Monday, July 17, 2017

Weekend With Family

Assalamualaikum..

Mak ada dekat KL since hari Khamis. Kaklong admitted on Rabu, Khamis tu terus dia datang KL. Happy la bila dapat spend time dengan GF tersayang tapi at the same time, risau pulak sebab Kaklong tak sihat. Now Kaklong kena go for endoscopy untuk check if ada apapa masalah dalam perut dia and lepas tu on medication for one month. If lepas tu white blood count still tak naik, dia kena go for ambik air tulang belakang la pulak. Hopefully nothing serious. ‘Ya Allah, kau berikanlah kesihatan kepada Suzalina Sulatin dan sembuhkanlah dia dari sebarang penyakit berbahaya, Amin’. Korang aminkan tau? Mana tau Allah makbulkan doa dari 10k readers I kali ni. I mintak tolong korang doakan Kaklong I. Mohon Allah dengar permintaan kita… Now Kaklong ok cuma biasalah kalau duduk ward, mental pon sure tak berapa nak kuat. Dia tak lalu nak makan. Tanya apa pon taknak. Tanya nak duit pon dia kata ‘Takperlah, taknak. Ada banyak lagi’. Hahahaha. Sempat lagi kan Kaklong ni nak belagak? Taknak kalah tu. Geram jer. Now Mak ada dekat KL lagi. 3D2N kita check in dekat Hotel Putra sebab Kaklong tak dapat single room. Ni dah dapat single room, Mak teman dia dekat hospital lah. How I wish I can be there with them 24/7 tapi ada tanggungjawab pada anak dan keluarga jugak. 2 malam tido dengan Mak dekat hotel I bawak Shein sebab dia nak main dengan Amsyar, so Sazli takde. Rasa sunyi pulak. Kata Sazli, dia pon sama. Kitorang ni kalau dah depan mata gaduh je. Manjang tak puas hati. Dah jauh, mula lah rindu. Kata Sazli, dia balik umah rasa empty je Mama and Shein takde. Tapi bila balik dia semak. Hahahahah. Yerla Shein tu manjang cerita dia je nak tengok. I ni dah lama tak tengok Nigella and Grey’s Anatomy season lepas-lepas yang I rakam tu. 


Hari Khamis, sementara Kaklong berehat tido, I dengan Kanyai (kata Shein Kanyai) bawak Mak pergi Aeon Big Wangsa Maju kata dia nak beli seluar, lepas tu makan-makan dekat Octopus Wangsa Walk. Mak makan Nasi Goreng Tomyam. Kemain suap menyuap. Dah tu I macam mana?


Mak memang suka beli baju dekat Aeon Big. Sini senang sebab dah beli, boleh potong terus dekat tingkat bawah tu (dia kan pendek, seluar confirm kena potong). Sementara tunggu alter seluar, boleh la urut kaki dekat Manjakaki. Situ memang favorite Mak. Urut kaki and belakang satu jam RM55.00 harga. I suka Manjakaki ni sebab urut dia best and harga pon ok. Dekat Ampang Point pon ada jugak. Siap urusan dekat Aeon Big, kitorang ke Wangsa Walk. I pon ada jugak survey baju nak pakai time Raya Haji. Melampau kan? Syawal tak abes lagi dan nak cari baju untuk raya haji. Tahun ni I berazam nak pakai baju baru di raya haji sekali dengan Shein dengan Sazli. Hahahaha.


Ada Kakyang I relax sikit la sebab dia drive. Kakyang drive cekap. Kata Mak, naseb dia tak pandai bawak kereta. Kalau pandai bawak motor pon, dia dah lesap ke Tongkiat. Kalau pandai bawak kereta memang kerap la datang KL. Hahaha. Dulu dia ada belajar, lepas tu Arwah Ayah bahan dia cakap dia bawak motor keras, terus dia kecik hati taknak dah bawak motor sampai kesudah. Lama benar kecik hati. Membawak ke syurga eh Mak? Sebab Ayah pon dah meninggal.

Dari Jumaat sampai Ahad, I check-in kan De, Amsyar dengan Mak dekat Hotel Putra sebelah Pusrawi tu sebab Kaklong tak dapat Single Room lagi + senang Mak ada dekat sana nak spend time dengan Kaklong. At least ada bilik, De pon boleh la rehat and Kaklong pon boleh rehat. Kita ni kalau tak sihat, lepas tu ada orang melawat kekadang nak tido pon tak sampai hati. Sebab tu konsep melawat ni kena betul especially melawat orang yang sakit tenat atau baru lepas bersalin. They need rest. Macam Bapak, dia kalau melawat sesiapa pon paling lama 20 minutes. Betul la konsep tu. Melainkan kalau yang tukang sakit tak bagi tinggalkan dia or tak kasik balik, itu lain cerita. 


Superior Room ada 1 single bed, 1 queen size bed + breakfast for two now ada promo RM180.00 sahaja satu malam. Hotel Putra ni bagi I OK la berbanding dengan De Palma walaupon TV dia jenis kotak lagi. Kalau De Palma tu furniture dia pon macam nak roboh.



