Thursday, August 10, 2017

Dinosaurs LIVE in KL

Assalamualaikum..

Hari Khamis lepas, Kakyang tag I dalam FB pasal Dinosaurs LIVE in KL. Tengok macam best je sebab dinosaur dia besar-besar and boleh gerak-gerak. Shein sure suka ni. Dia ni sejenis pelik. Dia tak suka sangat Superhero tapi lebih suka yang watak jahat. Macam cerita Ultraman, dia lebih suka Monster. Kalau binatang-binatang ni suka semua yang ganas je. Dinosaur’s kat rumah tu ada yang kecik, besau, ada suara, takde suara, plastic, getah semua ada. Dia memang suka. Lagi satu dia suka Sharks. Pet tak main lain. Yang comel-comel dia tak suka sangat. Hahaha. Bagus Shein. Senang hati Mama. Kot kekecik ni suka melawa seram jugak nanti masuk geng kunyit. Geng Kunyit tau ke tak? I pon baru tau semenjak follow FB Page Kisah Rumah Tangga (KRT). Stressed aku baca. Memacam hal. Macam drama pon ada. Lepas tu now popular la gelaran Makcik Bawang la apa la. Kah kah kah. Ok back to cerita Dedecor bak kata Shein ni ha, kitorang 3 beranak pergi la Sabtu lepas ke MATIC Jalan Ampang dalam pukul 3.30pm macam tu. Ampang ok, Ampang. Tu pasal la gua sayang habes dengan Ampang. Hahaha. I Google dulu sebelum datang sebab nak tau tempat ni bukak and tutup pukul berapa lepas tu berapa harga ticket dia. Tengok-tengok bukak 10.00am – 10.00pm Monday to Sunday. Bagus. Tengok harga ticket affordable so joooommmmmmm! Time sampai ni Shein tengah tido, naseb baik dengar suara Dinosaur mengaum senang sikit dia bangun. Tak cranky tak apa. Happy! Tapi nak dukong and memula macam malu-malu kambeng la. Tak lama lepas tu dia dah naik syeh. Jom tengok gambar.


Ni dekat depan kemah Dinosaur tu. Kemah eh orang panggil? Sebab dia memang macam Khemah pon tapi besar la. Pau Mama sekor Dinosaur and satu pedang. Ada la buat perangai sekejap sebab nak lagi sekor, tapi kena tazkirah dengan I. Serious I memang tazkirah je Shein sekarang. Naseb mendengar. Hahahaha.



Masuk-masuk je nampak T-Tex ni. Bapak segala bapak besar nak mampos! Mengaum-ngaum. Takot pulak aku. Hahaha.


Kat sini ada yang jenis bergerak, ada yang tak gerak. Setiap ekor Dinosaur dia akan bagi info macam nama, diet semua lah. Ni kalau ada Rayyan each type dia tau nama. Kalau I semua pon Dinosaur. Tapi dia ada 2 kategori lah. Dinosaur baik dengan Dinosaur jahat. Yang ni Dinosaur cicak. Aci boleh je kasik nama.


Yang ni semua boleh bergerak ye? I ni pakkal la nak tunjuk macho depan Shein, kalau tak ada jugak rasa takot. I cakap dalam hati ‘Mampos aku ngigau malam ni’


 Ooo yang ni I tau ni. Pernah tengok dalam Jurasic Park. Dia kecik, tapi jahat ni. I don’t like you.


Lighting dia memang on point and nampak real. Shein punyalah suka.


Ada lebih 40 jenis life size animatronic dinosaur yang korang boleh tengok dekat sini.


Ok, belanja la gambar I sekeping.

