macam entri akak pulak hahaha..

Raisah @ echah said...

Hi Kak Sue...saya anak 4. pagi-pagi memang saya mandikan semua anak untuk ke nursery (umur 7 bulan dan 2 tahun). lagi 2 anak mandi sendiri (umur 6 tahun dan 8 tahun). yang 8 tahun husband hantarkan ke sekolah agama pagi, masuk jam 7.30am. tengahari minta van ambilkan dan hantar ke transit. dia mandi dan bersiap di transit, van datang jemput ke sekolah kebangsaan pulak. yang umur 6, 2, dan 7 bulan full day kat tadika dan taska masing-masing. memang hati risau, especially yang sulung sebab kecik lagi dah kena bawak diri, pikul beg berat lagi. tapi nak buat macam mana..kita kena kerja. saya pernah berhenti kerja untuk 4 bulan tahun lepas, memang lagi busy. macam kak su cakap, kerja non stop dari bukak mata sampai pejam mata balik. tapi puas dapat uruskan semua sendiri...harap dapat pencen awal... :)

anyra said...

Kaksu ni, suka bagi sebak2 ni tau. ���� Memang pun penat kaksu. Lepas deliver yg no 4 ni decided nk resign for good sbb xnk anta nursery plus yg sulung dh sekolah & also nk bfeed 2 yrs. So yah its been 5month since then. Penat mmg penat, bgun pagi siapkan kakak then hantar school balik kena sesiap lunch, maklumlah org bfeed ni sentiasa lapar xmakan nanti masuk angin anak kena tempias. Lepas masak kena mandikan yg 3 org lagi ni. Siapkan dorg dh kena dduk 1hour or so nk menyusu. Sementara yg lagi 2 tu mkn or susu jgk. Lepas susu kena kemas segala periuk belanga td. Pastu tgk kain x belipat dduk melipat pulak. Pastu laundry 1 session. While waiting sapu rumah, lap apa yg patut. Dah tghari, sidai kain xdan duduk dh kena ambek kakak dr school. Balik school mandi then makan lunch, myusu yg kecik kul 2 bg dorg settle down for evening nap time.
Sunyi jap la rumah tp yg kecik tu kdg2 nyusu lama. Mlm kena ready dinner pastu check homework plak. 930'sharp dipersilakan puteri putera sekalian ready for bed. Selagi x tdo mommy x boleh tdo eventho mata dah layu.

Xde kawan dah kaksu, dulu officemate pun jarang dah contact. No social life, no day off, no mc, el, al whatsoever. Kita sakit pun kena kerja. Kerja xpernah hbs, kdg nk gi toilet pun cecepat, nk mkn kena rushing. Xdan nk melawa dah. Dulu at least pegi office boleh lagi vogue2, skrg x merasa dah.

Dah biasa pegang duit sendiri, ada gaji so nk beli pape pun xkesah. Skrg kena jimat,nk beli smtg kena pk 80 kali tu pun selalunya mmg xjadi beli.

My life revolves around My kids, xde benda yg menarik melainkan abt them.. pasal diri sendiri dh xde story haha..

Tapi lega sket sebab anak2 depan mata, skrg ni apa2 semua mommy. Dulu dorg rapat dgn opah dia. Kecewa jgk lah bcuz u r the mum kan.
In shaa Allah there will be rewards.
Kejap je ni nanti depa besaq semua pakat buat hal sendiri.
Mommy alone kembali

nisha zainudin said...

Hi Kaksu.. Saya bukan fulltime housewife, tapi rasa nak share jugak pengalaman saya harini

Waktu kerja 8am to 5pm, anak baru sorang umur 2 tahun dan 100% sy yg uruskan. Luckily mak sendiri offer nak jaga anak.. Cuma jarak antara rumah sy dgn rumah mak ambik masa setengah jam atau paling cepat 20 mins utk sampai. So nak tak nak, by 6.30am dah kena keluar rumah. Angkat anak tengah tido. Sampai rumah mak, blh relax sekejap sebelum keluar balik gi office.

Balik kerja 5pm, pusing balik ambik anak.. Setengah jam utk sampai rumah mak dari office (sbb jalan jem), setengah jam lagi utk sampai ke rumah sendiri lepas dah ambik anak.

Once sampai rumah, kemas rumah, lipat baju, iron baju, masak.. In between buat semua tu sambil melayan anak nak itu ini.. By 10pm semua dah settle, baru blh mandi balik dan relax depan tv atau terus tido (mostly tido la). Itu pun anak still bangun mintak susu masa tengah tido. All by me..

How lucky kaksu dpt husband yg sangat2 membantu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...