Tuesday, August 29, 2017

Salted Egg Series at Le Petite Dotty's

Assalamualaikum..

Sapa peminat Salted Egg Dessert series macam my beautiful Manager Ms Nina, boleh la datang makan dekat Le Petite Dotty’s ni. Ada Doughnut, Cronut segala macam jenis dekat sini. Eclairs pon ada. Satu masa dulu I memang peminat tegar Salted Egg Doughnut dekat sini. Hari-hari makan pon takpe sampai muka I pon dah jadik macam telur masin but now I dah melepasi fasa meroyan dessert salted egg ni except for yang dekat Dolly Dimsum. Yang tu ada depan mata, 6 ketol pon I tibai tapi bila dah tetua ni, makan kena jaga. Duluuuuu every meal hatta breakfast pon mesti mau dessert. I choose dessert instead of steak and dinner. Gitu punya becinta dengan dessert. Tak cukup makan manis, air mesti mau ice blended ok? Kekadang tengah malam boleh bangun bukak peti ais carik dessert. I ingat balik regime makan manis I jadik insof sekejap. Now naseb baik la dah boleh control + bila tengok Kaklong tak berapa sihat lately and doctor cakap kita ni memang dapat sakit by kita punya lifestyle and apa yang kita makan so buat I terfikir macam mana la anggota dalam badan I macam perut, kidney semua bekerja keras just to make sure I sihat. Sian dorang semua kat dalam tu kena kerja OT. Now I makan jugak dessert tapi beragak la. Minum air kosong memang I cuba sehabes banyak yang I mampu. Segan dekat Shein, sebab dia budak air kosong. Mak dia sebok nak minum manis-manis + makan manis ni la buat berat badan naik tau? Takde yang bagus pon kuat makan manis ni. Lagipon kita semua dah cukup manis, why need extra sugar? Cia cia cia. Eh, padahal nak share makan dessert dengan Nina dekat sini tapi terbebel pulak pasal makan. Nina ni sama dengan I, pencinta makan. I tengok cara dia makan I tau dia sama league dengan I. Kalau pandang makanan tu macam Doraemon pandang Nobita gayanya. Bercinta habes. Hahahahaha. Tapi Nina muda remaja lagi. Takde masalah kalau lepas makan dia exercise. Macam I dah tetua ni metabolism dah low. Tak jaga nanti takot tak dapat beza mana satu I, mana satu Tong Drum.


Amacam, terliur tak? Ikut putaran jam : Croissant, Charcoal Cronut, Cronut and Doughnut. Semua salted egg and semua pon sedap sebenarnya tapi yang bebel-bebel dekat atas ni in-denial and lebih pada nak jaga hati sendiri sebenanrnya HAHAHAHAHHA. Menangis hati ini… Ku juga bersimpati… Hancurnya harapanku.. Maafkan sayanggggggggggggggggg. *insert lagi memori berkasih kah kah kah.



Pavlova dekat sini pon sedap jugak. Dah kalau tingin sangat nak makan Pavlova makan Le Petite Dotty’s la jawapannya. Yang ni makan sorang je, takyah share nanti tak cukup. Hahahaha.


Gitu gaya Nina ambik gambar. Hahaha. Nina suka makan, kalau dia marah pon tak nampak macam marah lepas tu dia kena cakap ‘Nina marah ni’. Laaaa yer ker? Nape macam tak boleh nak beza je keadaan marah dengan keadaan normal. Dia stressed pon boleh cakap sambil gelak-gelak. I kalau marah, habes puting beliung tornado semua keluar.


Suka kau eh dapat makan?


Masalah perempuan dengan makanan macam ni la. Sebelum makan, kena mintak izin dengan makanan dulu. Dah mintak izin amek gambar semua baru boleh makan. Diharap semua suami/BF dalam dunia paham la masalah kami yang satu ni Ok?


Ni La Nina. My Talent Manager sekarang dekat Nuffnang. Dah tukar 4 kali dah Manager I. Dari Samantha, ke Michille, Ke YY and now Nina. Semua pon I suka and sayang and work hard untuk I grow dengan Nuffnang.

Sebelum balik, tapaukan Nina Salted Egg Dessert Series and dia balik dengan hati yang gembira sebab puas hati dapat makan semua yang dia craving. I suka la orang suka makan macam Nina ni. Dah la suka makan, lepas tu tak gemok. I cannot brain this. Macam tak adil pon ada. Kan? Geram je. Anyway kita dah deal dah, lepas ni sapa yang makan sedap-sedap kena share dekat mana semua. Konsep dia makan sedap kena la kongsi. I pon macam dah lama tak try new restaurant. Asyik makan tempat yang sama je. Korang kalau ada tempat makan sedap area KL, suggest la eh? I tingin nak try. Kalau jauh-jauh sampai Klang sana takyah. Lepas tu kalau lagi bagus biar area Ampang je la. Hahaha. Kepada yang terliur, I mintak maaf. Kata Sazli, kalau I share pasal makan dalam blog and ada yang terliur nanti I berdosa. Takot jugak. So korang kalau terliur, terliur-terliur manja je dah la. Jangan la nanges. Nanti I rasa bersalah. Ok? Sebenarnya yang kalau tingin nak makan apapa sampai nanges tu I sorang ke semua orang macam tu eh? Hahahaha. Okbye!


-eNd-

2 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer...

Chooyaya! said...

adda syuhada : bawak bersabar. hahahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...