I suka dekat sini. Kenapa? Sebab dia punya aircond sejuk. So selesa la untuk princess diluar sana yang tak suka berpanas macam I. Untuk kanak-kanak pon selesa. Lepas tu ada tempat makan walaupon choices of foods limited tapi at least ada la nasik, eskrem and snacks macam pau semua tu. Lepas tu kerusi pon banyak untuk peneman duduk layan screen cerita dinosaur jugak. Ada Bouncing Castle tak silap 1 3 jenis kot? So bebudak boleh main dekat sini puas-puas and berbaloi la dengan harga sebab lebih kurang sama macam masuk Gym. Lepas tu ada macam-macam activities for kids and ada jual-jual souvenir memacam jenis dari soft toy sampai la ke pedang semua ada. Sediakan ajer duit. Toilet pon ada tapi tak berapa bersih sangat la. I kasik 6/10 macam tu. Agak luas  jugak tempat ni. Overall I kasik 7.5/10 bintang. If korang nak datang, lepas-lepas Zohor pon ok. Takyah kalut. Sini duduk 4 jam baru puas and kanak-kanak puas main. Nak bagi lagi seronok, anak korang mesti ada kawan. Takde kawan pon takpe tapi sekejap kang Mama Mama Mama menyampah jugak. Kalau ada kawan kurang la menyerengak I.



Ni untuk activity pecahkan telur. Kena bayar RM10.00 tak silap I. I tak bawak Shein dekat sini sebab baru lepas kena Pau RM60.00 untuk seekor Dinosaur. Hahaha. Sini dia punya entrance.


Sini exit.


Amboi, siap pakai lab coat. Nampak macam menarik ni. Nantilah next time datang lagi sekali, I bawak Shein try all activites. Lagi best kalau ada kawan sekali.


Bouncing Castle pon semua besar-besar.


Yang ni kecik sikit.


I think this one sesuai untuk budak 3 tahun kebawah. Emak-emak boleh duduk tunggu dekat sini. Ada kerusi disediakan.


Ni nak masuk FREE. Dorang build Dinosaur guna kayu-kayu macam korang boleh nampak dalam gambar tu. I malas masuk. Kang I tak pandai cantum, Shein yang stressed. 


Ni favorite Dinosaur Shein. Dia suka la sebab kecik and baik. Lepas nampak yang jenis ni, terus pau I yang toys punya. Lepas dapat, berlari dia datang sini letak dekat sebelah and cakap ‘Mama same!’ I pon tak perasan.


Pedang bunyi and lampu-lampu ni harga RM30.00


Yang besar-besar dia takot. Abah nak datang dekat ambik gambar pon dia tak kasik.


Sini ada dekat depan Bouncing Castle, area Mak/Pak makan sambil menunggu anak-anak bersukaria main dalam Bouncing Castle.


Soft Toys pon ada jual. Naseb Shein tunjuk je, takde mintak.


Sini BAHAYA. Sini la jual memacam toys. Dinosaur LIVE in KL ni dari company Australia. Mat Saleh yang jaga ni not so friendly. Nora kasik 2 bintang je.


More toys yang dijual.


Tu nampak ekor je tu. Punya panjang.


Tachiu Papa bawak I dengan Shein datang sini. 


Ok, sebelum balik ambik gambar dulu dekat sini. Always full je.


Gini la rupa khemah Dinosaur LIVE in KL ni.

Amacam, best tak? Sesapa yang ada anak-anak suka dengan Dinosaur, boleh la datang sini. Macam I cakap tadi Show ni dibukak 10.00am – 10.00pm setiap hari. Please spend minima 4 hours’ baru la anak-anak puas main. Korang boleh arrange time sendiri. Makanan tak berapa banyak choice tapi boleh la nak alas perut. Outside Foods I tak sure boleh bawak ke tak. Harga tiket untuk pemegang MyKad and MyKid berbeza dengan foreigner. Dewasa RM50.00 seorang. Kanak-kanak 3-12 tahun RM30.00 and below 3 is FREE. Show ni dah bermula dari 14 July lepas and akan berakhir pada 14 Jan 2018 so jangan kalut-kalut eh? Ada masa 6 bulan dari show bermula. I pon memang nak bawak Shein datang sini lagi. If tanya I value tak for money? I jawab YES sebab harga sama je kalau bawak masuk Gym. Sini ada banyak Bouncing Castle and ada Dinosaur as well. So berbaloi, Cuma kalau laaaaaaaaaaaaa dewasa masuk FREE lagi best. Hahahaha.

Dinosaur LIVE in KL
The Lanai, Malaysia Tourism Centre (MaTiC),
Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Contact : 03 9235 4800 / 4900 – number of MaTiC

-eNd-

1 comment:

MrsEnoxis said...

Menariknye tempat ni..nk pergi jugak..anak2 i pun suka dinosaur2 ni..tq for sharing