Katil single dia pon besar jugak. Muat la De dengan Amsyar tido. Katil lagi satu Mak, I and Shein.


Mak and Amsyar depan Hotel Putra. Sebelah je dengan Pusrawi. Senang kan macam ni? I rasa konsep hotel sebelah hospital ni sangat praktikal. Buat hotel 3 star pon dah ok. Senang pada family yang jauh-jauh nak datang visit.


Malam tu I bawak Mak and De makan dekat Kerisik. Belakang JJ AU tu. Sini sedap makan dia. Set Ikan Siakap + Kailan Ikan Masin + Daging Masak Merah + Telur Dadar + Nasi for 4 only RM55.00 sahaja


Ishk, teringat pulak Daging Masak Merah ni. Sedap!


Siakap Stim pon sedap. Tapi kalau De masak lagi sedap.

Sabtu lepas Shein bangun tido, kitorang pon balik sebab I ada kerja dekat KLCC. Rindu Abah Shein jugak… Siap setel semua urusan kitorang hari Sabtu tu, Shein pon dah dapat beautiful nap, pukul 5.30pm kami berdua gerak ke Hotel Putra nak bawak Atok, Ibu and Amsyar main-main dekat Taman Tasik Titiwangsa pulak. Sini ok jugak sebab ada banyak ‘taman’, ada air minum bersih semua siap. Parking je hazab. Jalan pon jem. I ambik masa almost 50 minutes dari Ampang ke Hotel Putra. Shein dah tak sabar-sabar nak jumpa Amsyar. Masa nak suruh dia nap tu, I promise dia if dia tido, I bawak jumpa Amsyar. Dia tido paksa pejam mata lepas tu cakap ‘Close your eyes. Amsyar Amsyar’. Hahahahah comel Shein. Shein kena nap, kalau tak nanti malam pukul 7.30pm dah membuta. Bangun esok paginya pulak. 12 jam kot dia kalau tido. Jenis hantu tido jugak Shein ni macam eerrrr okbye.


Shein mintak ‘Hold hand Atok’.


Nak ajak Atok tengok ‘Car’. Ada orang main remote car. Amsyar ni dia sebaya Shein tapi terlalu dewasa untuk umur dia. Tempat mainan bukan semua dia suka. Macam Shein, asal ada ‘taman’ semua dia suka. Amsyar tak. Dia tak suka main-main macam tu and dia cepat boring. Cakap pon pandai. ‘Shein ni terlalu nakal la’ Kata Amsyar T___T Hahahahaha.


Main bubble! Harga sebekas RM5.00 and refill RM2.00. I kasik je dekat adik tu sebab mintak dia tolong ‘mainkan’. Dapat kat bebudak ni, tak jadik pon bubble.


Go catch the bubble Shein! 


A few times try, baru la jadik bubble. Tapi tak cantik macam orang tadi buat la.


My GF. If Mak duduk KL kan best… Boleh jumpa selalu.


Malam tu I bawak Mak makan dekat Johnys JJ AU pulak. Johnys ni favorite Mak. Dia suka makan steamboat dekat sini. Enjoy tengok Mak makan. De pon makan banyak. I pon sama naik. Hahahahah. Dalam kereta Shein mintak ‘More Eat Mama’. Lepas tu Atok ajar cakap ‘makan’. Dah dia jerit kuat-kuat, ‘Makaaaaaaaaaaaaan!’ Hahaha.


Balik hotel, dua orang ni continue main. Memang bising!

Selagi tak tutup lampu, selagi tu la tak stop main. Hikmahnya pada kami Kaklong admitted, dapat la spend time sama-sama. Shein pon puas la dapat main dengan Amsyar. Amsyar tu naik rimas dengan Shein sebab Shein clingy dengan dia. Hahahaha. Shein tu apapa dia tak lupa Amsyar. Beli apa pon, dia sebut ‘One for Amsyar’. Hopefully kawan baik lah sampai besar. ‘Amsyar, Makcik nak mintak maaf kalau Shein annoyed you too much. Dia kan sayang Amsyar? Tu yang nak berkepit je? Hahahaha.’ This is how I spend my weekend. Memang dengan family je and tak dapat penuhi undangan Open House kawan-kawan. Sorry sangat-sangat. Rasa macam tak sampai hati nak makan sedap-sedap bergelak ketawa dengan kawan-kawan while Kaklong tak sihat and family semua ada dekat sini. Sazli pon paham…. Dia encourage I untuk spend time dengan family I. Itu pon masa Ahad dia suruh I lunch semua dengan Mak…  Kereta I tu bersepah and kotor takyah cakap la. Macam masuk track. Aku pon tak paham amenda yang kotor sangat.


Iyannnn dia sakit. Semoga cepat sembuh Kaklong. Sayang nko,

-eNd-

1 comment:

aziekz said...

Semoga cepat sembuh k.long..dan dipermudahkan urusan..ameen

*insyallah..doa org tak kenal dimakbulkan..aminn